Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, debaran Piala Dunia FIFA 2014 semakin dirasai. Melihat kepada Jadual Piala Dunia 2014 pasti persaingan kali sangat sengit sehingga tiada yang berani meramal pasukan mana yang bakal menjuari Piala Dunia 2014. Kepada yang kaki bola nak berjaga malam menyaksikan siaran lansung 64 perlawanan bola Piala Dunia 2014 apa kata kita layan contest yang di anjurkan oleh Brazil.com. Hadiah contest Piala Dunia FIFA 2014 memang mengancam rugi kepada kaki bola yang tak join contest ini lagi pun bukan kena bayar pun.
Hadiah Contest Pertama Piala Dunia FIFA 2014
- Hadiah 1 – 60 : T-shirt (e-Gift Certificate bernilai USD100)
- Hadiah 61 – 161 : Bola Sepak (e-Gift Certificate bernilai USD50)
Hadiah Contest Kedua Piala Dunia FIFA 2014
- Hadiah Pertama untuk seorang pemenang : Tiket penerbangan untuk 2 orang (Business Class) + Penginapan 7 Hari, 6 Malam + Elaun Makan USD 1,000 samada ke Macau atau Rio de Janeiro atau London mengikut pilihan pemenang.
- Hadiah Kedua untuk seorang pemenang : Tiket penerbangan untuk 2 orang (Economy Class) + Penginapan 7 Hari, 6 Malam + Elaun Makan USD 500 samada ke Macau atau Rio de Janeiro atau London mengikut pilihan pemenang.
- Hadiah Ketiga untuk 20 pemenang : Satu Unit Canon E06 6D camera atau Nikon D5300 camera atau MacBook Air atau MacBook Pro mengikut pilihan pemenang.
- Hadiah Keempat untuk 15 pemenang : iPhone 5C atau Xbox One dengan Fifa 14 Game atau Go Pro Hero 3 + Black Edition mengikut pilihan pemenang.
- Hadiah Kelima untuk 50 pemenang : iPod Nano atau Nike Sport Watch mengikut pilihan pemenang.
Syarat Contest Piala Dunia FIFA 2014
- Mesti mendaftar dan login di Brazil.com. Register macam biasalah, masukkan email kemudian tunggu email utk dapat password. Password boleh tukar kepada yg mudah dengan login dan klik edit profile. Tak susah pun.
- Mesti isi data peribadi iaitu Surname, Given Name, Date of Birth, country of residence, contact no (aku tertinggal salah satu hasilnya tidak keluar dashboard jadi pasti jangan tertinggal satu pun data yang diperlukan).
- Umur mesti 12 tahun ke atas.
- Masa tutup tekaan adalah 15 minit sebelum perlawanan dan tekaan boleh diubah sebanyak dua kali.
Peraturan Contest Piala Dunia FIFA 2014
Peraturan dan cara pemainan untuk Contest Pertama dan Contest Kedua adalah sama.
- Contest Pertama berlansung untuk pusingan kumpulan bermula pada 25/5/2014 sehingga 26/6/2014.
- Contest Kedua berlansung untuk pusingan kalah mata 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan final dari 27/6/2013 sehingga 13/7/2014.
Cara Contest Piala Dunia FIFA 2014
1. Matlamat setiap peserta adalah mengumpul sebanyak mata daripada setiap perlawan. Mata yang terkumpul dalam Contest Pertama tidak akan dibawa ke Contest Kedua.
2. Semua tarikh dan masa perlawanan yang digunakan adalah mengikut waktu Brazil.
3. Cara pengiraan MATA.
- 3 Mata – meneka denga tepat pasukan yang menang atau seri.
- 1 Mata – meneka dengan tepat perbezaan gol dengan syarat dapat meneka dengan betul masukan yang menang.
- 1 Mata – meneka dengan tepat jumlah jaringan samada pasukan yang menang atau pasukan yang kalah.
- 7 mata – meneka dengan tepat jumlah jaringan untuk masukan yang menang dan pasukan yang kalah.
4. Jocker Ball – setiap peserta boleh menggunakan hanya sekali samada dalam contest pertama atau contest kedua untuk mengandakan mata.
5. Soalan Bonus – menjawab soalan bonus untuk mendapat mata tambahan untuk contest kedua dengan syarat perlu dijawab sebelum 27/6/2014.
6. Semu syarat dan peraturan adalah terjemahan jadi untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat sila baca Rules & regulations di Brazil.com. Paling bagus daftar sebagai peserta baru boleh nampak dengan jelas dashboard jadi kita boleh tahu jumlah mata kita yg terkumpul serta ranking peserta terkini.
Memang menarik contest Piala Dunia 2014 sebab hadiahnya memang hebat. Jadi apa lagi jom daftar dan kumpul mata sebanyak mungkin sebab nak menyertai tak perlu bayar apa-apa hanya perlu daftar sahaja. Terbayang-bayang LONDON melambai aku tapi tulah nak kena bersaingan dengan Liverpool Fan, siapa lagi kalau bukan Melastik Bintang dan Shakiddo.
Go Go Go German, you can win World Cup 2014.
144 Comments
boleh dijadikan sebagai kuiz untuk memenuhi masa lapang atau bajet untuk bercuti nanti.
Curahan rasa ikhwan @ ..Strategi Bisnes Yahudi Yang Boleh Kita Kaji
kuis yang sangat menantang macam-acam cara orang untuk meramaikan piala dunia
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
Lagi 4tahun baru boleh layan piala dunia ni. Lagi 4tahun juga nak tunggu contest mcam ni. hihi ^^
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..11:50 P.M. 14.10.2014
Cara DH menganjurkan contest mmg sangat sistematik . harap sangat dapat contohi cara DH. dari segi penulisan tentang entry semua lah. ^^
Curahan rasa Anisyamir Leejo @ ..11:50 P.M. 14.10.2014
Comments are closed.