Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagikan entri bagaimana ramai yang keliru antara kubah Dome of the rock dan kubah Masjid Al Aqsa dan jejak para Rasul di sekitar Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis. Ramai pembaca juga tertarik dengan kisah kembara kami menjejaki makam-makam dan tempat lahir Para Rasul di bumi Palestine dan apa yang kami jejaki hanya sebahagian kecil daripada banyak kisah para Rasul yang Allah turunkan di bumi Syam.
Lima hari di bumi Palestine memang tidak mencukupi sebab itu kalau ada lebih dana lebih baik buat lawatan khas ke Palestine kalau sekadar singgah sebentar sebelum pergi umrah memang tak mencukupi.
Terlalu banyak tempat yang boleh dilawati di Palestine bukan sekadar solat di Masjid Al Aqsa yang mendapat ganjaran 500 kali dan melihat batu yang dikatakan terapung di Dome of the rock sahaja.
Kami bergerak dari Baitulmuqaddis menuju ke bumi Jordan melalui Tel Aviv, Haifa dan bermalam di Tiberias.
Dahulunya aku fikir Israel hanya negara untuk yahudi sahaja tetapi terkejut apabila melihat berpuluh-puluh buah masjid yang besar terdapat di bumi Israel. Baru aku teringat dahulunya Israel adalah negara Palestine yang diserah kepada yahudi secara paksa oleh penjajah pada tahun 1948 dan kemudian Israel menjajah lebih daripada 30% bumi Palestine lagi selepas peperangan “6 days war” pada tahun 1967.
Penjajahan Israel ke atas bumi Palestine menyebabkan sebahagian umat Islam secara automatik menjadi rakyat Israel kerana berada dalam bumi Israel. Kami singgah di sebuah masjid untuk solat jamak zuhur dan asar disalah sebuat masjid di bumi Israel. Khabarnya ada beberapa markas jemaah tabligh di dalam Israel.
Kami singgah bermalam di bandar Tiberias sebuah bandar yang dibina sejak zaman Rom dipinggir Tasik Galilee atau tasik Tiberia. Tasik Tiberia atau Tasik Galilee terbentang luasnya lebih 40 km panjang seperti lautan yang hujungnya adalah Bukit Golan yang dijajah oleh Israel daripada Syria.
Ada juga yang memanggil tasik ini sebagai Laut Galilee yang banyak dengan kisah Nabi Isa a.s terutama bot Nabi Isa a.s yang tenggelam di tasik ini. Beberapa tahun lepas Tasik Tiberia mengering kerana digunakan sebagai sumber minuman Israel tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini paras air tasik telah meningkat beberapa meter.
Apa pentingnya Tasik Tiberia sehingga kami datang ziarah??
Tasik Tiberia ada disebut dalam hadis dengan kisah akhir zaman. Dajjal tidak akan keluar selagi Tasik Tiberia belum kering kerana diminum oleh Yakjuj dan Makjuj. Selepas minum air Tasik Tiberia sehingga kering Yakjuj dan Makjuj akan bermaharajalela sehingga akan mati bergelimpangan diserang cacing halus setelah Nabi Isa a.s berdoa memohon pertolongan dari ALLAH dan mayat-mayat yang terlalu banyak bergelimpangan ini akan dibawa oleh burung yang lehernya seperti unta ke tempat lain.
[box type=”shadow”]”Aku telah jadikan di antara hamba-hamba Ku segolongan manusia (yakjuj & makjuj) yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur, Kemudian Allah SWT akan menghantar Yakjuj & Makjuj yang akan turun dari segenap cerun, yang pertama daripada mereka akan melewati tasik Tiberias (laut Galilee atau Kinneret) dan meminum airnya (menggunakan untuk hidup). Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dan berkata: “Dahulu pernah ada air disini”. Nabi Isa a.s dan para sahabatnya kemudian akan terkepung disini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang teramat sangat) sehingga kepala seoekor lembu lebih bernilai dari 100 dinar. Nabi Isa a.s. dan para sahabat kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah SWt menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka akan mati keesokkan paginya. Nabi Isa a.s. dan para sahabat akan turunke bumi dan mendapati bumi dipehuni oleh bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabat berdoa kepada Allah SWT dan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengankat bangkai-bangkai tersebut dan membuangnya ke tempat dipilih Allah SWT..” (Hadis Riwayat Muslim) [/box]
Dari Tasik Galilee kami bergerak memasuki ke bumi Jordan. Ditahan tanpa sebab lebih empat jam oleh imigresen Israel yang menjaga sempadan Jordan dan Palestine. Dari maklumat pemandu pelancong hampir semua rombongan Islam akan ditahan berjam-jam segaja untuk menyusahkan supaya tidak ada lagi yang berminat menziarahi saudara Islam Palestine.
Lokasi pertama yang kami jejaki di bumi Jordan adalah lokasi yang paling rendah di bawah aras laut dan paling masin di dunia iaitu Laut Mati.
Pada suatu masa dahulu Laut Mati berada 380 meter di bawah aras laut tetapi sekarang semakin kering berkurangan lebih 50 meter kepada 430 meter di bawah aras laut. Laut Mati semakin cetek kerana Israel telah menyekat sumber air yang masuk ke Laut Mati iaitu Sungai Jordan untuk dijadikan sumber air kepada rakyat Israel.
Air Laut Mati paling masin di dunia sehingga siapa yang mandi akan terapung secara automatik. Laut Mati tidak dapat dipisahkan dengan kisah Nabi Luth a.s dan pengikut-Nya yang mengamalkan seks songsang iaitu seks sesama lelaki dan seks sesama wanita. Akibat kedegilan pengikut Nabi Luth a.s maka Allah telah terbalikkan bumi sehingga menjadi lautan.
Daripada Laut Mati kami singgah di Masjid Nabi Shuaib a.s yang terletak di kawasan berbukit bukau di lembah Jordan. Di dalam Masjid Nabi Shuaib a.s terdapat makam Nabi Shuaib a.s. Nabi Shuaib a.s dan pengikut setianya telah diperintah ALLAH untuk berhijrah setelah pengikut lain berdegil menipu timbangan sehingga diturunkan azab dari ALLAH SWT.
Kisah Nabi Luth a.s dengan pengikut yang mengamalkan seks sonsang dan kisah Nabi Shuaib a.s dengan pengikut yang suka menipu timbang sedang berlaku berleluasa di dunia sekarang. Tunggu sahaja apa azab yang bakal ALLAH turunkan kepada kita semua.
Kami pengakhiri kembara kami dengan menziarahi Ashabul Kahfi yang kisahnya difirmankan oleh ALLAH SWT dalam Surah Al Kahfi. Bersyukur kepada ALLAH kerana telah memilih kami untuk memasuki gua tempat tujuh pemuda ditidurkan oleh ALLAH lebih 300 tahun. Setelah mengetahui mereka telah dibangunkan pada zaman yang berbeza maka mereka berdoa kepada ALLAH supaya dimatikan di dalam gua tersebut.
Mengikut penjaga ashabul kahfi ketujuh-tujuh pemuda telah dikebumikan di dalam gua tersebut dengan tujuh pusara yang akhirnya kesemua tulang dikumpulkan di dalam satu pusara.
[box type=”shadow”]”Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, (Allah) akan menerangi dengan cahaya antara dua jum’at.” (H.R.Al-Hakim dan Al-Baihaqiy, dinyatakan hasan oleh ibnu Hajar dalam Takhrij al-adzkar)[/box]
[box type=”shadow”]”Barang siapa diantara kalian yang mendapatinya (Dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (Dajjal tersebut).” (H.R. Abu Daud, dinyatakan sahih oleh Al-Albaniy).[/box]
Semuga kembara kami menziarahi bumi para Rasul terdahulu dan lokasi yang bakal berlaku peristiwa akhir zaman bakal memberi suntikan baru dalam kehidupan untuk menjadi hamba yang lebih istiqamah taat kepada ALLAH SWT. Kalau pun tak dapat menziarahi saudara Palestine yang sedang diuji ALLAH dengan tekanan yang kenakan oleh Yahudi jangan lupa terus berdoakan untuk mereka kerana doa adalah senjata terhebat untuk umat Islam.
119 Comments
indahnya melawat di bumi arab. dah lama wawa teringin nak pergi ke laut mati. banyak sejarah dulu yang kita boleh ketahui sedikit demi sedikit.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Kalau masa belajar dulu hanya ketahui bumi Asia Barat ini panas dan kering. Hanya ada padang pasir…tetapi sebenarnya sangat cantik dan indah sekali!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Itu la. Kita kena melawat sendiri baru la tahu keadaan kat mana macam mana.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Samalah wawa. Ada rezeki lebih nanti, nak jugak saya melawat ke sana. Banyak sejarah dulu-dulu.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
Saya pun teringin sebab sudah pasti banyak kisah kisah Islam yang dapat kita pelajari nanti. Memang berbaloi.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Kebanyakkan tempat yang dilawati mempunyai sejarah lalu dan akan membawa sejarah lain di masa depan. Semoga kita terlindung dari fitnah dajjal akhir zaman. Sama-sama kita amalkan surah al khafi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Tempat2 yang bukan sahaja menjadi sejarah pd masa dulu tetapi juga akan menjadi tempat utk kejadian penting dimasa hadapan juga.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
InsyaAllah sama samalah kita hafal 10 ayat pertama Al Kahfi supaya dapat dilindungi daripada fitnah akhir zaman yang bakal melanda.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Kembara di bumi Palestin memang menyeronokkan kerana terlalu banyak lokasi dan tempat2 yg boleh dilawati. Begitu juga dengan Jordan. Teringin sekali nak menjejakkan kaki di Laut Mati tu…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
Samalah RM. Teringin jugak nak melawat ke bumi Palestin dan Jordan. Nak jugak menjejakkan kaki di Laut Mati ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
Tempat tempat beriklim ni memang sinonim dengan kisah kisah Agama dan yang pasti saya mmg teringin untuk ke sana!
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Seronok baca kisah kembara Tuan DH ke bumi Palestine ni. Belum ada kesempatan lagi untuk kesana. Insyaallah, suatu hari nanti. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
InsyaAllah Sally… Sama2 kita berdoa. Tidak mustahil suatu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Memang seronok bila baca pengalaman org lain melawat ke negara luar sebab dapat tengok gambar gambar yg best.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
masih kekal muka bumi yang pernah menjadi saksi kisah-kisah manusia terdahulu dairpada kita…kisah-kisah mereka untuk kita renung dan jadian panduan..ada kisah-kisah yang membuktikan kekuasaan Allah yang tiada mustahil bagi-Nya…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Cepat Melatah
Semoga ianya kekal dan terpelihara untuk menjadi bukti dan tanda sejarah umat Islam untuk kita lawati dan renungi…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
bestnyer tengok pic2 yang tuan ambil seolah-olah macam ana pun berada di tempat yang tuan kunjungi..bestkan 🙂
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway for Ex-Brides ! – So is there Mr.Demeanor ?
Benar, untuk kita yang tidak dapat menjejakinya, hanya gamabar2 sajalah yg menjadi tatapan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Cerita tersirat disebalik pengalaman tuan yang hebat.
Terima kasih atas perkongsian yang sangat hebat ini. Wan dapat rasakan betapa seronoknya pengalaman berharga ketika berada di sana.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Tuah tuan dh dapat menjejakinya dikongsi bersama, inilah yg memberi nilai tinggi kepada entri ini. Sangat original dan terkesan sekali!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Kahfi banyak yang tersirat dan tersurat jika baca akan membuatkan kita menagis teresak-esak tanpa henti.ayuh bacalah surah ini pada hari jumaat.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
betul tu. jangan lupa untuk amalkan surah ini selalu. Maksudnya begitu menyentuh jiwa bila membaca. boleh mengalirkan air mata.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tepat sekali… Ayuh kita amalkannya terutama dihari Jumaat yang mulia agar kita semua terpelihara dr segala fitnah diakhir zaman.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
masih mengharpkan buah tamar di baisan akan lebat kerana sesungguhnya jika tidak berbuah maka sang dajal akan datang menjelma
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Ianya tetap akan berlaku, jika tidak sekarang…pasti dimasa depan. Semoga kita dan anak cucu kita terpelihara dr hasutan dajjal
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
dekat tasik inilah banyak orang yahudi buat hotel peranginankan. maka patutlah tasik ini akan kering suatu hati nanti akan jadi laut benarnya akan mati
Pelbagai cara yang dilakukan oleh Yahudi untuk mengelakkan tasik ini dari kering…namun yakinlah ketetapan Allah itu akan tetap berlaku!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Sangat bertuah dapat menziarahi bumi para rasul,dan di kongsikan buat kami yang belum berkesempatan untuk mengunjunginya,
Artikel yang sungguh bermanfaat buat kita semua 🙂
Kita juga sangat bertuah kerana dapat mengikuti kembara dh dan tugas kita pula untuk sebarkan agar apa yg kita peroleh juga dinikmati oleh orang lain
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Memang bertuah sangat. Semoga kita jugak berkesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat yang menarik seperti yang dikongsikan oleh Tuan Denaihati.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
beruntung nya dapat ziarah ke sana dan dapat meliaht sendiri ciptaan Allah yang menakjubkan
.. info yang sangat menarik
Nikmat melihat gambar semesti tidak akan sama nikmatnya dengan melihat didepat mata…bertuah dh krn dipilih Allah utk merasainya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
DH memang bertuah sebab dapat ke sana. dapat bawa family pulak tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu. Semoga kita jugak dapat peluang untuk melihat sendiri ciptaan Allah yang menakjubkan ini ya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
sebelum ni dpat tengok di tv je. kalau dapat ke sana seronok juga kan?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Info yang bagus…insya Allah ada rezeki nak bawa family pi umrah dan jalan2 ke palestin.
Semoga niat dan cita-cita anda yang murni ini diperkenankan Allah swt…InsyaAllah
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Insyaallah. Semoga dipermudahkan oleh Allah ya untuk bawa keluarga mengerjakan umrah dan melawat bumi Palestine.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
semoga niat yang baik dipermudahkan oleh allah nanti. semoga dapat pengisian dari lawatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Info yang sangat menarik n berguna.Tq
Bukan sahaja menarik tetapi pengisiannya amat bermakna buat panduan dan pengetahuan kita bersama.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cintai Alam Semulajadi Dan Penciptanya
Terima kasih byak2 dgn info2 yang di beri
Comments are closed.