Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau sebelum ini peminat buku gila dengan big bad wolf 2014 yang menyediakan diskaun sehingga 95% kali ini giliran buku-buku Melayu terbitan Karangkraf.
Edisi ketujuh Karnival Karangkraf kini kembali lagi untuk orangramai. Diskaun hebat untuk produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80%. Dengan menggunakan Tagline “kami ada semuanya” sudah pastinya karnival ini semakin meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Cetusan idea yang ditimbulkan oleh CEO Karangkraf ini menjadi aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan umur.
Karnival Karangkraf 2015 ini akan berlangsung dari 30 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015 dan antara aktiviti yang akan berlangsung secara umumnya adalah :
- Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.)
- Bengkel Penulisan Thriller,
- Demo Tudung,
- Sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab & ramai lagi.
- Maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad
cosplay anime untuk menghiburkan para pengunjung
Aktiviti menarik pada hari Sabtu 31/1/2015 pula adalah:
- Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias,
- Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.
Bagi yang ingin datang pada hari Ahad 1/2/2015, jangan lepaskan peluang untuk:
- Temui 20 Finalis Dewi Remaja
- The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna.
- Mini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, MOJO, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi.
Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese. Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang kita bawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.
Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;
- 2000 parkir percuma.
- Gerai jualan makanan dan minuman
- Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
- Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma.
(Laluan Bas :
Masjid Negeri Shah Alam— Petronas Dataran Automobil Seksyen 15—Karangkraf —SACC.
Event : Karnival Karangkraf 2015
Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)
9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini
Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
No related posts.
85 Comments
antara event yg perlu diadakan seluruh negeri di malaysia dan perlu mengajak vendor vendor yg lebih banyak
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
terbaik banyak event yang menyediakan buku dan ini memanjakan para peminat buku satu malaysia
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kakek Ini Merangkak selama 60 tahun ke Mesjid Shalat Berjamaah Karena Cacat (Masihkan Anda malas Berjamaah di MEsjid?)
time nilah nak borong buku sebab harga terlalu murah..novel yang biasa rm20 pun bole dpt rm5..apalagi..boronglah..hehe
Curahan rasa nur zayyani liman @ .."dulu tak minat business, tapi sekarang…"
alahai…terlepas. Kalau baca dari awal bolehlah join sama.
banyak pulak aktiviti yg ada ni ha..
Curahan rasa maria @ ..Cara Merawat Kayap Setelah Berbulan-Bulan Badan Dipenuhi Air Bisa Dan Nanah
80% diskaun tu sapa tak nak kan.. mmg berbaloi kalau dtg dari jauh pun ..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Sudah Bersediakah Menghadapi Hari Tua?
tengah nak buat entry tentang yang sama.Sebelum tu belek google tentang tajuk yang sama.
Curahan rasa salmiah @ ..Buat duit dengan blog
Uh bagus ada karnival buku macam ni, saya dan famili memang suka … kalau ada berdekatan Penang, memang pergi .. in Sha Allah andai kelapangan itu ada.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pertama Kali Berada di Bandung Indonesia
banyak buku2 di sini, artis pun tak lepas peluang datang karnival ni. Bagi yang suka membaca inilah masanya nak grab buku bebanyak, 80% off!
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Mudah Jimat Elektrik Yang Ramai Orang Tak Perasan
thanks DH berkongsi info, ingin sekali memanfaatkan kesempatan berburu buku
Curahan rasa startgadget @ ..Best iPhone Games 2014
Memang satu peluang amat besar untuk dapatkan buku2 terbaik dari Karangkraf ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
semua pasti ingin memanfaatkan kesempatan berburu buku dan melihat-lihat keramaian ini
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Peringatan untuk yang enggan melunasi hutang
banyak novel yang dijual secara berpakej, ada satu novel berharga RM3 – RM5, untuk kanak-kanak ada aktiviti bersama ikon komik tanah air.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan
dah pergi semalam, sempat jumpa Upin, Boboiboy, Mei Mei dan Ipin, beli 2 buku dan 3 majalah untuk anak dan isteri, semalam tak ramai orang jadi kami pergi dan balik awal.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Dr MAZA Menulis Islam Dan Merotan Anak
Menarik! Buat pencinta ilmu, ini tempat wajib singgah tahun ini…thanks DH berkongsi info
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
tak ada kat shah alam pulak.. berada di Singapore.. aduhhh.. rugi nya.. jangan lepaskan peluang yang hebat ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Resipi Datin Tyka : Ayam Ala Kenny Roggers
Comments are closed.