Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdasar jumlah trafik blog 2014 yang masuk ke blog Denaihati hampir 60% datang dari sumber mobile. Begitulah kuasa dihujung jari yang 10 tahun dahulu hanya teori yang dilaungkan di atas pentas kini semua sudah menjadi keyataan. Hari ini pembaca blog Denaihati boleh membaca entri blog ini dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja dengan smartphone yang mempunyai capaian broadband.
Majoriti rakyat Malaysia sudah mempunyai smartphone tanpa mengira usia dan latar belakang ekonomi. Berbagai aplikasi digunakan untuk berhubung dan berkongsi kisah sehingga menjadi satu viral yang tidak pernah diimpikan. WhatsApp salah satu aplikasi komunikasi yang telah mengubah budaya hidup manusia bukan sekadar komunikasi antara dua insan malah kumpulan yang ramai.
Atas kesedaran pentingnya trafik blog secara viral melalui wassap maka blog Denaihati telah memasang button WhatsApp. Manalah tahu dengan button wassap ini maka pembaca akan berkongsi entri yang ditulis dengan kumpulan wassap mereka dan rakan-rakan mereka akan menyebarkan kepada kumpulan-kumpulan mereka yang lain sehingga menjadi sumber trafik blog yang penting.
Tidak susah mana nak guna button wassap di blog denaihati, yang penting anda adalah pengguna smartphone tapi jangan terkejut aplikasi WhatsApp juga sudah boleh dilayari di laptop dan desktop.
Cara Menggunakan Button WhatsApp
1. Layari mana-mana entri menarik di blog Denaihati yang anda fikir anda nak kongsikan dengan rakan-rakan wassap anda contohnya entri “Kisah Malang di Kaunter“. Setelah klik entri tersebut maka keluarlah berbagai button sosial media dibahagian atas entri dan salah satunya adalah button WhatsApp.
2. Cara untuk menggunakan button Wassap dientri tersebut hanya perlu klik sahaja button tersebut dan anda akan dibawa kepada senarai rakan-rakan wassap anda. Pilih salah satu nama rakan atau kumpulan yang anda fikir anda ingin berkongsikan kisah entri tersebut contohnya aku memilih kumpuln “Team eQurban Support”.
3. Setelah klik rakan atau kumpulan wassap maka anda akan dibawa ke kotak wassap yang dipilih. Anda boleh mengubah ayat untuk menjadi lebih menarik sebelum menekan button “Send”.
Tidak susah mana sangat menggunakan button WhatsApp di blog Denaihati tetapi kalau ada masalah sila maklumkan Admin. Almaklum benda baru pasti ada sahaja ujiannya untuk menjadi lebih baik. Semuga khidmat baru, button WhatsApp di blog Denaihati ini dapat membantu pembaca setia berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Ilmu yang baik memang bagus disebarkan kepada ramai semuga menjadi bekalan kita di hari akhirat.
Tapi teringat pesanan Mufti Ismail Menk WhatsApp dan semua aplikasi sosial media lebih hebat dari pisau yang tajam kalau disalah guna menyebarkan berita tidak benar. Sosial media juga boleh menjadi agen fitnah yang dahsyat yang bakal membawa kita ke neraka jadi berhati-hati apabila menyebarkan berita.
Kepada pembaca jangan lupa juga untuk download Aplikasi Android Denaihati atau Aplikasi iOS Denaihati.
125 Comments
dalam perancangan utk masukkan butang whatsapp pd blog. harap berhasil
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
terasa macam nak install juga nampaknya, menarik tu kalau letak button Whatsapp di blog ye
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
teringin nak letak button whatsapp ni pada blog. tapi tu la malas nak godek2 kod
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
memang mobile sekarang tak bisa dinafikan lagi sebuah hal yang sagat banyak mendatangkan trafik
Curahan rasa Web Guru @ ..Tips to optimize your adsense ads for higher revenue
Info menarik ni, Baru terfikir nak pasang button whatsapp juga dekat website. Rasa lebih mudah untuk dikongsi dengan ramai kawan-kawan. TQ
Curahan rasa Anim @ ..21 Pesanan Isteri Untuk Suami
bila agaknya nak letak butang whatsapp di blog ni ye.. senang sikit nak share
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Avengers Age Of Ultron
ini memang bagus..nak add di blog saya juga..tq for sharing tuan =)
Curahan rasa Mama Nadia @ ..Nak sambung pelajaran ke UK
Comments are closed.