Cabar kemahiran berblog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bulan Rejab semakin kepenghujung dan 27 Rejab ini akan mengingatkan kita dengan peristiwa besar yang dialami oleh Rasulullah SAW iaitu Isra dan Mikraj yang membawa perubahan besar kepada seluruh umat Islam. Ramai juga blogger yang datang ke blog ini untuk mencari bila tarikh sebenar Isra Mikraj dan ada juga yang mencari samada Isra dan Mikraj adalah cuti umum.

Apa kata kita ramai-ramai buat entri Isra Mikraj tanda ingatan untuk tujuan muhasabah diri sendiri dan semuga Allah SWT kurniakan hidayah ke seluruh alam. Tahun 2010 aku ada buat entri Isra Mikraj bertajuk “Isra dan Mikraj hanya kisah dogeng” yang menerima lebih dari 1200 pelawat dengan berbagai feedback dan komen.

Kepada rakan blogger yang telah atau akan membuat entri Isra Mikraj aku nak beri cabaran bagi yang nak ikut serta. Sambil kita berkongsi ilmu kita juga boleh menguji kemahiran berblog. Mudah sahaja cabarannya buatkan satu entri tentang Isra dan Mikraj dan monitor trafik yang singgah ke entri tersebut bermula 12.00 am 28/6 hingga 11.59pm 29/6 . Tajuk entri bebas tapi sudah pasti mesti ada kata utama Isra Mikraj. Pada 30/6/2011 buatkan satu entri screenshot jumlah trafik yang singgah ke entri Isra Mikraj yang telah dibuat dan maklumkan kepada aku dengan meninggalkan link di ruangan komen.

Srceenshot trafik entri Isra Mikraj dari Google Analytics

Entri Isra Mikraj yang menerima trafik yang tertinggi akan menerima hadiah dari blog denaihati :

1. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 1-3 akan menerima hadiah senaskah buku “Ziarah ke Alam Barzakh” untuk setiap seorang.

2. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 4-6 akan menerima hadiah senaskah buku “Ajaibnya Sedekah” untuk setiap seorang.

Kepada yang dah belajar ilmu SEO, keywords, trafik dan sebagainya inilah masanya nak menguji kemahiran kita berblog sambil berkongsi ilmu. Joom cabar kemahiran berblog kita.

Update : Analisa trafik boleh guna google analytics atau getclicky atau nuffnang atau apa sahaja …


Spread the love

79 Comments

  1. salam denai hati, mula2 minta maaf komen tak berkaitan dgn entri..

    saja nak bagi tau, sebenarnya google dah update pagerank 🙂 sy dpt pagerank 3

    dah kebanyakkan entri dapat pagerank2 dua..,

    ariffshah, kujie naik +1.. denaihati still stay lagi 🙂
    Curahan rasa html5 design @ ..SteelHeart – She’s GoneMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!