Buku Panduan Blog Denaihati 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 8/4/2014 genap sebulan Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014. Majlis gemilang untuk Blogger Malaysia tajaan utama Yeo’s Malaysia dan Oceanlife Marketing Sdn Bhd, Lazada Malaysia, Butik Ummi UmairahMyNic BhdAl Ansar Health serta semua penaja hadiah cabutan bertuah. Tanpa semua penaja ini pasti majlis SBB2014 tidak akan menjadi kenyataan.

Setiap kali Majlis Sepetang Bersama Blogger kami sebagai penganjur memang sentiasa mencari kelainan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku di majlis yang sebelumnya. Untuk SBB2014 banyak juga harapan dan teguran yang kita terima daripada rakan-rakan untuk majlis yang akan datang.

[box type=”shadow”]Antara komen daripada rakan blogger Malaysia :

Alhamdulilah saya yang pertama kali turut teruja sangat-sangat. saya berharap majlis ini akan di adakan untuk tahun yang akan datang. moga-moga sambutan akan lebih meriah dari yang sebelumnya – Suri

Kalau ada lagi next year, sound awal2 he he.. kawe cari tiket kapal terbang yg murah sikit – Ismail N

Salam…Alhamdulillah… peluang untuk ke SBB 2014 tidak dilepaskan begitu saja. Saya amat teruja dapat hadir ke SBB 2014. Satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sama-sama bertukar kad nama sesama blogger lain – Kamil Salleh

Penganjuran tahun ini nampak lebih teratur, tersusun dan kemas dan yang paling best dapat habis awal – Akuzle Ayu[/box]

Kejayaan paling besar bagi aku untuk SBB2014 apabila dapat mencetak Buku Denaihati yang sudah menjadi idaman sekian lama. Buku Denaihati adalah himpunan terbaik tulisan blog Denaihati daripada beberapa katogeri dengan fokus utama kepada tips blogging.

buku blog  denaihati

Buku Denaihati bukan sahaja menghimpunkan koleksi entri terbaik blog Denaihati tetapi juga menghimpunakan gambar-gambar menarik rakan blogger dan paling istimewa mengumpulkan berpuluh URL blog rakan blogger. Buku Denaihati bukan buku syok sendiri tetapi buku untuk semua rakan blogger untuk dijadikan rujukan. Bayangkan kalau Buku Denaihati tersebar beribu-ribu naskah maka setiap gambar blogger dan URL BLOG yang ada di dalam buku tersebut juga akan tersebar. Inilah sedikit khidmat memberi Buku Denaihati kepada rakan blogger semuga ada manafaatnya. Kepada yang belum tengok gambar blogger dan url blog sila beli Buku Denaihati.

[box type=”shadow”]Lepas baca buku ini di beberapa muka surat, baru aku sedari yang Blog Denaihati adalah Personal blog yang lain dari lain. Memang laa pada permulaan aku rasa macam kurang bab peribadi dalam blog ini. Tapi setelah baca antara entri pilihan dalam buku ini. Nampaknya aku melakukan kesalahan besar dengan mengatakan Denaihati tak layak menang Best Personal Blog 2013 blogggr award. I’m sorry. – Fazrol.com

buku blog denaihati

Anda boleh gunakan tips seperti cara membina jenama blog terkenal,  Pengurusan laman blog, jadi penulis blog yang bagus dan bermacam-macam lagi. Perkara yang paling menarik perhatian Mahamahu adalah kisah dan ragam blogger sekarang. Bagaimana blogger yg baru membuat domain dan berpindah randah daripada blogspot kepada wordpress. Apa kelebihan hosting dan wordpress kepada dunia blogger di Malaysia.  – Mahamahu.com

buku panduan blog denaihati

Buku ini perlu di baca sampai habis sebab banyak yang menarik paling menarik perhatian saya bagaimana denaihati mampu menjana pendapatan yang berganda melalui penulisan blog. dan yang itu saya mahu menuntut ilmu dengan denaihati sehingga saya sendiri mampu menjana pendapatan melalui penulisan saya sendiri. – Namiacinta.com

Baca lebih banyak review kawan-kawan di Review Buku Denaihati

[/box]

Dalam pasaran buku bercetak memang susah nak mencari buku panduan blog mungkin Buku Denaihati akan menjadi pendahulu kepada buku-buku blog lain yang bakal dicetak. Kepada blogger yang berminat nak mencetak buku samada secara individu atau berkumpulan mungkin team Denaihati boleh membantu. Semuga lebih banyak buku panduan blog daripada berbagai niche dan buku personaliti blogger yang bakal dicetak di masa hadapan.

Buku Denaihati
Kepada yang belum memiliki Buku Denaihati boleh dapatkan secara online di Kedai Online Denaihati. Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi mempromosi Buku Denaihati di blog masing-masing pasti ada manafaat yang baik dari perkongsian tersebut.


Spread the love

113 Comments

  1. Walaupun terlewat, tapi tetap nak ucapkan tahniah atas kejaan Sbb2014..tahniah juga atas penerbitan buku ni. Nik harap tahun depan SBB akan diadakan lagi dan tarikhnya diberitahu lebih awal. Sebab nik menetap di Sabah, kalau lebih awal mungkin boleh merancang tarikh cuti, pembelian tiket yg lebih murah dan sebagainya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!