Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebak di hati setiap kali ingat, membaca berita terkini dan mendengar kisah mangsa MH370 dah seminggu berlalu masih menjadi misteri. Apalah salah aku sehingga ALLAH uji kita sehebat ini tetapi janji ALLAH telah nyata setiap ujian diberi kepada yang mampu sahaja tidak lebih tidak kurang.
BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.
[box type=”shadow”]Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35] [/box]
Penyelamat lebih daripada 12 negara telah digerakan dengan menggunakan kapal, kapalterbang dan helikopter yang tercanggih serta setelit NASA dan China masih gagal merungkai hijab yang ditutup. Sehingga hari ini lokasi terakhir koordinat MH370 pun masih menjadi misteri. Inilah batas kuasa manusia tetapi jangan pernah putus asa dan terus berusaha mencari dan marilah kita semua merayu kepada ALLAH dan teruskan Doa Untuk MH370.
ALLAH SWT tidak akan menguji manusia tanpa sebab seperti misteri kehilangan MH370 yang telah menyatukan rakyat Malaysia melainkan yang keras hati terus mengutuk dan memperkecilkan kejadian ALLAH SWT. Ujian ALLAH SWT ada yang perlu dilalui sekelip mata, ada yang berhari-hari, ada yang berminggu-minggu malah ada yang bertahun-tahun semuanya ada hikmahnya. Jangan menuding jari semua berlaku atas salah setiap rakyat Malaysia yang asyik berbalah sehinggalah apabila diuji seperti ini masih lagi nak berbalah.
[box type=”shadow”]“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31) [/box]
Marilah kita muhasabah diri hentikan bertelingkah terutama soal politik kerana ALLAH sentiasa melihat apa yang kita buat jadi jangan sentiasa menyangka kita lebih baik daripada orang lain. Sekali ALLAH SWT seperti misteri MH370 kita sudah tidak mampu merungkai dan ramai yag sudah hilang fokus serta hilang sabar. Apa agaknya akan berlaku kalau pesawat MH370 masih tidak ditemui dalam tempoh yang lebih lama pasti ramai yang akan hilang pertimbangan.
Mari kita terus berdoa untuk MH370 semuga ALLAH beri semua kesabaran dan dipertemukan dengan mangsa dalam apa juga keadaan. Berikut adalah sebahagian doa dan harapan sahabat-sahabat untuk MH370 :
[box type=”shadow”]Bicara mungkin tidak mungkin akan meleraikan hati duka. Tetapi percayalah, Tuhan tahu kesedihan dan keluhan anda. Biar orang lain tidak tahu tapi Tuhan tahu. Segalanya mungkin. Banyakkan berdoa dan berharap pada yang Maha Kuasa – Hasrul Hassan
Semakin berat Ujian Allah buat hambaNya.. semakin dekat Dia dengan Kita. Bertabahlah.. Jangan berhenti berharap & doa.. SesungguhNya Rahsia Allah ini ada hikmahNya.. Merapatkan manusia pada pencipta saat duka yang masih tiada penyembuhnya. Semoga Semua mangsa MH370 di lindungi Allah – Suria Lekatlekit
Hidup tidak selalu memberikan kisah yang manis, tetapi nikmatilah & ingatlah kisah kebersamaan dengan orang yang kita rindukan itu. Kekalkan itu didalam fikiran kita dan berdoalah pada Tuhan. Dia punya jawapan jauh lebih baik dari segala media didunia ini. MH370 menjadi milik kita semua. Didalam doaku ada MH370 disebutkan, bukan sekadar Krew & Penumpang tetapi ahli keluarganya juga. Kuatkan hatimu dengan datang dan bersandar penuh pada Pencipta. – Precious Cla
Kepada keluarga mangsa pesawat MH370. Bertabahlah. Kuatkan semangat anda. Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya. Bersabarlah. Semoga para penumpang pesawat MH370 akan pulang dengan selamat. Amiin – Afifi Shamsuri
Tiada apa selain kata dan doa, kami selaku pihak media blogger berdoa agar pesawat MH370 yang hilang dapat ditemukan dalam keadaan yang selamat. Kepada penyebar media di luar sana, kami mohon agar tidak mengeluarkan spekulasi yang tidak benar demi menjaga perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga Allah membuka pandangan kita agar dapat bertemu dengan pesawat MH370. teruskan berdoa dan jangan putus asa. – Amirul Syahnaz
Keep Holding On. What ever happened, just stay strong! RencanaNya adalah yang terbaik…! Semoga dipermudahkan segalanya….InshaAllah…Amin! – Najeeb E. Abdullah
Bismillahirahmanirahim,begitu sukar untuk saya ungkapkan kehilangan pesawat #MH370 wlaupun bkn saya yang mengalaminya,namun sebagai manusia biasa,sebak dan sedih apabila mndengar berita tersebur,apakan daya tiada kuasa melainkan Allah,teruskan berdoa, Allah :)ingin mendengarnya – Sharina
Saya mewakili Blogger Borneo Network turut memberikan semangat kepada para keluarga penumpang pesawat MAS MH370. Yakinlah bahwa semua peristiwa ini kehendak Yang Maha Kuasa, semoga Allah memberikan keputusan yang terbaik atas kejadian ini. – Dwi Wahyudi
Hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada Yang Maha Pencipta & Pemilik segala kerahsiaan alam..
Semoga Allah swt sentiasa memberi ketabahan kepada keluarga mangsa seluruhnya dlm menghadapi situasi yang tidak terduga ini.. aamiin, aamiin ya Rabbal alamin… – Khir Khalid
Semoga ujian yang kita hadapi ini membuatkan kita semakin hampir dengan Allah SWT . Berdoa, bersabar dan lakukanlah solat disepertiga malam sehingga kita merasai ni’ mat sebuah ujian yang mengandungi pendidikan yang sungguh dalam maknanya. Ustazah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua. – Ustazah Ain [/box]
Ini hanya sebahagian daripada doa dan harapan daripada rakan sosial media yang telah dicatatkan di Doa Untuk MH370. Semuga kawan sosial media dan blogger dapat berkongsi dengan seberapa ramai yang boleh kawan-kawan untuk berkongsi doa dan harapan di SINI. Kongsikanlah di FB, Twitter, Instagram dan entri blog untuk ajak kawan-kawan kita berkongsi rasa hati semuga ALLAH melihat dan memperkenankan doa kita. Boleh juga tampal banner Doa Untuk MH370 ada di sidebar blog ini di blog anda. Setiap kali kita MEMBERI doa untuk MH370 inshaa ALLAH para malaikat juga akan berdoa kebaikan untuk kita jadi tidak rugi untuk kita terus berdoa.
[box type=”shadow”]Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214] [/box]
Apa lagi yang mampu kita buat selain berusaha, tawakal dan berdoa merayu bersungguh-sungguh kepada ALLAH tapi jangan sekali mengunakan cara yang tidak mengikut syarak seperti bomoh dan sebagainya.
[box type=”shadow”]Doa Nabi Muhamad SAW : ”Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. Al-Baqarah : 286) [/box]
57 Comments
al fatihah untuk mangsa mh370..dengan kejadian serupa ini kita ambik ikhtibar agar banyak berdoa dan beramal lebih lagi..allahuakhbar.
Curahan rasa adna2029 @ ..Baju Menutup Aurat Di SweetMuslimah
Amiin… Semoga doa yang kita semua hulurkan diperkenan Allah. Kepada waris2 mangsa…semoga terus sabar dan tabah dalam menanti apa jua ketentuaan Allah.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Semoga Allah memudahkan urusan pencarian pesawat Malaysia MH 370 yang hilang ini. Teruskan berdoa. #PrayForMH370
Tiada apa yang boleh dikatakan, doa senjata kita sekarang supaya diberikan petunjuk dimanakah MH370 sekarang. Semoga Allah memudahkan urusan pencarian MH370.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
doakan adalah jalan terbaik dan beri sokongan moral kepada waris mangsa yang terlibat.
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
betul..kehebatan doa memang sangat menakjubkan…dengan izin Allah sesuatu akan berlaku
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Allah.. kes mh370 tak habis lagi, jadi pulak mh17. dugaan buat malaysia. semoga allah permudahkan segalanya.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
btul tu.. dugaan yg besar utk semua rakyat malaysia.. semoga kite trus berdoa utk MH370 n MH17.. amin..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
teruskan berdoa untuk MH370 ..
dan baru-baru ini dikejutkan lagi dengan MH17. ya ALLAH , tahun ini banyak sungguh dugaan buat negara kita
teruskan berdoa semoga kita semua tabah dan keluarga mangsa redha dengan apa yang berlaku
Teruskan berdoa supaya diberi jawapan pada persoalan ini. Dan teruskan berdoa untuk mangsa-mangsa yang terlibat.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh Germany
Makin hari, peristiwa MH370 makin senyap..didoakan moga ada sesuatu hasil dijumpa lepas ni..jangan biarkan mh370 terus menjadi misteri.
selain MH370, sekarang heboh pula dengan MH17….sekali lagi kita di Malaysia diuji..apa-apapun teruskan berdoa untuk kebaikan..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
amiin,,, semoga yang mereka yang ditinggal diberikan kesabaran dan para korban semoga mendapat tempat terbaik disisi tuhan…
Curahan rasa diana @ ..Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Seumur Hidup
kami turut berduka cita, mungkin web ini bisa bermanfaat
http://mustaqimmah.blogspot.com/2014/03/inilah-diego-garcia-pengkalan-rahsia-as.html
Curahan rasa bestagaric @ ..Obat Stroke Alami
semoga pesawat mas mh370 dapat cepat di ketemukan termasuk semua para penumpangnya.
baik dalam keadaan masih hidup ataupun sudah tewas.
Curahan rasa CANE BLOG’S @ ..Download Game Dynasty Warriors 6
doa adalah senjata orang mukmin..teruskan berdoa untuk kebaikan semua
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
semoga lancarakan semuanya tuhan pasti memberi jalan pray for mh370 o:)
Curahan rasa cara mendapatkan uang di internet @ ..Menjadi Freelance! Dan Mendapatkan Banyak Uang
Semoga berakhir dengan perkabaran yang baik. Amin… Pray for MH370
Curahan rasa Ammar @ ..Senarai Universiti Terbaik di Malaysia
Sampai sekarang MH370 masih lagi misteri..belum terungkai sejak sekian lama.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Comments are closed.