Chelsea vs Arsenal penentuan juara BPL 2013/14

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, BPL musim ini kalau guna bahasa Indonesia adalah yang paling SERU samada di papan atas mahu pun di papan bawah. Semua 20 pasukan masih bersaing hebat samada untuk jadi juara BPL, layak Champions League, layak Europe League juga mengelakkan tersingkir dari BPL musim depan.

[box type=”shadow”]Keputusan Champions League 2013/14 Pusingan Suku Akhir

Barcelona vs Atletico Madrid 0 – 2

Real Madrid vs Borussia Dortmund 4 – 3

Paris Saint-Germain vs Chelsea 3 – 3

Manchester United vs Bayern Munich 2 – 4  [/box]

Arsenal kurang bernasib baik apabila tersingkir dari Champions League musim ini akibat daripada lakun layar Arjen Robben yang berlagak cedera apabila bertembung dengan penjaga gol Arsenal di pusingan pertama di Emirates sehingga Szczesny dilayangkan kad merah. Kalau sebelas lawan sebelas belum tentu nasib Bayern Munich tapi itulah dinamakan takdir bola sepak. Nampak gayanya Arsenal yang dah layak untuk Champions League musim depan kena usaha lebih lagi untuk jadi juara dan kalau boleh kena beli beberapa pemain lima bintang untuk mencapai matlamat tersebut.

[box type=”shadow”]

Keputusan Semi Final FA Cup 2013/14

Wigan Athletic vs Arsenal : 1 – 1 (penalti 1 – 4)

Hull City vs Sheffield United : 4 – 2  [/box]

Chelsea vs Arsenal 22/3/2014

Kesedihan Arsenal terubat sedikit apabila layak ke separuh akhir FA Cup yang akan menentang Wigan juara musim lepas. Tiada big four yang layak masuk separuh akhir FA Cup menjadikan Arsenal sebagai favourite untuk menjadi juara tapi bukan semudah itu sebab sebelum ini Arsenal pernah kecundang di final Carling Cup kepada Brimingham City.

Video Arjen Roben berlakun cedera

Peluang Arsenal untuk jadi juara BPL musim ini agak tercalar apabila tewas kepada Stoke City 0 – 1 tetapi bernyawa sedikit apabila menang kepada Tottenham 1 – 0 dan Chelsea tewas kepada Aston Villa 0 – 1. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini kejuaraan BPL tahun ini akan ditentukan keputusan perlawanan empat pasukan di atas dengan pasukan kecill yang sedang bersaing untuk tidak tersingkir dari BPL musim depan.

Chelsea vs Arsenal 22/3/2014

Pelawanan Chelsea vs Arsenal di Stamford Bridge sangat penting kepada kedua-dua pasukan kerana keputusan ini boleh menentukan pasukan mana juara BPL musim ini. Kalau seri maka senyumlah penyokong Liverpool dan Manchester United …. eehhh silap Manchester City. Arsenal mesti menang perlawanan menentang Chelsea untuk lebih cerah menjadi juara BPL musim ini dan menutup mulut Jose Morinho yang telah melabelkan Arsene Wenger sebagai “Master of Failure”. Sila klik SINI untuk melihat keputusan perlawanan Arsenal sebelum ini.

[box type=”shadow”]

Keputusan Perlawanan Arsenal 22/3 – 29/3/2014 

Keputusan Chelsea vs Arsenal : 6 – 0

Keputusan Arsenal vs Swansea : 2 – 2

Keputusan Arsenal vs Manchester City : 1 – 1 [/box]

Memang sangat SERU persaingan BPL musim ini terutama baki lapan perlawanan kerana nasib setiap pasukan bukan sahaja bergantung pada kehebatan menewaskan pasukan lawan tetapi bergantung kepada keputusan pasukan lawan. Selain tak sabar nak tengok siapa yang bakal jadi juara BPL samada Arsenal, Chelsea, Liverpool atau Manchester City peminat bola sepak Malaysia juga menunggu adakah Cardiff City mampu kekal di pesada BPL musim depan. Persaingan kedudukan di bawah sangat sengit antara enam pasukan untuk kekal di BPL musim depan siapa yang silap pasti akan tersingkir.

Live Chelsea vs Arsenal @ Twitter



Spread the love

38 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!