Cara tingkatkan total komen di blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai kawan-kawan tanya macam mana nak dapat komen yang banyak untuk setiap entri. Pada permulaan denaihati.com pun melalui pengalaman yang sama hanya 1-2 komen je yang singgah untuk setiap entri. Antara teman setia yang rajin meninggan komen adalah zuls, rizal dan azizwan. Ucapan terima kasih untuk kalian walaupun sekarang dah jarang kelihatan tapi aku yakin masih jadi silent reader dan mencelah bila perlu.

Pepatah ada berkata “success never come over nite”. Jangan kecewa kalau 3-4 bulan pertama blog anda tak dapat sambutan sangat. Semua blogger yang dah Top melalui pengalaman yang sama, kalau tak percaya tanyalah ariffshah.com atau kujie2.com.

Berikut beberapa tips berdasar pengalaman aku yang boleh meningkat komen di blog anda :

1. Rajin tinggalkan komen di blog newbie sebabnya diaorang pun nak byk kan komen maka selalunya mereka akan melawat balas blog kita dan tinggalkan komen.

2. Rajin tinggalkan komen yang berkualiti di blog yg top dan pastikan jadi top 5 commentor setiap bulan, insyallah sebahagian peminat blog tersebut akan singgah blog kita. Contohnya sekiranya anda rajin tinggalkan komen di yanmieonline.com pasti akan ada beberapa peminat blog yanmieonline.com yang beribu itu akan singgah ke blog anda.

3. Set kan sistem komen di blog anda dengan commentLuv  jadi kawan-kawan suka nak tinggalkan komen sambil mempromosi entri terbaru mereka.

4. Tinggalkan komen anda di blog yang mempunyai setting commentLuv dengan secara tak lansung anda mempromosi entri terbaru.

5. Paling penting balas setiap komen yang ditinggalkan kerana pengomen akan rasa komen mereka dihargai seperti yang dibuat oleh kebanyakan blog terkenal seperti ariffshah.com, kujie2.com, azuanrazi.com, myjazmanie.com, kulanzsalleh.com dan lain-lain. (Inilah antara kelemahan aku sebab tak semua komen aku dapat reply jadi harap sangat kawan-kawan tolong juga reply komen terutama yang sesekali sekala singgah sini).

6. Guna sistem autorespond dimana setiap kali kita membalas komen pengomen akan diberitau melalui email jadi sudah pasti mereka akan bertandang kembali untuk melihat apakah jawapan balas kita dan biasa mereka akan menambah komen mereka.

7. Kalau ada modal buat contest top commentor setiap bulan. Hadiah bukan semestinya mahal mungkin boleh sekadar pre paid top atau produk yang simple tapi menarik.

Kalau ada tips yang lain harap sangat teman-teman blogger lain boleh tambahkan diruang komen untuk jadikan rujukkan kepada blogger baru. Ingat success never come over nite.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

168 Comments

  1. suma tips2 nie boleh dipraktikkan terutama utk newbie macam saya..
    setakat nie paling banyak pun adalah dalam 3 orang jek komen 1 entry..
    mungkin sbb entry lom cukup power kot mcm denaihati..
    Curahan rasa eiji @ ..Jom Makan Buah 2011My Profile

  2. Jarang singgah kat blogger, skdar ada masa t/luang, cari info2 t/kini, laman blog sendiri x terblog… x idea, x mahir , x tau istilah b/blog dll. Entah dgn siapa mau belajar?????

  3. salam…

    kepada sesapa blogger beragama islam yang terrer bab hacking..bersama-samalah berganding bahu untuk attack blog makcik nih…

    korang antarlah pape jenis virus komputer yang korang rasa perlu untuk diantar…hhohohoho..>:)
    Curahan rasa zainal @ ..How To Speed Up Windows XP PerformanceMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!