Datuk Hussamuddin Pencetus Ummah sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku telah dijemput untuk menghadiri majlis Pengenalan Semua Era Baru Genting Resorts World di dewan konvensyen Fist World Hotel Genting. Melihat Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Berhad menerangkan misi dan visi 50 tahun akan datang untuk menakluk dunia menimbulkan rasa cemburu yang amat sangat. Bertambah cemburu apabila aku dikelilingi oleh beratus jemputan tetapi boleh dibilang dengan jari hanya beberapa orang sahaja orang Melayu. Bukanlah aku perkauman tetapi memikirkan Melayu yang terus saling menyalahkan satu sama lain dan mengaku mereka adalah yang paling baik berbanding yang lain tidak akan mengubah ummah dan nasib anak bangsa.

Datuk Husamuddin Yaacob CEO Karangkraf
Datuk Husamuddin Yaacob CEO Karangkraf

Berpeluang duduk sekerusi dengan Dato’ Hussamuddin Yaacob sepanjang Kembara Turki memberi peluang untuk aku berkenalan dengan insan hebat yang jarang didendangkan. Dato’ Hussamuddin adalah antara beberapa usahawan Melayu yang dapat mengimbangi penguasaan bisnis di Malaysia. Beliau antara beberapa tokoh usahawan Melayu yang mengembangkan perniagaan bukan dari tiket politik tetapi mengambil manafaat daripada keamanan politik untuk memacu maju bisnis kehadapan. Paling menarik Kembara Turkilah telah membongkar rahsia nama pelik beliau HUSSAMUDDIN.

Karangkraf adalah dunia beliau selain isteri, anak dan cucu. Dari cerita Dato’ Hussam kepada aku dia mula berjinak dalam perniagaan buku semenjak berstatus siswa di UKM. Pernah bekerja sekejap tetapi akhirnya berhenti dan mengasakan pembina Karangkarf 38 tahun lepas. Sejak beberapa tahun lepas banyak transformasi yang telah beliau lakukan di Karangkraf untuk manafaat manusia sejagat. Paling terkesan adalah dengan penubuhan Rumah Ngaji untuk memberi peluang semua manusia belajar mengaji dan menjadikan Al Quran sebagai cara hidup.

Dato Hussamuddin Yaccob CEO Karangkraf
Ngopi dengan Dato’ Hussamuddin CEO Karangkraf

Terlalu banyak yang kita boleh belajar daripada tokoh hebat ini tetapi buka semua berpeluang seperti aku untuk duduk semeja menghirup kopi kosong panas sambil bercerita bagaimana nak memajukan ummah. Aku merayu kepada sahabat-sahabat yang ada cita-cita untuk memajukan diri dan ummah untuk korbankan masa, keluarga dan cuti hadir ke Seminar Buat Duit Online pada 13/12/2014 untuk mendengar perkongsian Dato’ Hussamuddin bercerita kisah beliau membina empayar perniagaan selama 38 tahun. Dato’ Hussamuddin juga akan bercerita misi dan visi beliau untuk membina ummah Malaysia yang lebih berjaya yang sudah beliau mula gerakkannya.

Klik banner di bawah untuk mendaftar. Seandainya anda mahasiswa yang ingin datang secara berkumpulan, sekiranya anda mudir Madrasah yang ingin membawa para ustaz dan seandainya anda NGO yang ingin membawa kumpulan yang minat mengubah diri sila PM hubungi SAYA untuk diskaun yuran penyertaan. Jangan persiakan peluang untuk bertemu tokoh hebat pencetus ummah yang bakal menyaingi kehebatan bukan sahaja Genting Highland malah membawa ummah keperingkat yang berbeza siapa lagi kalau bukan… Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi dan CEO Kumpulan Media Karangkraf.

daftar-sekarang


Spread the love

45 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!