Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersyukurnya sangat aku dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kekasih ALLAH yang alam semesta dicipta asbab Baginda. Baginda Rasulullah SAW diturunkan untuk memberi rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam bukan hanya untuk manusia malah kepada semua makhluk.
Baginda meninggalkan perjuangan suci untuk kita teruskan perjuangannya. Bukti cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan amalan dan pengorbanan utk perjuangan Islam serta mempertahankan agama kita dari penghinaan musuh Islam.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku – petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W
Dalam satu kelas agama yang pernah aku ikuti, ustaz mengajar memberi cara untuk kita buktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW antaranya adalah :
- Mendahului ALLAH dan Rasul dalam kehidupan.
- Mempertahankan Baginda sebagai Rasul yg terakhir.
- Membenarkan sesuatu yg dituturkan oleh Rasulullah kerana semuanya adalah wahyu Allah.
- Bersungguh-sungguh memelihara hadis Nabi dengan mempelajari dan mempertahankannya.
- Menjaga adap dengan berselawat sebanyak yang boleh.
- Ikut cara hidup Rasulullah yang merupakan contoh terbaik untuk seluruh kehidupan.
Siang malam kita berkerja mencari rezeki tetapi pernahkah kita berazam menggunakan rezeki dari ALLAH tersebut untuk pergi menziarahi Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebagai tanda cinta kita kepada Baginda atau kita lebih mengutamakan membina rumah, membeli kereta atau bercuti di lokasi impian.
Berbagai novel dan buku motivasi sudah kita baca tetapi pernahkah kita membaca Sirah Rasulullah SAW untuk mengetahui kisah kehidupan Rasulullah SAW dari sebelum Baginda dilahirkan sehingga detik terakhir kewafatan Baginda. Membaca kisah detik terakhir kewafatan Rasulullah SAW pasti menitis air mata begitu apabila membaca pesanan Rasulullah SAW terasa kerdilnya diri terlalu mementingkan dunia yang hanya sebentar. Kalau sudah membaca alhamdulillah tetapi biar diulang berulang-ulang kali tanda cinta kita kepada Baginda.
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Sudah terlalu banyak kisah kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang dikisahkan. Jadi berapa banyak sudah kita berselawat untuk Baginda setiap hari atau hanya dijadikan kisah tanpa diambil pengajarannya.
Manakah cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW?
87 Comments
Maha Suci Allah semoga kita selalu hidup dengan Sunnah-sunnah Rasul dan bisa menambah kecintaan kita kepadanya
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Peran Ilmu Dalam Kehidupan
Sollu AlanNabiy.
Syahdu.. Andainya Rasulullah masih ada bersama kita..
Moga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat sana. Ameen
Curahan rasa Mar @ ..Amalan Semasa Hamil Untuk Anak Sihat Dan Bijak
Rasullullah dalam mengenangmu kami susuri lembaran sirahmu, pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran….lirik lagu ni mmg famous….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
semoga kita semua mendapatkan syafa’at beliau nanti di akhirat nanti .. aamiin yaa Allah yaa rabaal ‘aalamiin ..
Curahan rasa Info Menarik @ ..Cara Setting Microsoft Virtual PC 2007 Di Windows 7
amin…semoga kita semua mendapat syafaat beliau di hari akhirat kelak dan ditempatkan di dalam syurga…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
Semoga kita semua bisa belajar dan menteladani Nabi Muhammad SAW.
Curahan rasa APLIKASI WECHAT @ ..Gunakan Mobile Banking Untuk Liburan Serumu
perlu belajar ilmu itu selama hidup kita agar bisa meneladani beliau dalah perilaku dan ibadahh
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
jika benar sayangkan rasulullah haruslah ikut semua teladan baginda, malu kalau tak buat sepatutnya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Testimoni Vivix untuk SLE
cinta pada rosul tentu kita akan meneladani akhlak beliu,bukan hanya acara seremonial saja memperingati kelahiran nya saja
Curahan rasa larome serum @ ..Cara Pemesanan l’arome di jakarta
Buktikan cinta kita kepada Rasullullah SAW sebaiknya. Jadikan baginda contoh tauladan terbaik hidup kita. Banyakkan selawat ke atas baginda, insyaallah…
Jagalah solat kita >>> http://www.mywaktusolat.com/
Curahan rasa Shila @ ..JOHOR – Pulau Aur, Pemanggil
Beliau adalah Suri teladan Terbaik dan jika hendak dicintai oleh Allah hendaklah mengamalkan sunnah Nabi
Curahan rasa Al Najwa @ ..Pokok-Pokok Manhaj Salaf : Tidak Mempertentangkan Nash-Nash Wahyu Dengan Akal
hidup dengan cinta dan kerinduan akan sosok mulia ini semoga akan berjumpa dengan di akhirat nanti
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
sungguh cinta dan rindu pada mu ya rasulullah saw,,semoga kita senantiasa menjaga sunahnya,,amiin sebagai bukti cinta padanya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Pusat Penjualan l’arome di batam
Sebagian muslim kebanyakan hanya memuji dan memuja beliu,sedangkan ajaran nya yang agung tidak di indahkannya.Ahlak mulia beliau cuma jadi bahan cerita saja
bulan 5 tahun lepas berkesempatan ziarah makam nabi saw di masjid nabawi..perasaan hiba & air mata bercucuran bagai tidak dpt dibendung..moga diberi peluang utk kesana lagi..amin..
Alhamdulillah Ikhwan sudah berangkat kesana doakan kami supaya bisa kesana pula
Curahan rasa Al Najwa @ ..Lailatul Qadr. Malam Seribu Bulan
Mata menangis akankah kita punya kesempatan untuk bertemu Rasul junjungan kita di hari akhir nanti,
Curahan rasa Al Najwa @ ..Kunci-Kunci Rizki Menurut Al-Qur’an Dan As-Sunnah
semoga kita bisa minum dari telaga khaul langsung oleh beliau alangkah bahagia bila kesampaian
Curahan rasa risalah @ ..BACAAN SURAT SETELAH AL FATIHAH
Azam tahun ni nak kumpulkan wang supaya mampu jejakkan kaki menziarahi maqam Nabi s.a.w
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Membesar Bagai Juara bersama Vita-lea for Children
Semoga Alloh memperkenankan dan meridhai usaha dan azam tuan sehingga bisa berkunjung kesana
Curahan rasa Al Najwa @ ..Koreksi Total Masalah Politik Dan Pemikiran Dalam Perspektif Al-Qur’an Dan As-Sunnah
Cantik dan tenangnya di Masjid Nabawi.
Jom kita sama2 berselawat ke atas Nabi 🙂
Curahan rasa Dilla Jalil @ ..Homestay Sungai Petani Murah, Cantik, Bersih dan Berbaloi Untuk Disewa
Alangkah tinggi keutamaan bershalat di tempat ini dan juga di mesjidil Haram semoga suatu hari bisa kesana
Curahan rasa risalah @ ..BACAAN SURAT SETELAH AL FATIHAH
Semoga Allah memberi kita jalan untuk berkunjung kesana guna menyempurnakan Keislaman kita
Curahan rasa Al Najwa @ ..Waktu Pemberian Nama Anak Dan Hukum Merayakan Pemberian Nama Anak
Comments are closed.