Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakhabar sahabat-sahabat pembaca yang hebat?
Alhamdulillah setahun yang lalu Abang dan teman-teman pada tarikh ini telah dipilih ALLAH untuk menjejaki kaki kebenua Afrika. Abang nak minta maaf kepada semua pembaca sebab baru hari ini nak sambung kisah “Kembara Denaihati ke Afrika Selatan“. Pengembaraan yang tidak dirancang menjadi kenyataan dengan pelbagai pengalaman yang indah.
Tujuan utama kembara ke Afrika Selatan adalah untuk menghantar empat orang pelajar untuk menyambung pelajaran di Madrasah Darul Uloom Zakariyyah Johannesburg, melawat Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah (MTS) di beberapa negeri dan menjejaki lokasi menarik di Afrika Selatan.
Ketibaan kami di O R Tambo International Airport Johannesburg disambut oleh adik-adik Malaysia yang belajar di Darul Uloom Zakariyah. Kami mengambil keputusan untuk tinggal di Darul Uloom Zakariyah sepanjang berada di Johannesburg, untuk merasai dunia pelajar Malaysia yang tinggal jauh diperantauan. Mereka di sini belajar pengajian kitab atau di panggil alim dan juga hafiz 30 juzuk Al Quran. Sijil dari Darul Uloom diiktiraf Kerajaan Malaysia setaraf ijazah sarjana muda yang boleh digunakan memohon peringkat pengajian master.
Abang memang sudah lama mendengar nama Darul Uloom Zakariyyah dan ramai sahabat-sahabat yang menghantar anak-anak mereka belajar di sini. Memang terharu apabila dapat menjejaki pusat pengajian yang sangat terkenal, telah melahirkan ramai orang-orang alim dan ulama dari berbagai negara. Cuma sekarang tidak semudah dulu, banyak sekatan untuk pelajar dari luar menyambung pelajaran di sini. Isu terkini ketika kami di sini adalah sekatan visa untuk belajar ke seluruh madrasah-madrasah di Afrika Selatan. Adik-adik yang kami bawa ini pun belum mendapat visa belajar tetapi pihak pentadbiran Madrasah berjanji akan membantu untuk mendapatkan visa tersebut.
Selama lima hari kami menumpang di Darul Uloom. Kami menyewa kereta untuk ziarah Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah Johannesburg dan lokasi-lokasi yang lain. Ketika kami nak ke bandar Johannesburg, beberapa kali sahabat di sana pesan supaya kami jangan turun dari kereta kerana sangat bahaya. Memang betul ketika kami melalui tengah-tengah bandaraya Johannesburg kelihatan orang kulit hitam sangat ramai berkumpul tepi jalan dalam keadaan tidak terurus sambil minum minuman keras. Abang tak sempat nak ambil gambar dan video kerana risau dengan suasana tersebut.
Kami sempat juga memandu ke Pretoria lebih kurang 70 km daripada Johannesburg, yang merupakan bandar pentadbiran Afrika Selatan. Semua kedutaan dari berbagai negara termasuk Malaysia berada di Pretoria. Sempat juga kami singgah sebentar di Kedutaan Malaysia dan minum kopi arab di sebuah cafe yang baru sahaja dibuka. Bandar Pretoria lebih teratur berbanding Johannesburg mungkin kerana majoriti penduduknya adalah berkulit putih.
Sepanjang di Johannesburg kami singgah di dua Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah. Madrasah-madrasah ini sudah dibina lebih sepuluh tahun dan mengambil pelajar Islam dan bukan Islam sebagai syarat untuk terus beroperasi di sini. Tiada beza seperti MTS di Turki, madrasahnya kemas, bersih dan teratur bagaikan hotel lima bintang.
Kami singgah dibeberapa bandar kecil di pinggir Johannesburg dan singgah di beberapa masjid untuk solat berjemaah. Benarlah bagai dikata kalau hendak melihat kehidupan sebenar umat Islam pergilah ke negara yang bukan Islam. Abang sangat terkejut apabila singgah di sebuah Masjid di kawasan Mayflower apabila jemaah maghrib melimpah masjid seperti solat Jumaat di Malaysia.
Makanan halal di Johannesburg dan Pretoria memang tak risau, banyak sangat restoran dan cafe yang ada logo halal antaranya Nando’s dan Mc Donald selain restoran arab dan restoran pakistan. Paling mudah guna aplikasi Zabihah untuk mendapat informasi makanan halal terdekat.
Di akhir kembara kami di Johannesburg dan Pretoria kami melawat Madrasah Darul Uloom Zakariyyah, antara yang menarik adalah perpustakaan dan muzium Rasulullah SAW yang mengumpulkan berbagai sunnah Nabi. Terima kasih kepada adik-adik Malaysia yang membantu kami sepanjang berada di Johannesburg. Pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.
Abang Denaihati
Pengembara Dunia
Denaihati TV
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
28 Comments
Tahniah abg denai hati dan team.
Banyak ilmu yang boleh di pelajari bila mengembara.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Review
Seronok tengok gambar-gambar ni.
Pengembaraan ilmu denai hati dan team.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Review
Tahniah DH terpilih untuk ke sana. Moga saya akan dapat ke sana juga 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..5 TIPS MENGEPAM SUSU IBU BAGI IBU YANG BEKERJA
mengembaranya seru banget sampai ke johannesburg, ikutan juga dong om
memang nampak menarik.. semoga yang dibawa tu dapat juga hajat untuk belajar di madrasah di afrika selatan tu..
AMIN
Curahan rasa zool @ ..Ceramah AKPK, Perarakan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka
Alhamdulillah anak-anak tu sedang menyambug pelajaran di Darul Uloom. semuga mereka bakal menjadi waris ulama
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips kongsi bisnis bagi yang kurang modal
Pilihan orang kita yang nak hantar anak belajar tentang ilmu alim.Hadis dan hafiz.
Dulu-dulu India dan Pakistan.
sekarang sana pula.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense
Suasana sekarang dah tak macam dulu.
Bertuah abg denai hati dan team dah beberapa kali sampai ke sana.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense
Seronok baca kisah denai hati berjalan di sana.
Memang ramai anak-anak orang kita yang belajar di madrasah sana.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cerita Hari Jumaat
wah, sungguh menarik tempat-tempat itu. jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, tak gitu 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Mahukah Kita Berubah?
south africa memang sangat cantik.. slalu tengok dalam tv dan youtube. harap dapat pegi satu hari nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
memang sangat cantik terutama di Cape Town yg saya akan tulis selepas ini. stay tune.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips merancang Azam tahun baru 2017 yang baik
Wooowww pengin sekali ke Afrika selatan, katanya ada Madrasah yang keren disana ya…
Curahan rasa Buwel Madrid @ ..Madrid Tumbang
jauh perjalanan tuan. saya belum sampai lagi ke sana. mudah2an ada rezeki satu hari nanti
Curahan rasa raihanah @ ..Jaga Makan Tapi Kenapa Masih Kena Penyakit Kritikal?
Hopefully one day dapat berkunjung ke sini. tambahkan pengalaman dan pengetahuan
Curahan rasa eyriqazz @ ..Adakah Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Membeli Rumah?
Seronok baca kembara anda ke Afrika Selatan. Satu-satunya negara yang belum lagi dilawati.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Jigokudani Snow Monkey Park, Nagano
seronok baca kembara ke dunia afrika……rasa cam berada di sana juga ^_^
Curahan rasa syamila @ ..Darjah 4 belum boleh MEMBACA dengan Lancar?
Comments are closed.