Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai Rakan Blogger yang tanya macam-macam soalan selepas baca entri di blog Arifshah bertajuk “Ranking Top 110 Blog Personal Berdasarkan Alexa Malaysia“. Pertama syukur pada ALLAH SWT kerana telah memilih blog Denaihati diantara beratus ribu top blog personal Malaysia dan terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang terus memberi sokongan dan motivasi untuk aku terus menulis.
Pada 30/5/2011 aku keluarkan entri bertajuk “Alexa Ranking dan Blog Review” dan antara yang aku tulis adalah “Blog ni memang tak letak button Alexa Ranking tetapi menjadi visi blog denaihati untuk jadi top 100 ranking di Malaysia dalam tempoh 1 tahun dari sekarang. Ketika entri ni dikeluarkan ranking di Malaysia #322.” Tak sangka Julai 2011 dah capai target.
Ramai yang tanya bagaimana Ranking blog Denaihati naik mendadak.
1. Fokus utama aku adalah meningkatkan trafik organik iaitu trafik yang datang dari search engine Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Usaha memang berjaya dimana jumlah trafik organik meningkat dari 27% pada awal Januari 2011 kepada 49% pada akhir Julai 2011. Cara untuk meningkatkan trafik organik adalah dengan memastikan blog kita mesra SEO. Dari kajian yang aku buat semua top blog Malaysia dan luar negara yang tinggi trafiknya mempunyai Rank SEO melebihi 60/100 mengikut analisa WooRank. Berapa anda punya?
2. Setiap kali aku menulis entri baru untuk memilih tajuk entri aku akan taip tajuk tersebut di Google Search dan akan membuat perubahan mengikut jumlah keputusan carian yang terbanyak contohnya carian untuk tajuk “Ramadhan bulan Rahmat” menghasilkan keputusan 4.5juta manakala “Ramadhan bulan Pengampunan” menghasilkan keputusan 650ribu jadi aku telah membuat entri bertajuk “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan Dari Api Neraka“. Begitu juga dengan entri bertajuk “Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2011” beberapa ubahsuaian telah dibuat berdasarkan pencarian di Google Search.
3. Setiap kali menulis entri baru aku akan pasti ejaan betul terutama keywords yang menepati kehendak Google Search. Contohnya ejaan “Solat Terawih” ada juga yang menggunakan “Solat Tarawih“. Mengikut carian di Google lebih banyak perkataan “Solat Terawih” digunakan berbanding “Solat Tarawih” maka aku tulis entri bertajuk “Solat Terawih 8 atau 20“.
Bayangkan kalau ada berbelas-belas entri blog anda berada di Top 10 Google Search! Nak tambah terkenal di Search engine ikut cara ini @ Cara nak Popular di search engine.
Sedikit perkongsian ilmu semuga ianya memberi manafaat kepada Rakan Blogger yang ingin go to the next level. Ada banyak cara lagi yang kita boleh berkongsi ilmu untuk manafaat semua Rakan Blogger untuk jadi Top Blog Personal Malaysia.
Jumlah trafik memang meningkat sejak 2-3 bulan ini dan mungkin kaedah di atas antara sebab Alexa Ranking blog Denaihati meningkat mendadak.
123 Comments
Nombor 2 tu memang jarang sangat saya ikut.. kadang2 terlupa. Tapi terima Kasih kerana mengingatkan.
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Suatu saat pasti akan bisa
Bisa seperti blog ini juga dengan catatan harus berusaha semaksimal mungkin.
Mungkin bagi saya masih jauh lagi perjalanan Bang Iwan.. belum expert dalam semua bidang dan masih kena study banyak
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
kayaknya kita semua sama bro… masih harus belajar juga..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Istana Yang Paling Indah
makanya saya rajin berkunjung kesini untuk belajar lebih banyak .
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Istana Yang Paling Indah
Semua akan mengarah kesana Bro…
Tahniah Bro…bukan senang nak menjadi top dlm blog personal ini..sbb blogger lebih pentingkan SEO. Terima kasih atas tips yang bernas di atas..
Curahan rasa akustressgiler @ ..Cool : Apabila Dunia Terbalik…(5 Photos)
Saya masih jauh lagi untuk mencapai semua benda seperi itu tapi apa yang boleh dilakukan sekarang, cara penulisan saya harus bertambah lebih baik dan post saya harus memberi manfaat serta informasi kepada orang ramai.. itu yang penting.
Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of Wisdom
wah,bermanfaat sekali artikelnya untuk saya….jadi nambah ilmu nih,makasih banyak ya
first time tahu pasal teknik pilih tajuk tu. thanks byk2
Entri ni tersenarai dalam Entri Menarik Bulan Ini #3
mmg bagus idea dari bro .. harap dapat buat dengan baik sepertimana bro buat 😀
terima kasih diatas perkongsian tips diatas.. blog ni memang terbaiklah
bagus laaa !
Curahan rasa fezal @ ..INSENTIF TUNAI UNTUK SETIAP TRAFIK KE BELOG !
tips yang berguna (“,)
Curahan rasa anastasyea @ ..SMS Berangkai | Siapa Yang Untung Besar !
alhamdulillah…
mmg sentiasa yg terbaik dari DH…tahniah jugak sbb dah capai target dan paling penting, sudi kongsi tips2 di atas…
moga terus kekal konsisten dan cekal berblogging 😀
wow….tahniah bro
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Drama Korea Boleh Membuatkan Lelaki Menangis | Top 10 Drama Korea Paling Best
Comments are closed.