Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kembara Denaihati ke Johannesburg dan Pretoria Afrika Selatan“. Kali ini Abang nak sambung kisah kembara kami ke Durban Afrika Selatan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Lima hari di Johannesburg adalah pengalaman yang menarik. Siapa sangka Denaihati akan sampai Johannesburg dan Pretoria. Tak pernah mimpi.
Untuk meneruskan perjalan jauh, kami sewa van daripada syarikat sewa kereta Avis. Tak mudah juga nak dapat van untuk muatkan bagasi dan orang seramai lima orang. Daripada Johannesburg kami bergerak ke Holistic Educarion Centre kepunyaan Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah di Springs Geduld lebih kurang 60 km dari Johannersburg. Kami bermalam semalaman di sini. Sama seperti asrama MTS yang lain bersih dan kemas luar dan dalamnya.
Perjalanan kami seterusnya adalah 600 km menuju ke Durban. Kami memandu bergilir-gilir merentas Afrika Selatan dengan keadaan jalanraya yang baik dan pemandangan sekeliling yang indah. Kami sampai di Hasan Durum Education Centre tengah malam. Hasan Durum Education Centre adalah antara beberapa madrasah di Durban yang diuruskan oleh Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah.
Sepanjang dua hari berada di Durban kami dibawa oleh seorang ustaz Turki ke beberapa tempat menarik di Durban antaranya waterfront yang sangat cantik, natal lion park dan summer camp yang diuruskan oleh MTS.
Durban memang bandar pelancungan yang moden dan ramai pelancung daripada berbagai negara yang bercuti di sini. Banyak penerbang antarabangsa yang membuat penerbangan terus ke Durban. Majoriti penduduk di Durban adalah daripada berkulit putih.
Kami sempat juga di bawa melawat ke bagunan baru madrasah MTS untuk menampung pemintaan yang tinggi untuk belajar ilmu Islam. Madrasah MTS di Durban seperti juga di Johannesburg dan Spring Geduld menerima pelajar yang bukan Islam yang telah bersetuju untuk belajar ilmu Islam.
Kami di bawa ke Natal Lion Park lebih kurang 15 km dari bandar Durban. Pertama kali dapat melihat Gajah dan Singa pada jarak yang sangat dekat. Kalau di Zoo Negara atau Zoo Taping hanya tengok dari jauh. Di Durban sebenarnya ada banyak safari-safari kecil sebagai tarikan pelancung. Selain itu ada juga Bird Sanctuary. Tiket untuk masuk ke Natal Lion Park Durban hanya R150 untuk satu kereta tidak lebih tujuh orang atau R220 untuk satu bas.
Jom tengok video kami memandu sendiri memasuki Natal Lion Park.
Lokasi summer camp di kawasan tinggi jadi boleh lihat bandar Durban yang cantik. Sepanjang perjalanan menuju ke Summer Camp terdapat banyak rumah-rumah kotak setinggan yang menjadi kediaman kaum kulit hitam. Mereka memang sangat miskin.
Makanan halal di Durban memang banyak sama seperti di Johannesburg. Sempat juga kami singgah di beberapa restoran halal ketika berada di Durban. Mudah sebab logo halal besar terpampang di pintu restoran yang mempunya status halal.
Banyak lagi tempat menarik di Durban yang tak sempat kami singgah kerana masa terlalu pendek. Ada rezeki Abang akan datang lagi melawat Durban untuk melihat tempat-tempat menarik yang lain.
Ini video penuh kembara Denaihati di Durban
Untuk membaca kisah pengembaraan Abang di lebih 20 buah negara sila klik Kembara Denaihati. dan tonton video kemabara Denaihati di Denaihati TV.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
29 Comments
Alhamdulillah Islam masih berkembang dan terus disebarkan di Afrika Selatan.
Industri pelancongan juga tidak kurang hebatnya. Boleh melihat haiwan liar depan mata. Itu adalah trademark bagi negara Afrika Selatan.
Curahan rasa Hidayah Azman @ ..6 VITAMIN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA
Alhamdulillah Islam masih berkembang dan terus disebarkan di Afrika Selatan. Buktinya terdapat pembinaan Madrasah bagi memudahkan penganut agama Islam menuntut ilmu malah menjemput serta mengalu-alukan orang bukan Islam belajar di situ.
Industri pelancongan juga tidak kurang hebatnya. Boleh melihat haiwan liar depan mata. Itu adalah tramemark bagi negara Afrika Selatan.
bercerita tentang afrika selatan teringat isu apartheid huhu..kulit putih lebih ramai dari penduduk warna asal
Menarik juga view di Africa Selatan ni ya..tgk singa dan gajah dari jarak dekat memang hebat..
wahhh seronoknya ke sana.. apa pun semoga terbaik untuk keuntungan semua di sana.
Curahan rasa Pakej Nikah Thailand Murah dan Sah @ ..Pakej Nikah Di Thailand 2017
Oh sebelum ini kalau sebut Afrika saya bayangkan kulit hitam. Rupa-rupanya di Durban majoriti kulit putih.
Menarik juga bercuti di Durban bawa anak-anak ke safari.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..6 Vitamin Penting Untuk Ibu Mengandung Trimester Pertama
Bestnya tgk potong biri biri tu! Boleh tak share makanan dorang mesti sedap! Hee
Curahan rasa Syakilla @ ..5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan
Di Malaysia, selalu sembelih ayam, tapi di luar negara ada banyak lagi pengalaman sembelih haiwan yang lebih besar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
bermain dengan singa ..
memang hebat ta tuan Amir..
Saya ada hati namun belum ada usaha untuk mengembara..
suka sebenarnya baca blog denaihati ni, selain ilmu yang ada, suka juga baca kembara macam ni, indahnya bumi Allah ni kan. semoga berpeluang dapat kembara seperti ini. 🙂
Curahan rasa Mrejoy @ ..Anak Pantang letak? Asyik menangis? Baca 7 Tips Ini!
Besar nya kambing biri biri tu. Dari pengalaman saya 40 ke 50kg berat hidup ada tu
Mesti banyak isi
Bagus dapat buat aqiqah dengan haiwan ternakan yang kita pilih sendiri
Alangkah baiknya ada duit untuk buat amal kebaikan kan
Benarlah kata kata yang harta yang terbaik adalah harta orang soleh
Sebab itu pentingnya untuk umat islam berniaga dan kaya raya
Supaya ramai yang bayar zakat dan sedekah. Dalam islam hukumnya cantik
Takkan ada orang yang akan jadi kaya raya melampau dan menjadikan jurang besar antara yang kaya dan miskin
Sebab kalau buat wasiat pun cuma 1/3 harta boleh di wariskan. Selainnya kena melalui faraid.
Semua orang merasa. Saudara mara lebih merasa keadilan dan tanggungjawab di bahagi samarata untuk ambil kebajikan anak anak yatim
Sekarang ni tak nampak cantik sebab kita buat sikit sikit. Kita tak ikut penuh. Nampaklah pincang. Sebab buat ikut mana yang kita nak, yang kita tak suka tinggal
Teringin nak tinggal di komuniti yang amalkan islam secara penuh. baru nampak syumul islam sebagai gaya hidup
Tak adalah nama sahaja negara islam
maksiat merata rata
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Ostematrix untuk ibu mengandung & 7 Kebaikannya! Bukan kalsium biasa
Memandu 600 KM memang jauh dan lama, nasib baik berganti ganti dan ada kawan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
Orang Turki telah banyak membantu umat Islam di sekitar Eropah, Afrika dan Asia. Turki juga telah mula menerbitkan buku ‘buah fikirannya’ untuk diletakkan di kebanyakan perpustakaan universiti ternama dunia sebagai rujukan pengkaji.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Cara Penyediaan Gum Arabic Serbuk Al-Manna Ameer
Warga Turki dilihat banyak membantu di serata negara sekitar Eropah dan Afrika. Kerajaan Turki sendiri telah banyak menerbit dan mengedarkan gagasan pemikiran mereka dalam bentuk buku di kebanyakan perpustakaan universiti ternama di Barat dan Asia.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Cara Penyediaan Gum Arabic Serbuk Al-Manna Ameer
Hu..hu…tengok video ja lah,jauh perjalanan luas pemandangan,banyak pengalaman…..!
bagi saya ianya satu pengalaman yang sangat berharga… suasana yang berbeza… teringin nak kembara sekali .. hehe
Curahan rasa zik @ ..Sinopsis penuh drama my darling inspektor daniel astro
Masa muda ni la nak mengembara sepuasnya, kalau dah kahwin ada anak mencabar la jawabnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
Comments are closed.