Assalamualaikum dan salam 1Dunia, belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke 87 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri, Malaysia ke empat. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bermula 1981 sehingga 2003. Dr. Mahathir agak dekat dengan aku kerana tidak terbilang bertemu dengan beliau samada berkumpulan atau bersendirian. Lewat sehari sahaja dari ulang tahun my belove wife.
Masih teringat lagi kali pertama bertemu ketika beliau dimasukan ke HUKM untuk rawatan kaki sekembali daripada lawatan rasmi dari Mesir. Selama tujuh hari aku menguruskan makan minum beliau dan hanya aku sahaja dibenarkan oleh pihak pengurusan hospital untuk menghidangkan makanan kepada Dr. Mahathir setiap kali tiba waktu makan. Beberapa kali juga hanya aku sendiri berdiri di hadapan beliau tanpa ditemani sesiapa ketika beliau menikmati makanan yang disediakan. Berbagai kata nasihat sempat beliau kongsikan yang terus menjadi pedoman untuk aku menjadi insan yang berjaya.
Aku juga diberi penghormatan untuk menyediakan makanan di majlis perpisahan Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2003.
Kerana itu Dr. Mahathir sangat istimewa kepada aku kerana jasanya kepada Malaysia terlalu besar walaupun ramai yang cuba memadamkan sejarah cemerlang beliau.
Dr. Mahathir Mohamad, selamat ulang tahun ke 87 semuga berjaya dunia dan akhirat.
Memang benar seperti kata Dr. Mahathir “Perjuangan yang Belum Selesai”
158 Comments
Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Di bawah pentadbirannya negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari 1991 dengan bermatlamatkan “ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan”.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
rasanya masih seperti kemarin, hari ke-5 Ramadhan 1404 Hijriah, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad dengan resmi meletakkan jabatan. Ia digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Waktu itu Hampir seharian penuh, televisi Malaysia menyiarkan secara langsung maupun tidak langsung, acara, pidato, dan kisah perjalanan Mahathir Mohamad.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Suara lantang Mahathir kepada Yahudi dan Barat sudah banyak dikenali dunia internasional. Ia berani berbuat begitu karena yakin dengan kekuatan sendiri.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Jika dunia internasional kini menikmati suara-suara lantang Mahathir terhadap Barat dan Yahudi, misalnya, itu bukanlah hal baru dan semakin menemukan legalitasnya. Tentu saja, di tengah adanya sejumlah kekurangan, banyak hal-hal positif yang perlu dipalajari dari sejarah perkembangan pembangunan dibawah kepemimpinan beliau
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Yang saya tahu bahwa Mahathir beberapa kali menyatakan, bahwa Malaysia adalah negara Islam. Bahkan di saat negara-negara Barat sibuk menyudutkan Islam fundamentalis, pasca Perang Dingin, Mahathir membuat pernyataan, Malaysia adalah negara Islam fundamentalis. Ia tambahkan, bahwa yang dia maksudkan, adalah Malaysia mengamalkan dasar-dasar (nilai-nilai fundamental) Islam.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Dengan penyataanya sebagai “negara Islam” maka Malaysia tidak segan-segan memberikan keistimewaan kepada bumiputera Melayu. Mahathir dengan tegas menyatakan, bumiputera perlu ditingkatkan kemampuan dan penguasaan ekonominya. Sebab, ketimpangan yang parah akan membahayakan integrasi social
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad seorang tokoh kharismatik dunia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
suka dengan cara pemerintah tun satu masa dahulu….
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #12 – Makanan Orang Kampung
Patut pun Tuan pun secemerlang Tun M juga. Caya la beb.
Terlalu tinggi perhargaan tu
betul abangensem, saya pun percaya akan hal itu
Curahan rasa Dadan @ ..Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs Jepang
Selamat Hari Jadi Tun…jasamu ttp dikenang sehingga ke anak cucu
Curahan rasa yas @ ..Wordless Wednesday – Malaysia Truly Asia?
selamat hari jadi Tun M
Curahan rasa KiD @ ..Happy Birthday Redmummmy | Income Blog RM11 Ribu Sebulan
Selamat ulang tahun ke 87 buat Dr. Mahathir Mohamad
Curahan rasa Dadan @ ..Jadwal dan Klasemen Kualifikasi AFC U22 Grup E
Semoga senantiasa diberi kesehatan dan keselamatan lahir batin
Curahan rasa Dadan @ ..Jadwal dan Klasemen Kualifikasi AFC U22 Grup E
juga kejayaan dunia dan akhirat
Curahan rasa Dadan @ ..Jadwal dan Klasemen Kualifikasi AFC U22 Grup E
happy birthday Dr. M
Curahan rasa rozuan @ ..BEZA PENGALAMAN SEORANG PEKERJA DAN SEORANG PELAJAR
Semoga terus diberi kesihatan berpanjangan amin..
Curahan rasa myvitrd @ ..Mendera Diri Sendiri Bukan Salah Daddy
Mantan Pm seorang yang banyak berjasa kepada negara.. selamat ulang tahun kelahiran… dan semoga berjaya di dunia dan akhirat
Curahan rasa syiela @ ..Oh My English!
PM banyak menjalankan kajian ttg ekonomi negara,
Supaya bangsa Melayu diangkat darjatnya,
Sanggup memdasarkan pandang ke timur utk diterpa,
Agar ekonomi Malaysia boleh dan terus berjaya .
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kejayaan Malaysia di pentas antarabangsa,
Atas kepimpinan beliau yang berkarisma,
Mengubah bangsa Melayu yg terpinggir di desa,
Menjadikan bangsa Melayu terus gah di mana-mana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Denaihati begitu teruja dengannya,
Seorang insan yang disanjunginya,
Memberi banyak jasa [ada negara,
Apa saja sejarahnya pasti org tahu punya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati dan lain-lain entri.
Walaupun beliau dah bersara,
Namun banyak syarikat mega yg menjemputnya,
Untuk merasmikan apa-apa seminar yg dikelola,
Sebagai ikon seorang tokoh yg byk berjasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati dan lain-lain entri.
Comments are closed.