Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia semakin panas dengan persedian menuju hari pengundian Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5/5/2013. Parti politik sudah mula mengumumkan sebahagian daripada nama calon untuk Parlimen dan DUN. Barisan Nasional selaku parti memerintah telah mengumumkan hampir 95% senarai calon untuk parlimen dan DUN berbanding Pakatan Rakyat yang masih belum mengumumkan calon untuk beberapa negeri.
Kepada yang belum mengetahui senarai calon Parlimen PRU13 untuk BN, DAP, PAS dan PKR sila klik di SINI dan untuk DUN klik SINI. Senarai ini bukanlah senarai terakhir kerana macam-macam boleh berlaku menjelang tarikh penamaan calon PRU13 pada 20/4/2013. Biasalah tu samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat ada sahaja yang tidak berpuashati dengan calon pilihan tapi kalau diganti kumpulan yang lain pulak tak puashati. Ramai juga pemimpin yang merajuk akan mencuba nasib menjadi Calon Bebas.
Daripada 122 parlimen yang akan dipertandingkan sudah pasti ada beberapa yang akan ditandingi oleh calon panas yang bakal mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Antara calon panas PRU13 daripada kacamata aku sebagai pemerhati politik adalah :
- P003 Arau – Haron Din vs Shahidan Kassim
- P 008 Pokok Sena – Mahfuz Omar vs Shahlan Ismail
- P 044 Permatang Pauh – Anwar Ibrahim vs Mazlan Ismail
- P 085 Pekan – Fariz Musa vs DS Najib Razak
- P 088 Temerloh – Nasrudin Hassan vs Saifuddin Abdullah
- P 108 Shah Alam – Khalid Samad vs Zulkifli Noordin
- P 121 Lembah Pantai – Nurul Izzah Anwar vs Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
- P 127 Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin vs Md Isa Md Samad
- P 140 Segamat – Dr Chua Jui Meng vs S Subramaniam
- P 162 Gelang Patah – Lim Kit Siang vs Abdul Ghani Othman
- P 161 Pulai – Salahuddin Ayub vs Nur Jazlan Mohamed
- SENARAI PENUH CALON PARLIMEN BN, PKR, PAS DAN DAP
Ini adalah sebahagian calon panas PRU13 dan kita masih menunggu senarai calon Pakatan Rakyat terutama senarai calon PAS Kelantan dan beberapa kawasan lain yang belum diumumkan lagi.
Pendapat kita memang tak pernah sama. Ibarat melihat segelas air yang terisi separuh air pasti ada yang kata gelas tersebut separuh penuh dan yang lain akan kata gelas tersebut separuh kosong. Perbezaan pendapat memang digalakkan dalam Islam. Yang jadi masalahnya kekadang kita sahaja ingin orang dengar pendapat kita tanpa memberi pertimbangan pendapat orang lain.
Perjuangan kita untuk menjulang Islam dan Bangsa Melayu bukan sekadar untuk menjadi calon Pilihan Raya tetapi lebih besar daripada itu, pasti ramai yang tak gembiralah apabila melihat sebahagian pemimpin kecewa dan merajuk jika tidak terpilih seperti Ibrahim Ali. Ramai pemimpin terdahulu tidak pernah menjadi pemerintah tetapi namanya segar dalam ingatan sehingga sekarang.
Politik bukannya mudah banyak sepak teranjangnya tak kiralah pemimpin tersebut Tok Guru atau pemimpin biasa. Sebab tu jangan pelik apabila Tok Guru yang dihormati tetapi bila sudah masuk dalam gelanggang politik tidak akan ada kekebalan dari serangan politik. Bila dah masuk gelanggang politik kenalah pandai menari ikut rentak politik ibarat bermain bola sepak. Biasa kita tengok pemain yang ditakel tak seberapa tapi jatuh bergolek-golek untuk menarik perhatian pengadil dan penonton. Ahli politik pun apa kurangnya cuma caranya sahaja berbeza kalau tidak mana boleh jadi terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai. Kita pengikut sahaja kekadang jadi fanatik tak menentu.
Aku akan mengundi untuk :
- P 102 Serdang – Teo Nie Ching vs Yap Pian Hon
- N27 Balakong – Lai Kwong Choy vs Calon DAP
Bagaimana pulak anda??
Dapatkan maklumat terbaru dan keputusan PRU13 melalui SMS. Hantarkan ON PRU E (B. Inggeris) atau ON PRU M ( B. Malaysia) ke 33966 untuk melanggan.
69 Comments
pergi penamaan calon tadi, memang terhangat. cuaca panas, keadaan. fuhh.. terbaik…
semangat!! heeeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terlalu Sensitif
memang panas ni..hehe…masih menanti senarai penuh calon.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..[Wordless Wednesday] Abangku Keras Macam Besi
semua kawasan menjadi semakin panas..
Curahan rasa MindaKini @ ..Tips Khusyuk Dalam Solat
hari ni hari penamaan calon, moga semuanya berjalan lancar dan aman =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #4 Apa Itu Sabar?
kerusi panas nih
Curahan rasa Juan @ ..Food At Malaysia – Roti Canai
byk juga kerusi panas.. =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #4 Apa Itu Sabar?
wah… saya di sini MCA lwn PKR.. kena bijak buat keputusan 🙂
Curahan rasa Muktasim @ ..Gambar Climb For Green, Penang Hill
Mudah-mudahan proses PRU berjalan lancar, dan yang dapat kursi adalah orang-orang yang beriman
Curahan rasa wono @ ..Penyakit Kegemukan dan Bahayanya
mmg kerusi panas2 ni….P121 tempat aku ngundi tu..
X sabar nk mengundi ni he he
Curahan rasa weschairs @ ..E4U – kenderaan peribadi (Hyundai Concept)
huh! panas2 tapi kita yg menentukan hala tuju mereka nnti… 🙂
Curahan rasa auc @ ..Johor DT vs Pahang Liga Super 2013
keputusan kita bakal membuatkan mereka panas atau sejuk…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #4 Apa Itu Sabar?
The excitement untuk PRU 13 ni lebih sikit..and harap-harap masa berkempen 20 hari nanti tak dipenuhi dengan cerita-cerita panas aje…
Curahan rasa raudzah @ ..PRU 13: Pengundi Wanita Lebih Ramai Berbanding Lelaki
tunggu semua calon diumumkan, mungkin ada lagi kerusi yang panas
Curahan rasa lewisdotmy @ ..DiGi Starts Samsung Galaxy S4 Pre-Order In Malaysia
hari ni bakal terjawab, kot2 ada kerusi bakal terima calon baru
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #4 Apa Itu Sabar?
Semoga pentadbir yang mendapat mandat terus membangunkan negara ini. Jangan asyik menikam sesama kita
Curahan rasa halif @ ..(KFC) Karenah Penyewa Degil
calon yang sejuk-sejuk tak ada kerr??
Curahan rasa ohcikgu @ ..(Hari) Gwiyomi / Kiyomi by Gail Sophicha with Ukulele
Buatlah pilihan terbaik dan kawal emosi.
Curahan rasa Hj Iqbal Safwan @ ..Promosi Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun 2013
Comments are closed.