Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.
Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?
Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.
Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.
DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.
Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.
Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.
In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.
Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.
169 Comments
Nak maintain pun dh terkial2 camne nk jadi terkenal nih…hehehe- adoyaiiiiiii
Curahan rasa yas @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Bro pergi kat link Archives Denaihati tengok entri pertama n kira dah berapa tahun blog ni … never give beb!!
Curahan rasa denaihati @ ..Penjanaan trafik berdasarkan kata kunci
Semoga blog saya akan menjadi terkenal seprti denaihari satu hari nanti.
Curahan rasa Suara Pemikir @ ..Kalau Allah MAHA Pengampun : Apa Perlunya Neraka…?
dah terlambat nak tukar bro..huhuhu dulu-dulu apalah yang ditahu and tak ada pun yang bagitau..huhu,
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Gambar Pra-perkahwinan Apex Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha.
satu ilmu baru yang sangat berharga….
Curahan rasa aiza @ ..KOLEKSI LIRIK LAGU FEVERET AI
Penjenamaan semula mungkin boleh timbul dalam fikiran apabila blog yang sudah melepasi usia 3 tahun tapi belum mempunyai apa-apa perkembangan atau pencapaian..atau DH ada pendapat yang lebih bernas?.. 🙂
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Amaran Penipuan Lawatan Siasatan Cukai.
alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dah mengikuti cara membina jenama untuk blog baru
Curahan rasa Dawaihati @ ..Indonesia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012
Dimulai dari mengganti domain lalu penjenamaan blog pun saya lakukan sedikit demi sedikit sesuai tips yang pernah ditulis di Denaihati
Curahan rasa Dawaihati @ ..Indonesia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012
Nama blog saya pun terinspirasi dari nama Denaihati
Curahan rasa Dawaihati @ ..Indonesia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012
Branding Blog kang Dadan juga saya nilai sangat tepat dan gampang diingat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Liga Primer Inggris Matchday 13 : Chelsea Vs Manchester City
Saya prediksi suatu saat akan setenar denaihati.com
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Liga Primer Inggris Matchday 13 : Chelsea Vs Manchester City
Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mempunyai nilai2 mesra pengguna, betul x Denaihati.
“Cara jana trafik ke blog”..antara topik hot yg paling saya suka 🙂
Curahan rasa Amir @ ..Lebih 300 Logo PERCUMA Untuk Bisnes/Blog Anda!
tahniah denaihati dan in shaa Allah segalanya akan terlaksana dan terukir sebagaimana yang di rancang, untuk iklan2 besar, let me handle ahakzzzz
Curahan rasa sweetkurma @ ..pasangan matang biasanya bahagia
denaihati dah boleh buat satu rangkaian besar dah ni..slow2..lepas tu, naik namanya..tengok jela nanti
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba Nasib
Masa mula2 berblog dulu, tak tahu pun perkara ini, itulah sebabnya nama berjela2. Bolehkah ditukar balik atau diubah. Tolong sifuku!
Curahan rasa ismailrich @ ..20 orang boleh tercapai sekiranya……….
tu dinamakan penjenamaan semula … memang boleh dah banyak syarikat besar pun buat begitu.
Curahan rasa denaihati @ ..Taubat Ku Taubat Nasuha – Episod 1
Tolong ajarku sifu. Bagaimana, penjenamaan semula untuk itu?
Curahan rasa ismailrich @ ..20 orang boleh tercapai sekiranya……….
Kalau bro DH nak buat ebook bagaimana blog ini boleh mencapai apa yang telah dicapai sekarang, perkongsian strategi dan teknik yang digunakan, pasti ramai yang berminat… 😀
Curahan rasa Eizil @ ..Apabila kebencian menjadi amalan…
Terima kasih pada Eizil Network yg sentiasa membantu.
Curahan rasa denaihati @ ..Boikot Produk Israel
btol tu..pmilihan nma mmg sgt pnting..nnti kongsi la lg tips ye DH..
Curahan rasa syu90 @ ..iPhone 5 gadget impian
nama DH memang dah tersohor, FL pula terkenal alam maya dan realiti, faktor2 tersohor dan terkenal di dunia realiti juga main peranan.. seronok untuk baca tips tapi serius tak mampu untuk ikut jejak langkah tips…
perkongsian yg menarik… terima kasih… kena timba byk2 ilmu sbelum hijrah ke wordpress 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..Segmen: Up kan Followers Dengan Mendadak !!!
Comments are closed.