Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sosial media ini memang sentiasa berubah kalau dulu ada Friendster kemudian Myspace. Tapi kedua-dua sosial media yang top gila satu ketika dahulu telah berubah arah setelah lahir sosial media baru yang lebih menarik perhatian.
Kegunaan Sosial media memang bermacam-macam ada yang menghabiskan masa berjam-jam dan meleburkan duit beribu-ribu hanya kerana nak bersosial. Tak kurang juga rumahtangga lintang pukang akibat taksub dengan sosial media. Ada pulak yang menggunakan sosial media untuk menjana pendapatan yang lumayan. Masing-masing ada pilihan tersendiri.
Aku juga tidak ketinggalan mengikuti berubahan sosial media dari Friendster ke Myspace ke Facebook dan macam-macam lagi. Terkini Instagram … dah join ke??
Instagram lebih banyak digunakan untuk berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan hidup yang penuh warna-warni.
Kepada yang belum follow joom follow @ http://instagram.com/denaihati
Kebanyakan kawan-kawan instagram yang aku follow juga suka berkongsi gambar-gambar peribadi yang mereka tidak kongsikan di Facebook. Kalau nak boleh juga link kan akaun instagram dengan Facebook dan Twitter jadi setiap kali gambar baru di kongsikan di instagram automatik akan publish di Facebook dan Twitter.
Instagram bukan sekadar berkongsi gambar tapi boleh juga usik mengusik dalam ruangan komen yang boleh dikongsikan dengan kawan-kawan lain.
Perhatian kepada blog yang ada masalah dengan Facebook seperti Denaihati.com memang tak akan keluar bila kongsi dalam instagram kerana instagram ini anak syarikat Facebook. Kalau tak silap Facebook beli instagram lebih kurang USD1 Billion.
Kepada semua pembaca harap dapat sokong Denaihati Network untuk DiGi WWWOW Awards. Vote hari-hari sehingga 23/6/2013 dan jangan lupa vote juga Rakan Denaihati seperti di senaraikan di SINI.
64 Comments
Dah follow instagram Denaihati. Memang penuh dengan gambar gambar yang menarik seperti gambar sepanjang mengembara.
sekejap je sekarang nie perubahan demi perubahan berlaku…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Himpunan “Tidak kepada Keganasan”
betull…. lepas zaman facebook, instagram ni zamn apa pula ye?
sy pun x ketinggalan dgn zaman frenster, myspace… terkini facebook, instgram… dah follow instagram sy? 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Makanan-makanan yang patut diambil dan dielak oleh ibu hamil yang anemia
Comments are closed.