Assalamualikum dan Salam 1Dunia, antara produk Denaihati yang sudah lama ada online adalah Denaihati Network Top Stories. Kalau Rakan Blogger tak pernah tahu boleh klik link tersebut dah subscribe. Berbagai berita terbaru dari gadget sehingga travel akan dikongsikan mengikut trending terkini.
Hari ini dalam banyak-banyak topik yang keluar di Denaihati Network Top Stories aku tertarikh dengan topik “The journey in life is never a straight line (part 20)“. Kisah yang berlaku pada September 1999 bagaimana Hj Hamid dan Penulis, Raja Petra Kamarudin menyeludup sample tisu badan DS Anwar Ibrahim ke Australia ketika Malaysia dihebohkan dengan kes Anwar keracunan Arsenik.
Pasti Rakan Pembaca tertanya-tanya kenapa aku sangat berminat dengan artikel ini? Agak-agak kenapa??
Aku adalah salah seorang yang terlibat secara lansung ketika DS Anwar Ibrahim (DSAI) dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak untuk pemeriksaan keracunan Arsenik. Sebagai seorang Pengurus Penyediaan Makanan untuk pesakit aku antara orang pertama yang dapat berjumpa dengan DSAI dan keluarga beliau sebab kes ini sangat berkaitan dengan sumber makanan yang telah dan bakal diambil oleh DSAI.
Masih ingat kali pertama berjumpa beliau di Bahagian Kecemasan HUKM sebelum sembahyang Jumaat. Memang jadi kelam kabut satu hospital ketika itu mengalahkan ketika menerima pesakit no satu Malaysia, Tun Dr Mahathir yang juga masuk di hospital yang sama beberapa bulan sebelum itu.
Tugas aku setiap hari adalah merancang menu dan menyediakan makanan untuk DSAI. Tidak ada outsite food dibenarkan untuk DSAI sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut. Setiap makan yang dihidangkan akan diperiksa oleh pihak berkuasa sebelum dihidangkan dan akan direkodkan. Tugasan aku bukan hanya terhad di hospital tetapi juga perlu ikut bersama membawa makanan ke Makamah Tinggi untuk sebutan kes. Sempatlah masuk foto aku dalam beberapa media masa ketika aku berjalan keluar bersama Dr Wan Azizah dan DSAI dari Makamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Lebih kurang seminggu aku menguruskan makan minum DSAI sepanjang beliau berada di HUKM. Berbagai drama dan kejadian yang aku lihat depan mata yang tetap segar dalam ingat. Berbagai kisah dari Pegawai Penjara dan Pegawai Polis yang aku dapat dengar sendiri tanpa tapisan. Keputusan perubatan juga aku ketahui melalui rakan-rakan perubatan yang sama-sama menjaga DSAI.
Aku tertunggu-tunggu sambungan entri “The journey in life is never a straight line (part 20)” untuk mengetahui apa kesudahan sebenarnya yang berlaku dipihak DSAI dalam kes Arsenik yang dikatakan Kerajaan cuba meracun beliau.
Politik ini memang licik dan penuh strategi kekadang kesian melihat kawan-kawan yang terlalu fanatik tanpa dapat membezakan garis hitam dan putih.
70 Comments
Arsenik dijadikan isu yang besar dalam membesarkan gelombang politik negara
Curahan rasa faizal @ ..Penantian Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL 27) 2013
Kiranya bro juga lebih mengetahui dgn mendalam kes/cerita ni ekk….teringin nak tahu jugak tp mcm susah jerr….- kalu terjumpa nti mungin leh tanya kt bro kot….hehehe
Arsenik ini mengingatkan kepada kisah Munir Aktivis Ham di Indonesia
selagi hidup tak tamat selagi itu lah manusia akan menikam manusia.
Curahan rasa eray @ ..Masalah Penyusuan Susu Ibu: Bayi Tak Membesar
Arsenik…satu perkataan yang sungguh unik,banyak juga tersurat dan tersirat di sebalik kisah ni
Curahan rasa wazy @ ..Petua Kesihatan Gigi
Rakyat juga akan bisa menilai manakah politik yang baik dan bersih serta mana politik yang tidak bersih. Semuanya akan kembali kepada rakyat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tips Mencegah Flu Burung
Banyak pro dan kontra, generasi sekarang mmg payah nak percaya pemimpin masa lalu. Lapisan baru seakan melupakan sejarah. Cuma kelakar bila penasihat nak jadi PM kenapa bukan jadi Presiden. Hari ini dalam sejarah, tuan penasihat jadi PM nanti. Bak kata Dr. M “Melayu mudah lupa”
Pemimpin yang melalut ialah pemimpin yang siang cakap lain malam buat lain… Pemimpin yang dok mengutuk pemimpin tu rasuah… pemimpin ni rasuah… Tapi tanpa sedar dia sendiri pernah dipenjara atas kes rasuah…
Curahan rasa eXception @ ..Pegawai Khas Exco Ahli Politik Ditangkap Kerana Cuba Memberi Rasuah
So… Apa kesudahannya?? Adakah Anwar mati akibat diracun arsenik?? Bagaimana pula dengan dakwaan Wan Azizah yang mengatakan suaminya disuntik HIV?? Adakah Anwar mati akibat disuntik HIV?? Politik memang memeningkan… Tetapi akan menjadi lebih pening jika kita dok percaya kata-kata pemimpin yang suka melalut…
Semoga kasusnya bisa menjadi terang benderang tanpa ada yang ditutup-tutupi
politik sangat2 memeningkan..
politik semestinya licik..setuju betul bab kesian pada yang fanatik tanpa dapat bezakan hitam atau putih tu..
Itulah..politik sememangnya tidak bersih tetapi masih penting
Curahan rasa halif @ ..Respons Terhadap Seminar Subsale Abang Ensem??
walaupun kurang berminat dengan isu politik di Malaysia, tapi tetap kena ambil tahu sebab dah mula masuk umur untuk mengundi
Curahan rasa zhazmi @ ..EnSurvey : 1 Peluang Jana Online Income
..apapun berita berkaitan tokoh ini pernah mengemparkan negara sedikit masa lalu..kini dan masa kedepan mungkin beritanya tidak sehebat dulu walaupun tokoh ini masih tetap lagi perjuangannya..
Comments are closed.