Denaihati Rewards Loyalty Program

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sepanjang bulan Julai dan Ogos pasti Rakan Blogger telah melihat butang Rewards yang terpasang di kiri bawah blog Denaihati. Butang Denaihati Rewards dipasang setelah mendapat inspirasi dari Amanz Rewards yang disediakan oleh blog Amanz.my. Mencontohi yang baik untuk memberi extra kepada Rakan Denaihati Network pasti tidak ada salahnya.

Denaihati Rewards Loyalty Program adalah merupakan salah satu cara blog Denaihati memberi ganjaran kepada Rakan Blogger, disamping pada masa yang sama menarik lebih ramai lagi para pembaca baru ke blog Denaihati.

Untuk mendapat ganjaran dan hadiah di Denaihati Rewards, Rakan Blogger mesti mempunyai akaun Facebook. Rakan Blogger boleh mengumpulkan mata ganjaran setiap hari dengan beberapa cara, termasuk mengunjungi blog Denaihati setiap hari, meninggalkan komen pada entri baru dan lama, menekan butang Like, Retweet dan juga menekan butang Google+1. Pastikan rakan-rakan telah menghubungkan akaun anda bersama-sama butang Rewards tersebut untuk mendapat mata ganjaran.

Untuk melihat jumlah points yang perlu dikumpulkan dan hadiah yang disediakan boleh klik Butang Denaihati Rewards dan klik Catalog. Jumlah points dan hadiah akan berubah dari masa kesemasa mengikut kesesuain.

Kepada yang sudah layak sila ikut cara claim rewards :

1. Klik button untuk claim rewards

2. Kirimkan nama, no hp (pre paid), jenis telco (Celcom/Maxis/Digi), jumlah prepaid dan jumlah points yang di claim ke email saya [at] denaihati [dot] com.

3. Hadiah akan dikirimkan kepada yang telah membuat claim dengan betul dalam tempoh 30 hari.

Kepada yang sudi untuk sponsor ganjaran dan hadiah untuk Denaihati Rewards Loyalty Program sila berhubung terus di email saya [at] denaihati [dot] com. Hidupkan Untuk Memberi.

Nota : Soaljawab Denaihati Rewards @ FAQ.


Spread the love

399 Comments

  1. Baru semalam dapat kumpul point 5000 and dapatlah try claim reward prepaid reload rm30…harap2 dapat lah….tq denaihati

  2. pada 30apr12, saya telah membuat claim cash rm100 tetapi sampai sekarang saya belum mendapatkannya, apakah perlu saya memberikan num akuan bank atau bagaimana?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!