Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500 Budget 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,00 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.

Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.

Kenyataan LHDN : “Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012Bernama

Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu baru gentlement. Aku pulak tengah kira-kira ni layak atau tidak.

Kepada yang layak dapat RM500 ini ada formula untuk RM500 jadi RM5000.

Terkini :

1. Borang bantuan rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini. 1/11/2011 – Utusan.com.my

2. KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan. ”Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

3. Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didownload @ BR1M


Spread the love

143 Comments

  1. salam..rasa-rasa blh ke ayah saya memohon??…Skrg ayah saya sudah pencen & terima pencen tak sampai RM1000 sebulan, mak lak tak kije.. Dua-dua dah tua. Dgn keadaan ayah sy sekarang ni yang patah kaki coz accident mmg tak blh buat kije apa-apa, hanya tinggal di rumah je. Sy lak baru habis stadi, kije pon gaji RM1500 je, duk jauh nk byr PTPTN lg, rumah sewa lg…sy sndri pon xcukup dengan kos duk kat bandar yg tinggi.

  2. suke dengan ayat kedua last tuh. Saye pelik dengan mereka2 yang pro pembangkang dan suka mengutuk kerajaan tetapi masih bergantung hidup dengan kerajaan. Sedaye upaye nak keje ngan kerajaan. Walaupun ianya adalah dua perkare yang berbeza, tapi saya lihat sebagai sesuatu yang tiada integriti. Jadilah insan yang berintegriti tinggi seperti Imam Ahmad yang menolak tawaran bekerja dengan kerajaan kerana menjaga integriti. Barulah boleh nak bercakap tentang perjuangan.
    Curahan rasa Akmalnizam @ ..Apple iPhone 4G/3Gs-32GB & 16GB Factory Unlock(Balck & White)My Profile

  3. jgn lupa plak…tu bukan duit UMNO/BN tapi itu adalah DUIT RAKYAT yg sememangnya perlu diagihkan secara bijak, bkn dibelanjakan secara bodoh oleh kerajaan!!!

  4. alhamdulillah..skurang2nya kurangkan sdikit beban isirmh yg kurang dr RM3000…rezeki xkn nk -..gula2 politik ka apa ka..yg pnting kerajaan nk bntu rkyat..jgn spt sstgh pihak ‘CAKAP TAK SERUPA BIKIN’..GEMPAK JA LEBIH……

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!