Cara nak popularkan blog di Google, Yahoo dan Bing

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semakin meriah dunia blog Malaysia dan semakin ramai blogger baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ramai blogger yang dulunya biasa tapi sekarang dah jadi Top Blogger Malaysia. Ada rakan blogger yang dah jadi lebih popular dari artis dan lebih popular dari ahli politik. Ada blogger yang dah jadi usahawan online yang berjaya dan ada juga blogger yang dah jadi Yang Berhormat (YB).

Blogger sudah menjadi orang penting sehingga sering dijemput di majlis-majlis tertentu seperti pelancaran produk baru, majlis pemimpin bertemu rakyat dan berbagai majlis yang lain. Kejayaan seperti ini tidak datang sekelip mata. Kebanyakan Rakan Blogger yang terkenal ini bekerja keras siang dan malam untuk menguruskan blog mereka dengan berbagai strategi dan promosi yang dibuat. Selalunya Rakan Blogger yang berjaya ini pasti ada kelainan yang dibawa dengan daya kreativiti yang berbeza dari Rakan Blogger yang lain.

Ada juga Rakan Blogger yang tak kisah kalau tidak terkenal di kalangan Blogger Malaysia tetapi yang penting popular di Google, Yahoo dan Bing serta search engine yang lain.

Nak jadi popular di search engine antara yang perlu dibuat adalah mendaftarkan blog kita di direktori seach engine. Sudahkah Rakan Blogger mendaftar blog anda di

Kalau belum daftar klik link tersebut dan daftar segera tapi jangan lupa verify dan buat setting sekali. Kalau setakat daftar je tak jadi apa. Jangan lupa daftar sekali di Google Analytics ni pun banyak faedah untuk kita mengenali dan mengetahui prestasi blog sendiri serta mengetahui blog mana yang paling banyak membantu kejayaan blog kita melalui sumbangan trafik yang berterus diberi kepada blog kita.

Cara lain untuk popularkan blog boleh baca entri “Cara nak popularkan Blog“. Apabila blog sudah terkenal di Google, Yahoo dan Bing pasti suatu hari blog anda akan terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kenapa tak percaya ke? Dah cuba baru tahu hasilnya.


Spread the love

168 Comments

  1. Pingback: Traffic Blog Slow

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!