Cara Tuntutan Duit Bantuan Persekolahan RM100

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, ramai yang bertanya maklumat terkini tentang duit bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet tahunan. Sebelum ini Kerajaan telah umumkan cara tuntutan bantuan RM500 kepada yang layak. Mengikut sumber Berita Harian, kerajaan baru umumkan cara Duit bantuan persekolahan RM100 akan diagihkan. Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid. Bayaran telah mula diagihkan pada Khamis lepas.

Bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan tahun sebelumnya. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan tahun bajet disebut, pembayaran bantuan RM100 akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing. Ini untuk memudahkan urusan pembayaran kerana dikhuatiri pelajar bertukar sekolah.

buat-duit-dengan-blog

Semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak masuk sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu menerima duit bantuan persekolahan RM100 boleh mengisi borang menolak dan menyerah balik bantuan tersebut.

Rezeki jangan ditolak tetapi mesti diuruskan dengan betul supaya tiada pembaziran. Jangan pulak ada ibubapa yang menggunakan duit bantuan RM100 ini untuk kegunaan peribadi beli make up, baju atau rokok. Terbaik gunakan untuk membeli keperluan sekolah tahun 2012 atau simpan dalam akaun bank atau ASB anak kerana mereka yang lebih berhak.

Terkini : Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.


Spread the love

182 Comments

  1. kita amat terharu dan berbesar hati apabila kerajaan mengumumkan bantuan untuk setiap pelajar sekolah di negara ini.selama ini pun kerajaan memang sentiasa prihatin dengan pelajar kita yang bakal menjadi pemimpin negara satu hari nanti, dan kita amat bertuah kerana hidup dengan aman dan selesa di negara bertuah ini, negara yang di rahmati.sekali lagi kami ingin mengucapkan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kita diatas keprihatinan mereka.

  2. dzuandiey
    perghh..kesian guru jadi securityforce…pegang duit banyak…bertambah lagi 1 la tugas guru ek?..hehehe..
    http://dzuandiey.blogspot.com

    aah kan dalam tak sedar tugas guru bertambah! haha

    paihujey
    ops..bersyukur jugak aku kalau dapat RM100..boleh buat bisnes dah dengan RM100..
    Curahan rasa paihujey @ ..Orang Gemuk Lebih Mudah Dapat Six Pack

    100 tu besar dh nilainya buat org cam ssaya ni…..macam2 leh rolling!
    Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget ImpiankuMy Profile

  3. Semoga dapat memberikan semangat dan motivasi yang baik untuk anak-anak penerima bantuan ini.

    Sukses selalu
    Salam
    Ejawantah’s Blog

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!