Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.
Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?
Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.
Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.
DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.
Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.
Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.
In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.
Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.
169 Comments
singgah baca entry. memang bukan mudah mencipta sebuah kejayaan. denaihati adalah sumber rujukan saya. Tqvm 🙂
Curahan rasa ieta @ ..BLOGWALKING LAGI…
kejayaan tidak datang sekelip mata ..
( jujurnya dayah selalu jugak iri hati (bukan dengki) dengan sesetengah blog yang laju je naik traffik walaupun masih baru… (mungkin mereka pandai selok belok alam maya kan? yg tak pandai macam dayah nih mmg pelan pelan belajar)
dayah ingat , bukan senang nak senang.
🙂
Curahan rasa dayah @ ..cepat sangat belanja macam orang kaya – denaihati
kejayaan tidak datang sekelip mata ..
( jujurnya dayah selalu jugak iri hati (bukan dengki) dengan sesetengah blog yang laju je naik traffik walaupun masih baru.. (mungkin mereka pandai selok belok alam maya kan? yg tak pandai macam dayah nih mmg pelan pelan belajar)
dayah ingat , bukan senang nak senang.
🙂
Curahan rasa dayah @ ..cepat sangat belanja macam orang kaya – denaihati
Denaihati =jejak hati..betul tak DH?hehe
Curahan rasa Prima Bawal @ ..Tudung Cekak Manik
Ya…. saya juga suka dengan sebuah nama yang unik. Dan tentunya hal ini pun akan selalu di cari keingintahuan orang banyak dengan nama yang unik tersebut.
Salam Wisata
Curahan rasa Ejawantah Wisata @ ..(EnjoyJakarta) MUSEUM SEJARAH JAKARTA KEJAYAAN KOTA TUA BATAVIA MITOS SI JAGUR
Adakah nama blog hasrulhassan terlalu panjang … walaupun pemilik nama itu adalah seorang yang pendek? hehheehe.. mekasih ….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Bloglist Berbayar | Patutkah Untuk Blogger?
boleh je pakai…tengok irfan khairi…pakai nama sendiri untuk branding website dia…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Tips Berhemah Untuk Menggunakan Kad Kredit
kene blaja dari sifu ni..aishh susahnya blog nak naik
Curahan rasa fendy @ ..Tips: Cara guna Facebook,Twitter dan Blog Dengan Betul
Semoga bisa mempraktekkan ilmu ini secara perlahan. Dulu waktu pertama kali membuat URL juga sepertinya kurang tepat pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
branding. ermm dalam proses membentuk ni..
thanks bro..
Curahan rasa Cik Lily Putih @ ..Jom Ke Samsung GALAXY Y Hello Kitty Launch Weekend Ni
Wahh alang-alang tu bentuk la rekabentuk yang terbaik yer…agar mendapat manfaat bersama kelak..huhu
Curahan rasa Hafizul @ ..Tempias Daripada Contest SEO
Info dan perkongsian yang bagus. Saya pun dah tersilap dalam memilih jenama ataupun url blog. Mulanya inginkan nama sendiri, maka jadilah seperti ini. Nak buat blog baru semacam ambil masa untuk naik semula.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Akhirnya Harimau Malaya Bangun Dari Tidur
Emm betul tu bro..sy pun ada jugak mcm yang bro rasa.,,tapi biarkan je dulu..dengan apa yang ada ni kalau kena dengan usaha, mantap jugak..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Segmen Review Sesama Blogger by Puanbee.com
haturnuhun mas,, info na menarik pisan 🙂
apakah yang dimasudkan dengan haturnuhun..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Segmen Review Sesama Blogger by Puanbee.com
Haturnuhun maksudnya terima kasih Bang Hafizul
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kejang Demam
saya dlm proses ni hehehe…:)
bagaimana caranya agar menjadi top 10 di google ? website saya masih kurang terus trafficnya
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
Saya tak pasti nak guna jenama Apakah? atau mksyahir..
Curahan rasa MK Syahir @ ..Silence Day Of Wednesday #4
kalau syahir saja pun best jugak..hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Segmen Review Sesama Blogger by Puanbee.com
Comments are closed.