Camar Bulan dan Tanjung Datu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Indonesia terlalu rapat dengan aku selain dari sering berulang alik ke Jakarta, Bandung, Pekanbaru, Bali, Padang dan banyak lagi kota yang lain, keluarga aku juga berasal dari Indonesia. Keturunan Emak berasal dari Jawa Barat, keturunan Abah berasal dari Sumatera Barat dan paling menarik Ibu Mertua aku katanya berasal daripada keturunan Pengeran Diponegoro. Bukan sahaja aku malah ramai lagi rakyat Malaysia yang keturunan susul galurnya dari Indonesia. Kerana itu ramai yang merasakan Indonesia itu terlalu rapat di hati sebahagian besar rakyat Malaysia.

Malangnya rasa kasih sayang rakyat Malaysia tidak dapat dirasai oleh sebilangan rakyat Indonesia. Isu demi isu dibawa untuk menyalahkan Malaysia. Rakyat Malaysia keturunan Jawa dikatakan mencuri budaya Indonesia dengan wayang kulit, tarian kuda kepang dan sebagainya. Nasib baik rakyat Malaysia keturunan Cina yang mengamalkan budaya Cina tidak dituduh mencuri budaya oleh rakyat China dan rakyat Malaysia keturunan India yang mengamalkan budaya India tidak dituduh mencuri budaya oleh Rakyat India.

Kalau dulu Ambalat kini Malaysia dikatakan menceroboh Camar Bulan dan Tanjung Batu. Kerajaan Malaysia sudah berulang kali mengatakan bahawa tiada pencerobohan berlaku di Camar Bulan dan Tanjung Batu. Perkara ini disahkan oleh Kerajaan Indonesia tetapi masih adalah lagi rakyat Indonesia yang tidak puashati dengan meneruskan demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Perkataan Ganyang Malaysia terus berkumandang di sana-sini.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apa sebenarnya yang mereka inginkan? Adakah mereka cemburu dengan kejayaan Malaysia dianggap adik oleh Indonesia. Atau mungkin Malaysia hanya menjadi punching bag apabila berlaku isu dalaman sebagaimana kes Ambalat apabila rakyat Indonesia marah bila harga petrol dinaikan oleh Kerajaan. Atau mungkin ada pihak ketiga yang akan sentiasa mencipta isu supaya Malaysia dan Indonesia tidak menjadi rakan karib secara tidak lansung Islam akan menjadi lemah.

Sampai bila kita mesti begini?


Spread the love

94 Comments

  1. saya juga merasa hairan.akan sikap warga indonesia yang mudah sekali terpancing emosi bila ada isu yang bersangkut paut dengan negara kita. bak kata mereka, kita adalah seteru utama mereka. bukan hanya dalam isu pencerobohan camar bulan dan tanjung batu. malah beberapa lagi isu yang sememangnya tidak wajar diperbesarkan telah menjadi mainan media mereka disana. saya ambil contoh. laporan media disana yang memperbesarkan isu sinar laser dari penyokong malaysia keatas team nasional mereka tatkala di ajang AFF leg 1 di bukit jalil tahun lalu, adalah punca utama kekalahan mereka. dalam erti kata lain. media disana tidak kira akhbar atau station tv mengatakan mereka kalah karena kita guna taktik kotor untuk mendapat kemenangan besar keatas mereka. namun, pada saya, itu hanyalah jalan untuk mengkambing hitamkan malaysia. Bambang Pamungkas didalam blog nya sendiri menafikan sekeras2nya bahawa mereka kalah karena sinar laser. namun, tetap saja wni tidak boleh menerima kenyataan itu. dan ini diperkuatkan pula oleh kenyataan jurulatih tim indonesia, alfred readl bahawa bukan karena laser mereka kalah di SBJ. namun, dek kerana jarum provokasi yang di cucuk oleh media disana, maka rasa marah rakyat disana tidak boleh dibendung lagi. percayakah anda, hingga ada jualan jersi “ganyang” malaysia dijual disana ? sepanduk2 anti-malaysia memang tidak boleh nak dikira lagi.cukup banyak. dimanakah pertimbangan yang waras dari pihak mereka? apakah begitu dangkalnya pemikiran mereka hingga sinar laser dijadikan isu dan penyebab utama untuk mereka benci kepada kita? mujur, kita disini tidak seperti mereka. kita baik kerajaan, media dan rakyat tidak mudah melatah.
    Curahan rasa manja sheila @ ..NEW!!!! cardigan and hoodie for Sales!!!My Profile

  2. assalamualaikum. terpanggil saya untuk memberi pandangan saya terkait hubungan malaysia-indonesia. kita imbau kembali sejak dari zaman sukarno yang telah melancarkan konfrontasi ganyang malaysia pada tahun 1963, seolah-olah sentimen anti malaysia itu kian menjadi sebati di dalam jiwanya rakyat indonesia. kini, isu pencerobohan camar bulan dan tanjung batu pula menjadi isu hangat yang kembali menegangkan hubungan dua hala malaysia-indonesia. walau pun isu ini telah diperjelaskan oleh pihak ketenteran indonesia (TNI) dan juga kenyataan Drs. Ramadhan Pohan seorang ahli DPR indonesia bahawa tiada pencerobohan terjadi, tetap saja majoriti WNI (warga negara indonesia) tidak boleh menerima nya. kenapa? itulah persoalan besar yang bermain dibenak kita sebagai rakyat malaysia. saya di fahamkan bahawa isu ini sengaja dibuat2 oleh sesetengah pihak dan didukung oleh laporan liar media disana bagi mengalih isu sebenar yang menjadi masalah utama di dalam indonesia. tampaknya kita telah dikamping hitamkan. memang amat mudah untuk mengkambing hitamkan malaysia, kerana sentimen anti malaysia memang sudah menebal dalam jiwa rata2 rakyat indonesia. malah, isu ini juga turut hangat di debatkan dan dibangkitkan oleh wni di lelaman social seperti di facebook. meskipun lelaman facebook boleh menjadi platform buat kita sebagai rakyat malaysia, menjadi “duta kecil” bagi pihak negara untuk memperjelaskan situasi sebenar, masih tetap saja mereka menolaknya. dan demo unjuk rasa kembali menular di indonesia bagi menunjukan rasa ketidak puasan hati mereka kepada negara kita. hakikatnya. siapa yang harus dipersalahkan. salah kita kah yang ibarat didakwa oleh mereka sering mencermar kedaulatan negara mereka? atau salah media disana yang sememangnya ibarat batu api, yang suka menyebar berita provokasi tidak berasas? atau sikap pemerintah negara kita, yang terlalu berlembut dalam banyak hal hingga mereka besar kepala? atau salah pemerintah indonesia yang gagal memperjelaskan dengan baik kepada warganya? atau sememangnya mereka benci pada kita?
    Curahan rasa manja sheila @ ..NEW!!!! cardigan and hoodie for Sales!!!My Profile

  3. Rasanya isu macam ini tidak akan kesudahan..nanti lepas selesai isu ini akan timbul isu lain pula. Nanti ganyang malaysia pula. Kalau tidak suka Malaysia tapi datang cari rezeki di Malaysia juga. Balik Indonesia dh boleh buat rumah besar-besar.
    Curahan rasa blackrosehunter @ ..Wanita Tua Dalam Masa SehariMy Profile

  4. Saya rasa mereka (warga Indonesia) yang tidak berpuas hati terhadap Malaysia adalah dikalangan mereka yang pernah bertandang ke Malaysia untuk mencari rezeki tetapi dianyai oleh sesetengan pihak seperti para majikan atau agensi penguatkuasa.Saya percaya ramai di antara mereka yang bergadai harta untuk datang ke Malaysia, tetapi adakalanya pulang tangan kosong ke Indonesia setelah dianayai atau ditipu atau ditangkap dan sebagainya. Benci mereka terhadap Malaysia amat meluat turut dikongsikan oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Secara umumya mereka benci kepada Malaysia

    Saya syorkan Kerajaan harus menangnagi dendam ketidakpuasaan hati ini. Dalam kesibukan kita melayan mereka sebagai pendatang asing, mungkin kita lupa ramai yang teranaiaya. Kerap sangat ulasan yang sama dan berulangan diberikan bahawa warga Indonesi mengadakan unjuk rasa kerana ada pihak ketiga atau usaha mengalih isu dalm negara.

    Saya pernah bertugas di Kalimantan selama 4 tahun dan di Sarawak selama 6 tahun (sebagai Pegawai ATM). Saya pernah bertugas seminggu di Camar Bulan, KALBAR semasa Operasi Gabungan tentera Malaysia/Indonesia ketika proses penyerahan diri lebih 25 orang anggota militan Parti Komunis Kalimantan Utara (PARAKU Biro Kedua) kepada Kerajaan Sarawak pada awal tahun 1998.

    Sekian, Salam.

    1. rasanya tidak juga disebabkan masalah itu, aku ada seorang nenek sedara yang menggunakan khidmat pembantu rumah warga indonesia ini, pembantu ini memang dilayan dengan baik,tidak teraniaya. Pembantu ini juga menunjukkan sikap yang baik dengan menunjukkan solat dan membaca al-quran setiap hari. Tapi selepas kontraknya tamat, nenek sedara aku itu tidak menyambungnya semula dan sebagai balasan, dia sengaja kencing di atas tilam di kamar yang disediakan untuknya.

      Dan kalau kita selalu dengar majikan yang dianiaya oleh pembantu rumah, kebanyakkan mereka akan menunjukkan sikap baik dengan selalu baca al-quran dan sembahyang tidak pernah tinggal untuk mengaburi mata kita. Kalau kita boleh hormat mereka,kenapa mereka tidak boleh?
      Curahan rasa blackrosehunter @ ..Wanita Tua Dalam Masa SehariMy Profile

  5. tu la pasal..ade sebahagian rakyat indo selalu ckp kite curi budaya kita..dh nama pon hidup berjiran..msti lah ade sesetengah budaya yg terbawa2..n bukan semua budaya asalnye dri indonesia..hidup berjiran sepatutnye saling menghormati bkn saling mencaci..haishh..

  6. ntah la.kita kat malaysia ni tak nak bergaduh dengan rakyat indonesia.tapi kalau dah jalur gemilang kita dibakar depan mata,sape yang tak marah.kalau nak marah,marah je la.takyah sampai bakar jalur gemilang yang kita sanjung ni.rakyat kita pun ada jugak yang salah tapi tak perlu la menghukum kita sampai macam tu sekali…
    Curahan rasa Pacifista @ ..11-11-11My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!