Assalamualaikum dan salam 1Dunia, belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke 87 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri, Malaysia ke empat. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bermula 1981 sehingga 2003. Dr. Mahathir agak dekat dengan aku kerana tidak terbilang bertemu dengan beliau samada berkumpulan atau bersendirian. Lewat sehari sahaja dari ulang tahun my belove wife.
Masih teringat lagi kali pertama bertemu ketika beliau dimasukan ke HUKM untuk rawatan kaki sekembali daripada lawatan rasmi dari Mesir. Selama tujuh hari aku menguruskan makan minum beliau dan hanya aku sahaja dibenarkan oleh pihak pengurusan hospital untuk menghidangkan makanan kepada Dr. Mahathir setiap kali tiba waktu makan. Beberapa kali juga hanya aku sendiri berdiri di hadapan beliau tanpa ditemani sesiapa ketika beliau menikmati makanan yang disediakan. Berbagai kata nasihat sempat beliau kongsikan yang terus menjadi pedoman untuk aku menjadi insan yang berjaya.
Aku juga diberi penghormatan untuk menyediakan makanan di majlis perpisahan Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2003.
Kerana itu Dr. Mahathir sangat istimewa kepada aku kerana jasanya kepada Malaysia terlalu besar walaupun ramai yang cuba memadamkan sejarah cemerlang beliau.
Dr. Mahathir Mohamad, selamat ulang tahun ke 87 semuga berjaya dunia dan akhirat.
Memang benar seperti kata Dr. Mahathir “Perjuangan yang Belum Selesai”
158 Comments
Ada yg mengelarkan beliau “Mahazalim” dan “Firaun”, kena manusia sanggup melabel beliau dgn pangilan yg paling keji, siapalah kita mengatakan begitu??
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Ada segelintir pengunjung blog beliau melebalkan Dr Mahathir seorg diktator, apa beliau but ketika memerintah?, hingga sanggup melabelkan beliau diktator.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
saya mengikuti interview tVone dengan beliau memang luarbiasa konsep hidup dan prinsip hidup yang beliau punya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Mesjid Indah Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei
kagum dengan Dr M, mindanya sungguh hebat. Walaupun sudah sampai masa untuk beliau berehat di rumah tapi masih aktif berpersatuan.
Curahan rasa iAwani @ ..Office 2013 Bukan Untuk Windows Xp, Vista
saya juga kagum dengan Dr. M…
Curahan rasa Nana @ ..Pelajar Ditembak Disangka Burung
tokoh yang memang aku sanjung dari kecil..cara pemikiran nya yang maju ke hadapan..respect Tun..untung bro dapat jumpa Tun selalu..seumur hidup saya, pernah jumpa sekali je..tu pun masa saya masih kanak-kanak
SEMOGA PANJANG UMUR DAN SIHAT2 SELALU…
Curahan rasa Nana @ ..Pelajar Ditembak Disangka Burung
Nama seorang insan yang banyak berjasa pada negara, menerapkan ekonomi yang mampan dan jitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yg berpendapatan tinggi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
jasanya akan tetap di kenang selamanya…
Curahan rasa Nana @ ..Pelajar Ditembak Disangka Burung
Jasamu dikenang,
Perkhidmatanmu dikalung,
Pengiftirafanmu dijulang,
Pertakbiranmu digalang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Seorg pejuang pemodenan negara,
Bagi menuju penambahbaikan struktur ekonomi,
Ke arah perindusterian yang padu dan berjaya,
Bagi dikecapi oleh rakyat di negara ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
Perjuangan yang belum selesai,
Penambahbaikan yang belum sudahi,
Perharapan yang belum terukiri,
Pernampilan yang belum ditujui.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota Bharu
perjuangan memang tidak akan pernah selesai sampai ajal datang….kita hiduppun untuk berjuang,,
hebat sekali..
seorang pemimpin yang amat di segani…
Curahan rasa Nana @ ..Pelajar Ditembak Disangka Burung
memang benar perjuangan belum selesai. . kerna perjuangan itu xkan pernah usai hingga ajalkan menjelang.. . 🙂
Curahan rasa MDHAFiZ.NET @ ..Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf 2012/2013
Jasamu akan dikenang,
Kebolehanmu sentiasa disanjung,
Ketokohanmu dapat dijulang,
Kepimpinanmu boleh diperjuang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Perjuangan yang belum selesai, katanya,
Keinginan untuk tengok Malaysia berjaya,
Mahu menyaksikan negara ini menjadi maju jaya,
Hendak melihat ekonomi Malaysia terus kaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kalau Denaihati jumpa PM, kirim salam buat beliau kata saya (sensasi2020) kirim salam, sempena wawasan2020, cetusan idea dia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Comments are closed.