Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lepas seorang sahabat yang sedang mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan call dari Mekah bertanyakan khabar. Sepatutnya akulah yang bertanya khabar dia tapi apa nak buat kawan aku tu lansung tak sms no hp sana jadi tak dapatlah aku nak call atau sms. Teringin sungguh nak mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan tetapi masih belum dipilih oleh ALLAH SWT. Insyallah azam tahun depan.
Rindu kepada Kaabah memang tidak pernah hilang kepada sesiapa jua yang sudah menyaksikan sendiri kehebatan Kaabah. Kali pertama menjejaki kaki di Masjidil Haram pasti mata akan mencari-cari dimanakah objek hebat Kaabah. Apabila melihat sahaja Kaabah pasti akan terus jatuh cinta, rasa sayu dan syahdu menyusup jiwa. Terasa sangat kebesaran ALLAH SWT dan teringat betapa mujahadahnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina Kaabah. Teringat juga bagaimana Rasulullah SAW berjuang untuk menghapuskan Jahiliyah Arab dengan memusnahkan 360 berhala yang terdapat disekeliling Kaabah.
Melihat jemaah tua dari Turki dan Iran yang terus sujuh sambil menangis meraung apabila melihat Kaabah menambahkan lagi sayu hati dan terasa terlalu banyak dosa dengan ALLAH SWT. Multazam Kaabah menjadi tempat untuk menangis memohon keampunan di atas segala keterlanjuran yang pernah dilakukan sepanjang hidup yang sebentar ini. Mengharap rahmat ALLAH SWT di bawah Pancur Emas Kaabah untuk dibawa pulang untuk dikongsikan bersama keluarga. Tidak jemu minum Air Zam Zam di hadapan Kaabah sambil berdoa diberi kesihatan, ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang luas.
Kepada Rakan Blogger yang belum menjejaki kaki di Tanah Haram, Mekah sujud di depan Kaabah azam dengan sepenuh hati dan berdoa supaya dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu-Nya. Duit, kakayaan, kelapangan masa dan kesihatan bukan syarat utama untuk menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai yang banyak duit, sihat tubuh badan dan mempunyai masa tetapi tidak dipilih menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai pula yang kurang duit, tidak sihat dan sibuk dengan berbagai tugasan tetapi dipilih oleh menjadi Tetamu ALLAH SWT. Formulanya mudah mesti ada azam yang sangat kuat melebihi 100% dan sentiasa berdoa selebihnya hak ALLAH SWT untuk memilih kita. Kebanyakan daripada kita banyak memberi berbagai alasan sehingga alasan itulah yang menjadi penghalang antara kita dengan ALLAH SWT.
Janji ALLAH SWT tidak akan ada yang miskin kepada hambanya yang menziarahi rumah ALLAH SWT, KAABAH. Cinta kita kepada ALLAH SWT semakin bertambah itulah yang dikatakan Cinta Dari Kaabah.
Kepada pencari kisah Drama Cinta Dari Kaabah sila lansung ke Sinopsis Drama Cinta Dari Kaabah.
77 Comments
nak pergi ke mekah.tapi nak free.boleh kaa?hehe
memang bercita- cita untuk ke Mekah bila berkemampuan nanti..
Curahan rasa Fakarepain @ ..TAZKIRAH RAMADHAN : MALAM 7 LIKUR AMALAN BIDAAH
Rindu kepada Kaabah memang tidak pernah hilang kepada sesiapa jua yang sudah menyaksikan sendiri kehebatan Kaabah….walau tidak pernah sampai ke sana…rasa untuk kesana sgt2 lah dirasai
Curahan rasa suarapeople @ ..Manfaatkan Cooler Fan Dekstop Anda – Pelbagai Guna
bila lah akan sampai ke mekah =) doakan ada rezeki nanti
Curahan rasa suarapeople @ ..Manfaatkan Cooler Fan Dekstop Anda – Pelbagai Guna
alhamdulilah
Curahan rasa hafizal @ ..Jamal Abdillah derma beras satu treler
subahanallah…..
Curahan rasa hafizal @ ..Jamal Abdillah derma beras satu treler
subahanallah
Curahan rasa hafizal @ ..Jamal Abdillah derma beras satu treler
bila agaknya dapat g ke mekah bagi menunaikan rukun islam
Curahan rasa hafizal @ ..Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger
bila masa bisa tengok langsung Kabah ini hu hu
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to save money for Students
Insya Allah, semoga suatu saat bila waktunya tiba.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012
Amin ya Rabbal Alamin
Curahan rasa munir ardi @ ..Happy Eid.ul Fitr
memang rasa sgt sebak bila nampak Kaabah dalam mencari2 di antara tiang2 Masjidil Haram tu. last sekali saya ke Mekah dalam 10 tahun lepas. insyaAllah lps ni akan terus kerjakan Haji jika dapat tempat dan kuota dalam masa terdekat
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Innowave: Microwave Oven Berkonsep Laci Oleh Anoush Mortazavi
semoga diberikan hidayah dan kekuatan untuk menemui cinta sejati dan hakiki di Kaabah …
Curahan rasa yangbaik @ ..Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Ya… Allah Berikanlah Hamba Kesempatan…
Curahan rasa shabira @ ..Di Manakah Aku Berada ..?
sentiasa berdoa agar diberikan peluang untuk ke sana juga 😉
Curahan rasa Ibu Mifzal Arsyad @ ..Bebola Agar-Agar (Seeds Growing Kits) Haram Dijual
Comments are closed.