Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca yang hebat?
Tahun 2016 menutup tirai dengan pengumuman dividen ASB yang merentap hati pelabur terutama pelabur yang melabur dengan pakej pinjaman yang disediakan oleh berbagai institusi kewangan. Viral di sosial media dengan pelbagai status negatif apabila PNB mengumumkan dividen ASB 2016 adalah 6.75 sen seunit dan bonus sebanyak 0.5 sen seunit. Abang memang kurang galakkan melabur dengan meminjam.
Bagi Abang, alhamdulillah syukur dengan rezeki ini walaupun ini adalah dividen ASB yang terendah sejak 1990, kerana pelaburan ASB adalah pendapatan jangka masa panjang. Pelaburan ASB ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tabung Haji 2016“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka ada berbagai bakul pendapatan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan ASB adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari membaca buku sifu Azizi Ali jutawan pelaburan dan dikembangankan ilmu melalui perkongsian sifu-sifu yang lain.
Sifu pelaburan Abang juga menganjar bagaimana menggunakan duit dividen ASB dan Tabung Haji dapat menambah pendapatan keluarga. Majoriti pelabur menunggu duit dividen untuk dibelanjakan terutama untuk urusan anak-anak sekolah. Sifu bisnis Abang kata cara paling bijak adalah menggunakan dividen pelaburan untuk modal bisnis dan keuntungan bisnis barulah kita belanjakan untuk keperluan keluarga atau diri sendiri.
Untuk memulakan taktik begini memang perlukan pengorbanan terutama kepada yang ada duit cukup-cukup makan. Nak berubah memang perlukan pengorbanan kalau tidak kita tetap berada pada tahap bermasalah yang sama sampai bila-bila. Kalau dividen sikit mulakan dengan bisnis yang kecil pasti lama-lama jadi besar.
Sekarang lebih mudah dengan cara bisnis online kita tidak perlu modal awal untuk membeli produk sebaliknya gunakan dividen ASB yang diperolehi untuk buat pemasaran di sosial media. Pelanggan yang tertarik dengan produk yang kita jual akan mebayar dahulu dan wang ini kita boleh gunakan untuk membeli produk yang kita jual. Ini yang dikatakan duit bekerja untuk kita, bukan kita jadi hamba duit.
Ada berbagai cara kreatif di zaman digital kepada yang sanggup belajar. Andai anda ingin belajar selok belok bisnis online dengan menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7 & 8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.
Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
bit.ly/AppsDenaihati (download ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
58 Comments
seeloknya kita pecahkan lubang perlaburan kita..jangan tertumpu pada satu tempat sahaja…part duit yang bekerja unutk kita tu memang menarik
Curahan rasa Blogger Lelaki @ ..Minyak Herba Asmak Penawar Asma
Betul tu. Cuba yang lain juga. Mana yang ada hasil boleh cuba lagi kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan
Dapat hasil dari pelaburan memang suka.
Boleh buat modal untuk yang lain pula.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Cek Keempat Dari Nuffnang
Tentulah suka kan… Bijak melabur rezeki bertambah… Bolehlah gunakan lebihan rezeki tersebut untuk sesuatu yang lebih berfaedah…
Curahan rasa Anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
Guna untuk tambah pelaburan lain pula. Nanti dapat hasil yang lain pula.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan
Suka hati mereka yang dapat hasil dengan ASB.
Simpan dapat hasil berganda.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Cek Keempat Dari Nuffnang
Siapa yang rajin menyimpan memang untung.. tak kisahlah simpan dalam tabung haji ke dalam ASB ke? Yang penting menyimpan..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Rezeki banyak tu je Allah bagi through ASB tahun ni. Alhamdulillah..
insyaAllah dari intrumen pelaburan lain, ada pulangan lain (walaupun bullet nak melabur dah tak ada.. hihihi 🙁 )
Betul tu. Bila melabur dapat hasil. Jangan meminjam. Nanti jenuh nak membayar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Cek Keempat Dari Nuffnang
Kadar dividen ASB menunjukkan trend menurun dari tahun ke tahun. Terpaksa cari alternatif cari income macam ni
Curahan rasa MySemakan @ ..Semakan Keputusan PSPM 2016 Online
Ya betul… Kalau tengok statistik dari tahun 1990 sehingga sekarang .. Nampak graf semakin menurun… harap pelabur semua dapat bersabar..
Curahan rasa Anuar @ ..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
sebab tu tak boleh bergantung pada ASB shaja. kena banyakkan lagi pelaburan.. contohnya blog. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3
Yurp… kena ada pasif income melalui blog sebagai salah satu pelaburan alternatif…
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
pelaburan jangkamasa panjang boleh guna, nilainya pun semakain meningkat dr tahun ketahun.
Curahan rasa Denaihati @ ..Forum Blogger Sempena Ekspo Buku Malaysia 2016
byk intrumen pelaburan lagi yg boleh memberikan pulangan lumayan..setidak2nya kita tidak tertumpu pada satu punca. Kalau tak, apabila dpt pulangan rendah sebegini, pasti komplen sana-sini..diversify..
Curahan rasa JMR @ ..#MyTravelokaEscapade: Menang Kontes Traveloka & Terbang ke Nepal..Holiday Lah!
Betul tu saya setuju..
Disamping melabur dalam ASB, boleh juga melabur dalam hartanah dan saham..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
ASB dahulu memberi pulangan yang tinggi. Saban tahun semakin berkurangan. Elok pelbagaikan tabungan kita..misalnya, tabung haji, CIMB mutual fund, emas, Amanah harta tanah bumiputera dan saham..bergantung kepada tahap kemahiran yang ada pada setiap individu…
Yurp… asalkan kita ada ilmu.. kita boleh mempelbagaikan instrumen pelaburan.. yang penting kena cari ilmu dulu..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Kerajaan mahu rakyat berbelanja, bukan lagi menyimpan. Kalau nak lebih banyak pulangan, berniaga adalah jalan yang terbaik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Sebab Uber Boleh Tambah Pendapatan Anda
Betul.. saya setuju.. 9/10 rezeki datangnya melalui perniagaan.. tak kisah apa pun jenis pekerjaan kita.. sebaiknya buatlah sekurang-kurangnya satu jenis perniagaan..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Simpan bagus.
Cuma bagi yang wat pinjaman tu..kena fikir banyak kali la.
ngeri gak tengok bila orang pinjam 100 ribu wat ASB nih..
Curahan rasa titan @ ..Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia
Dah lama tak menabung ASB…apa la citer duit yang ada dalam tu yang x berapa nak banyak…
Adalah tu kot.. bertambah sikit-sikit.. mana lah tahu.. 3 Januari nanti cubalah semak..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
dari pemerhatian rakan2 sekeliling dapat disimpulkan sudah ramai yg tidak lagi mempercayai asb hehehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Hak-Hak Penumpang Jika Penerbangan Tertunda (Flight Delay) atau Dibatalkan (Flight Cancelled)
ASB bukan untuk orang-orang yg sudah bijak hal-hal pelaburan tetapi untuk orang-orang biasa yg nak melabur tapi tak tahu cara dan tak tahu platform dengan permulaan yg sangat rendah RM10.
Curahan rasa denaihati @ ..Sifu Bisnis yang mengajar Denaihati kata
Betul tu.. setuju..
Ramai yang ambil jalan selamat dengan melabur wang dalam ASB..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Dalam pelaburan tiada istilah betul atau salah.. cuma siapa yang bijak memilih instrument pelaburan, dapatlah lebih keuntungan..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Idea yang menarik.. gunakan dividen ASB yang diperolehi untuk buat pemasaran di sosial media.
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Kemudian bila dah dapat keuntungan melalui perniagaan, baru gunakan duit keuntungan tersebut untuk berbelanja…
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Ini baru namanya buat duit ke atas duit.. duit bekerja untuk kita.. duit jadi hamba kita.. bukan kita jadi hamba duit..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
In Shaa Allah… saya akan gunakan teknik yang Tuan Haji Amir ajar.. terima kasih di atas perkongsian ilmu menguruskan duit..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Selain melabur dalam ASB, adalah lebih baik melabur dalam Tabung Haji..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Keuntungan pelaburan tahunan yang kita perolehi sudah siap di tolak dengan zakat simpanan..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Saya juga lebih suka pelaburan di TH tapi ramai yg hanya fikir TH untuk menyimpan pergi haji sahaja.
Curahan rasa denaihati @ ..Carian Google Trending Malaysia 2016
Dividen ASB walaupun paling rendah dalam sejarah.. tapi tetap namanya rezeki..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Kita kena bersyukur dengan setiap rezeki yang kita dapat.. samada sedikit ataupun banyak..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Setiap kali kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat kepada rezeki tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Nikmat sebenar kebahagian dan kegembiraan bukan terletak kepada duit yang banyak…
Curahan rasa anuar @ ..Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Comments are closed.