Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiga tahun dulu semua ini hanya mimpi. Dengan sokongan daripada rakan setia, pembaca, follower, sponsor, penulis jemputan, team Denaihati dan keluarga alhamdulillah mimpi menjadi kenyataan. Benarlah kata bijak pandai, semua kejayaan bermula dengan mimpi.

Blog Denaihati telah memenangi Anugerah Sosial Media untuk tahun 2012 dalam kategori Best of The Best Blog of The Year. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah vote dan memilih blog Denaihati sebagai pemenang. Tanpa anda semua, siapalah Denaihati dalam arena blogging ini.

majlis anugerah sosial media 2012 Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012

Pentas Malam Anugerah Sosial Media 2012

majlis anugerah msmw2012 Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012

Menyambut ketibaan Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tak sempat nak ambil gambar semasa ketibaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia). Ramai sangat media/press photographer. Sempat shoot gambar pemain alat music ni je. Apa nama alat music ni?

altimet pakai suit hitam Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012

Altimet sedang berucap. Susah nak dapat tengok Altimet pakai suit hitam macam ni

dato seri rais yatim Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012

Dato' Seri Dr. Rais Yatim memberi ucapan yang mantap

para pemenang anugerah sosial media 2012 Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012

Sesi bergambar para pemenang Anugerah Sosial Media 2012 (tangan tertolak semasa ambil gambar)

ariffshah upcoming blogger of the year Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012

Bergambar bersama Ariffshah (Upcoming Blogger of The Year)

Menurut Ariffshah, dulu dia blogging secara suka-suka. Ada juga yang komen kata blog dia bosan. Tapi sekarang dah mampu dapat award Upcoming Blogger of The Year. Itulah dipanggil rezeki yang tak disangka-sangka. Mungkin dalam tak sedar ada terbuat sesuatu yang menjadikan dia murah rezeki. Semuanya kuasa Allah S.W.T.

award denaihati best of the best blog of the year 20121 Denaihati di Malam Anugerah Sosial Media 2012 #MSMW2012

Award Best of The Best Blog of The Year 2012 milik Denaihati

Menurut penganjur, event World Bloggers and Social Media Awards ni akan dijadikan event tahunan. Bermakna tahun depan akan ada lagi. Agaknya siapa pula yang akan merangkul piala kemenangan untuk tahun depan? Sekarang dah boleh mula buat persiapan dan atur strategi untuk mantapkan lagi blog masing-masing. Berusahalah sekuat yang boleh kerana usaha itu tangga kejayaan.

Istimewa di denaihati.com
1 5 6 7 8 9


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network