Dah buka akaun Paypal Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernah dengar Paypal ke? Sistem pembayaran online terbesar di dunia dimana kebanyakan jual beli secara online menggunakan Paypal. Kerana itu kebanyakan rakan blogger mempunyai akaun Paypal. Hampir semua program affiliate antrabangsa menggunakan Paypal untuk sistem bayaran bonus.

Paypal sistem pembayaran online

PayPal is the safer, easier way to pay and get paid online. The service allows anyone to pay in any way they prefer, including through credit cards, bank accounts, PayPal Smart Connect or account balances, without sharing financial information.”

Paypal mula dibuka di Malaysia pada tahun 2001 itu pun hanya boleh menambah duit dengan kad kredit tetapi tidak boleh withdraw. Mulai 2007 dah boleh withdraw tetapi hanya ke kad kredit atau kad debit.

Alhamdulillah bermula tahun 2009 hampir semua bank di Malaysia yang menerima pakai Paypal samada untuk witdraw atau top up duit. Malaysia Ringgit juga telah menjadi pilihan matawang untuk Paypal. Mungkin di masa depan blog denaihati menerima Paypal untuk pembayaran hadiah contest atau insentif trafik.

Nak buka akaun Paypal tak susah percuma lagi tapi mesti ada email kemudian > Klik Paypal.com > Klik Sign Up >Pilih akaun Personal > Masukan data peribadi > Klik Agree and Create Account atau tonton video di bawah untuk maklumat lebih tepat.

Mungkin Rakan Blogger yang sudah ada pengalaman menggunakan Paypal boleh berkongsi kisah mana yang tidak sempat aku tulis dalam entri ini. Kepada Blogger yang belum ada akaun Paypal aku cadangkan bukalah sebab tak lama lagi aku akan syorkan satu cara buat duit online yang menggunakan Paypal. Kepada yang nak buka akaun sila klik link ini PAYPAL.

Comments

  1. faisal says

    assalamua’laiku,….nak tanya, jika kita nak buat akaun paypal wajib isi maklumat sama macam i/c. Tapi jika maklumat akaun emel tidak lengkap (tidak sama) adakah emel tersebut boleh digunakan untuk daftar paypal? _atau kita kena buat emel baru yg lengkap sebelum daftar paypal. Harap penjelasan sekian terima kasih

  2. says

    Paypal adalah kaedah pembayaran yang paling selamat tanpa mendedahkan kod keselamatan CVV kad kredit anda.Ia juga ada perlindungan keselamatan. Jika barangan anda tidak sampai atau tidak menepati kehendak anda, hanya perlu submit dispute dan jika pihak paypal berpuas hati dengan siasatan yang mereka jalankan, anda boleh dapat kembali wang anda dengan cara debit terus ke akaun kad kreadit anda. Cepat, mudah dan selamat. Tapi charge yang dikenakan agak tinggi. But at least anda tahu anda dilindungi sepenuhnya.

  3. adi says

    sy ade msalah untuk memasukkan wang ke dlm paypal…
    ada x alternatif lain selain guna rhb bank untuk topup wang ke dlm akaun paypal?

Trackbacks

  1. […] daftar terlebih dahulu jika masih belum ada akaun Paypal.Proses pendaftaran yang sangat mudah.Di sini ada penerangan apa itu Paypal malah ada video cara – cara mendaftar akaun Paypal untuk anda […]