Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 8/4/2014 genap sebulan Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014. Majlis gemilang untuk Blogger Malaysia tajaan utama Yeo’s Malaysia dan Oceanlife Marketing Sdn Bhd, Lazada Malaysia, Butik Ummi Umairah, MyNic Bhd, Al Ansar Health serta semua penaja hadiah cabutan bertuah. Tanpa semua penaja ini pasti majlis SBB2014 tidak akan menjadi kenyataan.
Setiap kali Majlis Sepetang Bersama Blogger kami sebagai penganjur memang sentiasa mencari kelainan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku di majlis yang sebelumnya. Untuk SBB2014 banyak juga harapan dan teguran yang kita terima daripada rakan-rakan untuk majlis yang akan datang.
[box type=”shadow”]Antara komen daripada rakan blogger Malaysia :
Alhamdulilah saya yang pertama kali turut teruja sangat-sangat. saya berharap majlis ini akan di adakan untuk tahun yang akan datang. moga-moga sambutan akan lebih meriah dari yang sebelumnya – Suri
Kalau ada lagi next year, sound awal2 he he.. kawe cari tiket kapal terbang yg murah sikit – Ismail N
Salam…Alhamdulillah… peluang untuk ke SBB 2014 tidak dilepaskan begitu saja. Saya amat teruja dapat hadir ke SBB 2014. Satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sama-sama bertukar kad nama sesama blogger lain – Kamil Salleh
Penganjuran tahun ini nampak lebih teratur, tersusun dan kemas dan yang paling best dapat habis awal – Akuzle Ayu[/box]
Kejayaan paling besar bagi aku untuk SBB2014 apabila dapat mencetak Buku Denaihati yang sudah menjadi idaman sekian lama. Buku Denaihati adalah himpunan terbaik tulisan blog Denaihati daripada beberapa katogeri dengan fokus utama kepada tips blogging.
Buku Denaihati bukan sahaja menghimpunkan koleksi entri terbaik blog Denaihati tetapi juga menghimpunakan gambar-gambar menarik rakan blogger dan paling istimewa mengumpulkan berpuluh URL blog rakan blogger. Buku Denaihati bukan buku syok sendiri tetapi buku untuk semua rakan blogger untuk dijadikan rujukan. Bayangkan kalau Buku Denaihati tersebar beribu-ribu naskah maka setiap gambar blogger dan URL BLOG yang ada di dalam buku tersebut juga akan tersebar. Inilah sedikit khidmat memberi Buku Denaihati kepada rakan blogger semuga ada manafaatnya. Kepada yang belum tengok gambar blogger dan url blog sila beli Buku Denaihati.
[box type=”shadow”]Lepas baca buku ini di beberapa muka surat, baru aku sedari yang Blog Denaihati adalah Personal blog yang lain dari lain. Memang laa pada permulaan aku rasa macam kurang bab peribadi dalam blog ini. Tapi setelah baca antara entri pilihan dalam buku ini. Nampaknya aku melakukan kesalahan besar dengan mengatakan Denaihati tak layak menang Best Personal Blog 2013 blogggr award. I’m sorry. – Fazrol.com
Anda boleh gunakan tips seperti cara membina jenama blog terkenal, Pengurusan laman blog, jadi penulis blog yang bagus dan bermacam-macam lagi. Perkara yang paling menarik perhatian Mahamahu adalah kisah dan ragam blogger sekarang. Bagaimana blogger yg baru membuat domain dan berpindah randah daripada blogspot kepada wordpress. Apa kelebihan hosting dan wordpress kepada dunia blogger di Malaysia. – Mahamahu.com
Buku ini perlu di baca sampai habis sebab banyak yang menarik paling menarik perhatian saya bagaimana denaihati mampu menjana pendapatan yang berganda melalui penulisan blog. dan yang itu saya mahu menuntut ilmu dengan denaihati sehingga saya sendiri mampu menjana pendapatan melalui penulisan saya sendiri. – Namiacinta.com
Baca lebih banyak review kawan-kawan di Review Buku Denaihati
Dalam pasaran buku bercetak memang susah nak mencari buku panduan blog mungkin Buku Denaihati akan menjadi pendahulu kepada buku-buku blog lain yang bakal dicetak. Kepada blogger yang berminat nak mencetak buku samada secara individu atau berkumpulan mungkin team Denaihati boleh membantu. Semuga lebih banyak buku panduan blog daripada berbagai niche dan buku personaliti blogger yang bakal dicetak di masa hadapan.
113 Comments
Pembayaran untuk buku ini sudah dibuat dan bukti pembayaran sudah dihantar ke emel tuan
Curahan rasa Blog Kreatif @ ..Fenomena Sejuk Luar Biasa Bakal Berulang.
mmg hebat kalau dpt keluarkan buku sendiri yg mengumpulkan artikel-artikel yang terbaik…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli Dibuka Untuk Kenderaan Ringan
tak ramai blogger yang boleh terbitkan buku sendiri mcm ni. hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Semoga DH akan terus sukses dengan jayanya di masa hadapan. Perkongsian yang sangat bermanfaat
Curahan rasa nord @ ..Soy Protein Isolate dan Manfaatnya
Tahniah encik Denaihati!…buku ini ada kena jual di Sabah & Sarawak kah?
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Tahniah Tuan Denaihati kerana telah berjaya mencetak buku blog DH ini. Semoga buku blog DH ini dapat memberi manfaat dan dapat mempelajari ilmu tentang blog.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
banyak ilmu yang ada dlm buku ni. semoga yang beli dapat manfaatnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hebatnya Denaihati sehingga dapat mencetak buku blog Denaihati ini. Tahniah ye Tuan! 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
memang cantik sangat buku blog Denaihati..sangat-sangat kreatif dari segi designnya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
cantik buku ni kan. ada gambar berwarna pula tu. berbaloi klau beli
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bilalah aku nak tersenarai..hehehe..apapun kene usaha lagi ni…tahun 2014 tahun perubahan dari buat blog suka-suka ke blog yang ada hasilnya.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Hebat! DH, ada contest nak bagi buku blog DH tak? saya nak! hehe. Tak dapat jumpa blogger-blogger hebat, tidak mengapa, tapi masih boleh keep in touch disini kan. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..The Lost of “Kerajaan Malaysia Jamin” on Batu Sumpah Peringatan
ni un satu idea yang baik. buat satu kontest dan bagi hadiah buku ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu PG kt sini boleh kenal ramai blogger blogeer hebat. yang baru pun ada
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Next SBB kalau boleh nak join. Dapat berjumapa sendiri dengan blogger blogger hebat yang sudah mencipta nama memang suatu pengalaman baru kan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Seronok tu Nik. Untunglah kalau tinggal dekat dengan kawasan event. Kalau jauh macam saya ini agak payahlah kan. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
macam saya yang dok kelantan ni lagi susah nak join event anjuran DH
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dalam hati sgt teringin untuk berada dikalangan kelompok blogger2 spt denaihati. Terlihat jelas, komuniti blogger yg berjaya semuanya dalam satu kelompok yg sentiasa aktif bersama. Namun buat masa ini masih terdapat beberapa kekangan yg menghalang.
Tahniah dh, semoga kelahiran buku ini akan dapat memberi banyak kebaikan kepada mereka yg memerlukan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai Pelangi
wah untungnyer sapa yang tersenarai tu kan..jauh panggan dari api kalau dengan blog ana..tapi boleh dak nak juga tersenarai dalam buku tu hahha
Curahan rasa adna2029 @ ..Testimonia Produk Ecover
jangan pernah putus asa dengan apa yang di lakukan .. untuk di kenali ramai perlukan pengorbanan … senang saja sebenar nya untuk di kenali kalau kena caranya
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
hehehe..apakah caranya untuk dikenali tu?penat pikir selain promote fanpage atau blogwalking..kalau ada tips..boleh la share ye..thanks
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Oh, buku coretan Denai Hati. Seperti sebuah buku diari. Nampak cover dan bahagian dalam macam menarik. Jika anda peminat dan pembaca setia DenaiHati, anda mungkin boleh kenali lebih rapat dengan blogger hebat ini. Thank you, sifu
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Wowo, banyak juga anugerah yang diperolehi oleh sifu DenaiHati. Alhamdulillah tahniah dan terbaik.
Dah tahu lama, tapi tak sangka rupanya yang dimenangi adalah lebih banyak.
Memang legenda. Akan dijadikan sebagai sumber inspirasi saya dan rakan-rakan yang lain.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Comments are closed.