Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi bagaimana memohon visa umrah dan haji untuk yang pergi bersama keluarga.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pergi umrah dan haji sekarang tidak semudah dahulu sehingga ramai yang tidak dapat menunaikan ibadah umrah dan haji bukan kerana tidak mampu tetapi dokumentasi yang tidak lengkap terutama kepada keluarga kedua bagi yang berpoligami. Kalau dahulu mudah sahaja boleh tumpang mahram tidak perlu dokumentasi tetapi kini tiada lagi cara pendek begitu.
Untuk memohon visa umrah dan haji berkeluarga dokumen yang wajib ada adalah
- Surat beranak semua yang berusia bawah 45 tahun
- Sijil Nikah untuk pasangan yang sudah berkahwin
- Kad Pengenalan ketua keluarga
Pengesahan Surat Beranak
Surat beranak perlu di buat salinan kemudian disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran. Jabatan Pendaftaran Negara ada menyediakan kaunter khas untuk pengesahan surat beranak tanpa dikenakan bayaran. Pastikan bawa surat beranak asli untuk pengesahan.
Pengesahan Kad Pengelanan
Kad pengenalan ketua keluarga perlu di buat salinan kemudian disahkan oleh Jabatan Pendaftaran yang berhampiran. Jabatan Pendaftaran ada menyediakan kaunter khas untuk pengesahan kad pengenalan tanpa dikenakan bayaran. Pastikan bawa kad pengenalan asli untuk pengesahan.
Pengesahan Sijil Nikah
Sijil Nikah perlu di buat salinan kemudian disahkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri pasangan berkahwin. Jabatan Agama Islam ada menyediakan kaunter khas untuk pengesahan sijil nikah tanpa dikenakan bayaran. Pastikan bawa sijil nikah asli untuk pengesahan. Tanpa sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama Islam memang tak boleh dapat visa untuk pasangan suami isteri. Masalah biasa berlaku kepada pasangan poligami yang berkahwin di luar negara.
Beri kuasa kepada anak sebagai ketua mahram
Bapa dibenarkan memberi kuasa mahram kepada anak lelaki yang berusia melebihi 18 tahun. Borang khas beri kuasa perlu diisi untuk setiap ahli keluarga yang bermahramkan anak lelaki tersebut. Borang tersebut perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Setiap borang dikenakan yuran RM4.
Pengesahan Wisma Putra
Semua borang yang disebut di atas setelah mendapat pengesahan daripada Jabatan berkaitan perlu dibawa ke Wisma Putra Putrajaya untuk pengesahan. Semua dokumen yang telah disahkan perlu ditujuk kepada kerana kaunter untuk menampat no giliran du Bahagian Konsular Wisma Putra. Pengesahan dokumen di Wisma Putra tidak dikenakan yuran.
Semua dokumen yang telah disahkan oleh Wisma Putra perlu di serahkan kepada Travel Agen Umrah untuk diserahkan kepada Kedutaan Aran Saudi untuk proses pengeluaran Visa Umrah. Visa umrah akan dikeluarkan tertakluk kepada kuasa Duta. Biasanya kalau dokumen lengkah mudahlah nak dapat visa umrah.
Dokumentasi yang sama juga diperlukan untuk memohon visa haji terutama kepada yang pergi suami isteri dan dengan keluarga.
Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki di bumi haram, azam sungguh-sungguh jangan fikir duit tak cukup kerana apabila ALLAH pilih pasti ada caranya. Belum tentu yang sihat, yang banyak duit terpilih kalau tiada niat yang bersungguh-sungguh untuk menjadi tetamu ALLAH. Selamat mengerjakan umrah dan haji kepada yang terpilih menjadi tetami Agung.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
32 Comments
Rujukan yang dikongsikan tuan akan memudahkan lagi persiapan sebelum menunaikan umrah dan haji seperti dokumen visa, surat-surat berkaitan dan urusan pengesahan. Terima kasih.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Getah Akasia Senegal Boleh Dimanfaatkan Semua Peringkat Usia
Banyak juga dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Visa Haji dan Umrah sekeluarga…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
bagus info ni boleh jadi rujukan bagi mereka yang nak buat haji dan umrah bersama keluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Abang Bomba I Love You Raya
Memang bagus, sambil ber blog walking
Sambil tambah ilmu
Nak ada 3 dokumen
Surat beranak
Dokumen nikah
Dan pengesahan wisma putra
InsyaAllah, semoga panggilan Allah pada kami sekeluarga nanti menyusul juga.
Memang tengah mengumpulkan dana juga untuk mengerjakan umrah dan haji
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bahaya Tersembunyi Di sebalik Manisnya Gula!
Semua yang ada kemampuan elok buat persediaan untuk ke tanah haram
Kalau di panggil dah ada duit dan ilmu
umrah bulan ramadhan seperti berhaji dengan Rasulullah begitu besar keutamaannya bila bisa kita laksanakan
Curahan rasa blogger newbie @ ..Cara Memasak Ikan Asam Manis
Wah patutlah ramai sanghup keluar wang lebih untuk pergi umrah setiap tahun
Lagipun pahala berganda ganda di bulan ramadhan
hoho..
in-shaa Allah.
Soon.
Tak lama lagi.
Memang tak sabar rasanya nak buat umrah.
Curahan rasa titan @ ..My Ramadhan Home
Semoga hasrat tuan titan dimakbulkan Allah swt
Boleh kumpul duit online dari blog kan
keluarga kedua..wow..atau poligami sahaja yang saya perasan..
yang lain-lain tak sedar sangat dalam artikel ini..
hehehehe
apa-apapun untung la kalau dapat pergi umrah..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bayar Zakat Fitrah Hanya Kepada Amil Bertauliah
Memang yang dah pernah le tanah haram akan terasa rindu nak pergi lagi
Semoga Allah terima umrah yang pergi
beruntung mereka yang berkesempatan menunaikan umrah apa lagi musim ramadhan..semoga diberikan rezeki lebih utk ke sana jua
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Tradisi Kejut Sahur Dengan Melaungkan Azan Kaedah Zaman Nabi Di Sangka Bilal Mengigau
bulan yang paling bagus untuk buat umrah adalah bulan ramadan kerana pahala hampir menyamai haji..
sangat beruntung dapat pergi..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bayar Zakat Fitrah Hanya Kepada Amil Bertauliah
Memang pahala berlipat ganda. Sedangkan pahala solat sunat semasa ramadhan bersamaan solat fardhu
Apatah lagi umrah
Cuma allah terima umrah kita dari harta yang halal
Carilah keberkatan
Info yang bagus. Org yg nak pergi sana patut cari info camni dulu sebelum buat apa apa sbb first time kalau pegi mmg tak tau nak buat ape camne. Hehe
Pengendali agensi u.rah memang sediakan kelas kelas percuma untuk mereka yang berhajat tunaikan umrah
Untuk pakej umrah, boleh pergi bila bila masa, asalkan ada kemampuan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
Asalkan kita dah pasang niat dan berusaha, i syaallah satu hari nanti akan sampai juga ke sana
Alhamdulilah dapat juga peluang untuk kesana syabaan yang lalu..
Memang benar tuan syarat sudah semangkin ketat, dulu – dulu tak de pun seperti ini, kita main tumpang – tumpang je
Curahan rasa onlajer @ ..Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi
Arab saudi pun dah semakin ramai musuh. Dengan negara jiran pun dah banyak bergaduh
Terbaru dengan qatar
Masih belum berkesempatan untuk menjejak ke Tanah Suci Mekah, insyaallah satu hari nanti saya akan tiba ke sana 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
sangat membantu informasinya, mudah-mudahan tahun ini jadi berangkat ya kalo engga tahun depan deh maksimal
Kena kumpul duit untuk pergi umrah.
Memang ia antara impian tapi kalau dapat menunaikan haji lagi best kan..
apapun doa supaya mak dan bapa dapat giliran tahun ni
Curahan rasa zool @ ..10 tahun dalam arena blog
Memang hajat saya juga untuk hantar mak ayah ke tanah haram dengan duit sendiri
Semoga di makbulkan
Insyallah azam ada… kalau ada rezeki nak pergi umrah dan haji.. amin
Curahan rasa zik @ ..Beli belah di Jiharuby small Shop (biskut murah choclate raya, kuih kapit viral dan macam2 ada)
Semoga tercapai hjat uan untuk ke tanah haram
Siapa tak naj pergi kan
Mampu je pergi
Comments are closed.