Capital One League Cup 2015/16

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Barclays Premier League 2015/16 sudah memulakan sepak mula pada 2/8/2015 dengan perlawanan Comunnity Shield Arsenal menewaskan Chelsea 1 – 0. Perlawanan minggu pertama EPL 2015/16 juga sudah bermula pada 8/8/2015 dengan perlawanan pertama MU menewaskan Tottenham 1 – 0 hasil jaringan sendiri pemain Tottenham. Tapi menang tetap menang tak kisahlah siapa yang menjaringkan gol tersebut.

Pemain Arsenal meraikan jaringan Ramsey

Arsenal bermula dengan kaki kiri apabila tewas kepada West Ham 0 – 2 walaupun bermain dengan baik di hadapan penyokong sendiri. Begitulah bola sepak sebaik mana pemainan tetapi kalau tidak dapat menjaringkan gol pasti tiada kemenangan. Musim baru bermula, jendela perpindahan pun masih terbuka sehingga 31/8/2015 pasti banyak lagi kejutan bakal berlaku.

Wigan vs Arsenal - Sumber Google

Selain BPL 2015/16 pasukan juga perlu bersaing untuk Capital One Cup. Sepak mula pusingan pertama Capital One Cup 2015/16 akan bermula pada 12/8/2015. Piala ini memberi peluang semua pasukan dari berbagai division bersaing untuk merebut satu piala iaitu Capital One Cup. Musim lepas Arsenal tewas kepada Southampton pada pusingan ketiga dan Capital One Cup 2014/15 telah dijuarai oleh Chelsea.

Jadual dan Keputusan English League Cup 2015/16

Widget powered by WhatstheScore.com

Saingan tahun ini pasti hebat bukan sahaja daripada pasukan besar seperti Chelsea, Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Tottenham. Pasukan sederahan juga pasti akan memberi kejutan kerana ramai pemain baru telah dibawa yang prestasi mereka masih ramai tidak dapat menjangka.

Biasa sangat berlaku keputusan yang tidak dijangka untuk English League Cup kerana pasukan besar tidak menurunkan pasukan pertama untuk merehatkan pemain bagi persediaan perlawanan yang lebih penting iaitu BPL dan Champions League. Agaknya pasukan mana bakal menjulang piala?


Spread the love

52 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!