Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “twitter Santapan Minda capai 1 juta follower“. Kali ini Abang nak kongsi cara untuk semak ranking sosial media Malaysia.
Baru-baru ini Abang buat status di Facebook bertajuk “Jadi top 10 Malaysia”.
FB page Denaihati Network baru naik ke ranking 122 page paling popular di Malaysia potong page Nescafe Malaysia dan MizzNina. Kini bersaing dgn page Prof Dr Muhaya.
Kalau nak cepat jadi top 10 kena beli page lain yg jumlah like nya 2.7 juta baru boleh masuk ranking. Persoalannya siapa pulak nak jual page yg like sebanyak tu dan kalau ada yg nak jual pasti harganya juta-juta.
Jadi kita buat langkah demi langkah seperti bisnis juga kena buat dari bawah sebelum terbang di langit biru. Bukan semua usahawan ada peluang seperti Dato Aliff yg mewarisi network besar bisnis keluarga yg telah dibina bertahun-tahun.
Abang sangat percaya dengan teori fizik, lagi cepat kita naik nanti cepat jugalah kita mengelonsor turun.
Apa perlunya nak jadi top 10 Malaysia? Bila dah tercapai nanti Abang cerita sebabnya, perkongsian free tak perlu bayar yuran.
Rupanya ramai yang tak tahu bagaimana nak semak ranking sosial media, sebabnya ada yang komen tanya bagaimana nak semak ranking Facebook page.
Sebenarnya kita bukan sahaja boleh semak ranking untuk Facebook page, juga boleh semak ranking sosial media yang lain iaitu Twitter dan Youtube. Pasti kawan-kawan perasaan dalan entri “Twitter Santapan Minda capai 1 Juta follower”, Abang ada sebut ketika itu ranking twitter santapan minda berada pada kedudukan 35. Sekarang sudah meningkat ke ranking 32 mengalahkan twitter pelakon Nurul Elfira Loy.
Ada banyak website yang boleh kita gunakan untuk menyemak ranking sosial media untuk setiap negara. Abang gunakan website SOCIAL BAKERS. Untuk memudahkan menyemak semua ranking bagus kalau kita login menggunakan akaun FB atau Twitter kemudian klik bahagian statistik dan pilih sosial media mana yang kita nak semak. Berbagai informasi sosial media dunia yang kita boleh semak dengan menggunakan website ini contohnya FB page artis paling popular, FB page sukan yang paling popular, FB page brands yang paling popular.
Kita juga boleh semak statistik mengikut negara untuk katogeri yang dipilih. Paling menarik kita juga boleh semak setiap hari lima FB page yang paling banyak mendapat like. Begitu juga untuk sosial media yang lain. Semua khidmat ini boleh diperolehi secara percuma.
Kalau subsrcibe jadi ahli boleh dapat macam khidmat yang boleh digunakan untuk menilai statsitk sosial media untuk penjenamaan. Selain itu kita juga boleh menyemak statistik berbagai sosial media selain FB page, Twitter dan Youtube. Yuran keahlian USD20 sebulan untuk satu profile.
Berikut senarai top 10 Facebook page dan Twitter Malaysia ketika entri ini di tulis.
- Tintu-Mon :16 739 096
- Upin & Ipin :12 648 304
- Air Asia :10 445 783
- Penmerah [dot] com : 6 686 362
- Siakap Keli :4 757 950
- Berita Harian Online :4 612 061
- Harian Metro : 4 355 430
- My Ntworks : 4 081 444
- Roti Kaya : 3 922 970
- Jordan Yeoh :3 907 277
- Lisa Surihani (@LisaSurihani) – 3 752 158
- Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) – 3 616 541
- AirAsia (@AirAsia) – 3 007 048
- Zizan Razak (@Zizanrajalawak) – 2 517 326
- Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) – 2 307 462
- Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_sam) – 2 211 707
- Yuna Zarai (@Yunamusic) – 2 158 018
- Khairy Jamaluddin (@Khairykj) – 2 120 349
- Aaron Aziz Official (@AaronDwiAziz) – 2 067 789
- Awal Ashaari (@Awalashaari) – 1 945 173
Top 10 Youtube Malaysia(views)
- Les’ Copaque Production – 1 100 700 078
- Astro Gempak – 755 309 085
- Kini TV – 423 790 950
- Namewee – 339 249 624
- Laowu – 247 903 938
- MeleTOP – 178 150 976
- HambaFaqir Channel – 168 538 326
- Astro Ceria – 154 283 775
- Ling BigYong – 151 464 746
- Astro Awani – 149 649 760
Misi kami tetap sama iaitu untuk menjadikan facebook page Denaihati, twitter Santapan Minda dan youtube Denaihati TV ranking top 10 Malaysia.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Walaupun mengikut statistik terkini ramai generasi Y bawah umur 25 tahun sudah meninggalkan Facebook tetap FB page masih menjadi platform yang sangat berharga untuk meningkat jenama perniagaan dan menghasilkan jualan sehingga berjuta. Nak belajar? Sila klik artikel ini “Teknik superstar berniaga berniaga di Fanpage“. Kalau orang lain boleh kenapa kita tidak?
Amir Denaihati
Founder Denaihati
58 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Sedap kalo dah bisa masuk ke ranking popular ni. Bise dapat banyak tawaran.
Wow saye baru tau lah kalo bise macam ni. Makaseh krn dah maok kongsi tips ni.
cara ni boleh dijadikan panduan pengiklan. mana tau mereka nak buat paid reviews kan..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Beli Kerusi Eames di Lazada
tq sebab bagi info pasal kepentingan ranking kat media sosial ni.
Curahan rasa semakini @ ..Tanda- Tanda penyakit Anjing Gila pada Haiwan
Good info Mr Denai. Rasanya majoriti besar daripada kita tak tahu mana nak check statistik sosial media ini. Walaupun gen Y dikatakan dah ramai tinggalkan fb, Fb tetap sosial media no.1 di Malaysia dan di dunia . huhu.
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..HUJAN METEOR PERSEID DI PLANET BUMI PADA 10-13 OGOS 2017
Comments are closed.