Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang ada beberapa entri kisah poligami yang ditulis dalam blog ini antaranya poligami pengalaman peribadi, bila isteri tak percaya sumai poligami dan paling sensasi kisah benar “Hati seorang Madu“. Daripada entri-entri ini berbagai komen dan pesanan peribadi diterima untuk mereka berkongsi rasa antara yang menyentuh hati yang ini. Memang tak berani nak masuk campur urusan rumahtangga orang lain, semuga ALLAH permudahkan.
Assalamualaikum abang Denaihati .. Maafkan Shikin sebab menganggu abang Denaihati. Shikin nak minta tolong pada abang Denaihati untuk berkongsi kisah rumah tangga poligami saya yang sedang bergolak. Saya berusaha memohon bantuan daripada sahabat suami saya, Abang Man tetapi beliau tak berapa sudi nak membantu. Semuga luahan Shikin dapat melega hati yang gundah dan sedih teramat.
Shikin nak minta tolong pada abang Man tapi ternyata abg Man tak berapa nak sudi tolong Shikin. Tak pe lah abang Man.. Shikin faham tapi Shikin tetap nak minta tolong abang jugak tetang Jamal … Dah masuk 3 bulan Jamal tak bagi nafkah dekat Shikin. Sekarang ni Shikin tak de duit untuk belanja harian. Jika dia tak suka Shikin pun nafkah tetap kena bagi juga
Tadi Shikin wasap Abang jamal terus di blok no Shikin… Shikin cakap kat dia Shikin rindu tapi terus kena blok
Shikin mohon sangat pada abang Man .. Bantulah Shikin … Abang Man jangan dengar sebelah pihak. Shikin boleh explain kat abang nanti
Bagilah ruang pada Shikin untuk betulkan apa yang abang Man dengar dari Jamal.
Shikin bagi sijil nikah tu pun bersebab
Sijil nikah tu Abang Jamal minta ustaz dan hakim mahkamah di Kelantan keluarkan. Lagi pun abang Man.. Shikin dah check dengan kawan yang keje kat firma lawyer yang sijil tu bukan tak sah tapi sindiket. Untuk kes berpoligami ni perintah mahkamah keluar dulu baru sijil nikah
Abg Man … Tolong Shikin selamatkan rumahtangga Shikin nih abang
Banyak keaiban Abang Jamal yg abang Man tak tahu…
Abang Man .. Abang le harapan Shikin selain Allah utk lembutkan hati abang Jamal …
Shikin ada jumpe seorang ustaz untuk pulihkan Abang Jamal semula.. Insyaa Allah dalam proses. Shikin tidak henti-henti mendoakn untuk Abang Jamal.
Selama 7 tahun tahun setengah Shikin jadi wife Abang Jamal … Shikin sedar Shikin ada kekurangan … Tapi sebab musabab Abang Jamal nak ceraikan Shikin memang tak logik
Shikin tak pernah curang pada Jamal… Malah masih lagi jaga kehormatan Shikin sebagai wife dia… Jamal dah hmpir 3 bulan tak balik rumah Shikin
Tapi Shikin tetap sedia tuggu Abang Jamal
Selama Shikin kawin dengan Jamal … Alhamdulillah kehidupan mak mertua terbela berbanding dulu …
Bukan Shikin cakap Shikin yang bagi semua tu tapi melalui Shikin Allah atur semua tu… Tapi ada org tak suka Shikin banyak tegur Abang Jamal tentang dulukan keluarga dia.
Shikin risau lepas ni mak mertua tak dapat dah nak nikmati duit Abang Jamal macam selama tujuh tahun Abang Jamal dengan Shikin
Baru-baru ni je lah Abang Jamal banyak luangkan masa dan wang ringgit untuk mak dia… Shikin tahu hukum abang Man sebab itu Shikin tegur Jamal.. Dia kena lebihkn mak dia…
Shikin bantu mana yang Shikin mampu
Abang Man… Tolong lah Shikin ya … Tolongkan ingatkan Jamal tetang tanggungjawab dia terhadap Shikin dan anak Shikin. Kesian kat anak Shikin yang merindui ayahnya. Dia baru nak rasa kasih sayang dari seorang ayah walaupun hanya ayah tiri … susut badan anak Shikin sebab teringatkan ayahnye… Shikin pun sama.
Jamal sedap makan kat hotel-hotel.. tapi kami terpaksa ikat perut … Gaji Shikin pun bukanlah banyak … Gaji Shikin banyak kena potong loan rumah…
Minta tolong sangat-sangat abang Man.. Tolonglah Shikin… Bila abang tolong Shikin .. Allah akan tolong abg Man sekeluarga.
Shikin tahu abang Man seorang abang yang baik dengan Jamal … Tolong lah abang Man … Sebab tu Shikin text Abg Man. Jika tidak sebelum ni Shikin tidak pernah ganggu abang Man … Tapi Shikin rasa sudah tiba masanye Shikin kena bagi tau abg Man tentang hal ni
Kalau benci pun jangan le smpai macam ni
Dulu abang Jamal tak macam ni
Jamal memang baik tapi tak sangka dia sanggup blok Shikin
Nabi Muhammad saw pun tak ajar kita saling benci membenci
Sekurang-kurangnya kenanglah jua jasa Shikin selama menjadi isterinya… Hampir 25 tahun kami berkenalan.. tujuh tahun baru jadi husband n wife… Tapi memang tak disangka Jamal buat Shikin macam ni
Masa dia susah dulu.. Ada juga Shikin bantu dia
Kes muflis itu lagi lah …dulu Shikin le tempat dia ngadu masalah.. Hampir berjam-jam Jamal call Shikin nak cerita masalah dia termasuk hal rumhtangga … Masa tu Shikin belum kawin dgn Jamal lagi.. Shikin pun solo masa tu…tapi itu semua tinggal kenangan je
Sekarang dah sepi…
Tak ada tempat nak luah perasaan .. Kat abang Man je lah Shikin luahkan..harap abang Man sudi baca.. Walau tak balas
121 Comments
Entah bagaimana nasib Shikin pada hari raya Aidil Adha yang lalu. Mek ila pun seorang wanita, sebenarnya masalah sebegini berpunca daripada kaum wanita juga. Masih ramai kaum wanita yang mahu terjebak dengan suami orang walaupun mereka tahu pengakhirannya pasti menyakitkan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Lembu Ketakutan Hingga Pengsan Sebelum Dikorbankan ~
Camnilah kalau dimadukan, habis madu sepah dibuang…Poligami tidak salah. Itu memang diajar dalam Islam tetapi, perlu melihat keperluan dan kemampuan.
Curahan rasa daus @ ..Salahkah untuk menjadi KAYA???
jangan kerana kesilapan mereka yang menjalankan poligami, habis buruk nama agama islam.
Curahan rasa Ikhwan @ ..6 Tips Berjimat Untuk Beli Rumah Dengan Gaji Biasa
orang yang berpoligami tu sebenarnya tak tahu nak harmonikan rumahtangga.kalau ok, takde masalah nak sampai 4 sekalipun
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Mengikut sunah nabi bab kahwin tetapi tidak berlaku adil kepada ister-isteri. Inilah yang selalu berlaku dalam masyrakat Melayu kita hari ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
Pelik bila suami langsung tidak takut tentang ketidakadilan mereka yang bakal dipersoalkan di akhirat nanti.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Lembu Ketakutan Hingga Pengsan Sebelum Dikorbankan ~
bab nak poligami memang masyarakat kita hebat, tapi bab berlaku adil memang terencat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..6 Tips Berjimat Untuk Beli Rumah Dengan Gaji Biasa
betul tu, ramai yang terencat, dah nafsu menguasai akal, gitu le jadinya
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Kalau berkaitan poligami, macam-macam kes yang berlaku. Selalunya lelaki yang buat hal. Ini memalukan kaum lelaki itu sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
di malaysia, isu poligami memang sensitif, tapi di luar negara adalah luar biasa jika tak berpoligami.
Curahan rasa Ikhwan @ ..6 Tips Berjimat Untuk Beli Rumah Dengan Gaji Biasa
wahh..
ramai orang suka bab poligami nih.
cuma orang makcik-makcik aje yang tak suka.
Curahan rasa titan @ ..EMPAT hari BERBAKTI di Hutan XXX
Bro En Titan tak nak berpoligami ke…. income dah ribu-riban pasi mampu punye… atau masih kekal dengan yang ada sekarang ini?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
bukan takat makcik-makcik, wife aku pun tak suka.ahaha.taktau la kot wife ko suka gak.hihihi
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
kesian pula baca dialog nih. kes seorang isteri yang di tinggalkan tergantung.
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..Rancang Percutian Bajet Ke Eropah Bersama UncleZuan.Com.
semoga syikin sentiasa tabah untuk menghadapi cabaran yang mendatang. kuatkan hati dan iman. Allah ada. InsyaALLAH.
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..Buku Rich Dad Poor Dad Versi Bahasa Melayu
Kes isteri yang ditinggalkan tergantung tak bertali ramai yang selalu kita dengar. Pasti ada sesuatu yang tidak kena ni?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
kita kasihan pada mereka, namun mereka lebih letih dan sedih menghadapinya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..6 Tips Berjimat Untuk Beli Rumah Dengan Gaji Biasa
tau takpe..kenapa lah ditinggalkan macam tu kan, harmonikanlah rumah tangga dah dapat yang baru pun
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Moga shikin terus tabah menghadapi detik getir itu. Banyakkan berdoa pada Allah 🙂
Curahan rasa Fahmi @ ..Bertamu Ke Rumah Orang Utan Di Kalimantan, Taman Nasional Sebangau
Itulah yang kita harapkan agar Shikin tabah hadapi ujian ini. Ada hikmah di sebaliknya. Kita hanya mampu berdoa, Allah Taala yang menentukan. Siapa yang berada pada situasi seperti Shikin pasti terasa bagaimana perinya hidup ini?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
shikin mungkin tidak dapat jumpa dengan orang lain, jadi beliau terpaksa minta bantuan secara online.
Curahan rasa Ikhwan @ ..6 Tips Berjimat Untuk Beli Rumah Dengan Gaji Biasa
tapi jangan sampai shikin tu berfikiran luar kotak + syaitan disisi..itu dah menambahkan masalah nanti
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
saya tak berapa faham tentang kisah ni..tak tahu dimana dialog yang mengatakan shikin ni berpoligami sebab dia cuma ceritakan kisah rumahtangga dia yang suami dia dah lama tak bagi nafkah..sama ada dia isteri pertama atau isteri kedua..
Curahan rasa Ibu damia @ ..10 Makanan yang diperlukan oleh ibu ketika hamil untuk elak Anemia
Yalah ada perasan juga tentang Shikin ini. Dia isteri pertama atau kedua. Biasanya isteri tua yang ditinggalkan tak bertali. Apa pun semoga Shikin boleh rujik ke Majlis Agama di bahagian perundangan Syariah/pejabat qadhi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
Nak berpoligami tu boleh asalkan adil.. Kalau tak kesian isteri pertama… huhuhu
Curahan rasa Nursimatun @ ..Pedih Ulu Hati Ketika Hamil? Apa Yang Boleh Anda Lakukan?
madu memang enak banget…tapi setakat ni jarang jumpa yang benar2 adil dan bahagia
Curahan rasa muhammad nizam @ ..BUAI LAJU LAJU SAMPAI POHON SENA
Bercampur baur perasaan bila baca dialog poligami ni..sudah suratan takdirnya begitu tetapi jangalah habis madu sepah dibuang..buat la secara terhormat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Antioksidan Bertindak Mencegah Anti Penuaan Kulit Pramatang?
Beginilah bila dimadukan, habis madu sepah dibuang. Semoga ianya cepat-cepat berakhir buat Shikin. Dia yang merasa perit-jerihnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
Simpati dengan nasib Shikin. Betul-betul umpama “habis madu sepah dibuang”. Namun, harap Shikin tidak sekadar berharap sahaja. Sebaliknya cuba fokus pada kehidupan tanpa Abang Jamal tu. Orang lelaki ni, adakala ada ego. Jadi bila kita buat tak layan, time tu dia ingat kat kita (maksud kawe kat awak lah dan kaum hawa yang lain).
Bila baca kes-kes begini buat kawe terus tekankan pada anak-anak akan pentingnya pelajaran dan kerjaya. Tak boleh terlalu bergantung kpd org lain biarpun husband sendiri.
Apa-apa pun harap semua yang hadapi masaalah sebegini tabah hati. Hidup ni memang penuh dugaan dan cabaran. Kena kuatkan semangat dan fokus selalu. My 5 cents,
Moga shikin terus tabah menghadapi detik getir itu. Banyakkan berdoa pada Allah.
Curahan rasa ummi mra @ ..5 Cara Mengatasi Sembelit Secara Semulajadi
moga terus tabah hendaknya dan moga sentiasa tenang menghadapi cabaran hidup
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Bila baca sampai habis , semua perasaan ada, sedih sakit hati dan macam-macam lagi la
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Komisyen Kedua Dari MobiCow
memang bro. aku yang baca pun sedih. sakit hati. dan macam2 lagi.
Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..Rancang Percutian Bajet Ke Eropah Bersama UncleZuan.Com.
poligami melibatkan banyak pihak, isteri, anak, ahli keluarga dan saudara mara di sekeliling bakal menjadi saksi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Bijak Berniaga Dengan Modal RM100 Ribu
poligami selalu menjadi pembicaraan yang hangat,,padahal poligami membantu para wanita berhubung jumlah populasi wanita lebih banyak daripada pria
Memang jelas wanita lebih ramai dari lelaki, ada sesetengah Negara selepas perang dunia kedua wanita 3 kali ganda lebih ramai dari lelaki.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
setuju, poligami ada kemanisan jika dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Bijak Berniaga Dengan Modal RM100 Ribu
memang manis, tengok je la cite Madu 3 tu kalau semuanya ok, semua saling bekerja sama..hehe
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.