Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAW

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersyukurnya sangat aku dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kekasih ALLAH yang alam semesta dicipta asbab Baginda. Baginda Rasulullah SAW diturunkan untuk memberi rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam bukan hanya untuk manusia malah kepada semua makhluk.

Baginda meninggalkan perjuangan suci untuk kita teruskan perjuangannya. Bukti cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan amalan dan pengorbanan utk perjuangan Islam serta mempertahankan agama kita dari penghinaan musuh Islam.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku – petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W

Dalam satu kelas agama yang pernah aku ikuti, ustaz mengajar memberi cara untuk kita buktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW antaranya adalah :

  1. Mendahului ALLAH dan Rasul dalam kehidupan.
  2. Mempertahankan Baginda sebagai Rasul yg terakhir.
  3. Membenarkan sesuatu yg dituturkan oleh Rasulullah kerana semuanya adalah wahyu Allah.
  4. Bersungguh-sungguh memelihara hadis Nabi dengan mempelajari dan mempertahankannya.
  5. Menjaga adap dengan berselawat sebanyak yang boleh.
  6. Ikut cara hidup Rasulullah yang merupakan contoh terbaik untuk seluruh kehidupan.

Siang malam kita berkerja mencari rezeki tetapi pernahkah kita berazam menggunakan rezeki dari ALLAH tersebut untuk pergi menziarahi Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebagai tanda cinta kita kepada Baginda atau kita lebih mengutamakan membina rumah, membeli kereta atau bercuti di lokasi impian.

gambar masjid nabawi

Berbagai novel dan buku motivasi sudah kita baca tetapi pernahkah kita membaca Sirah Rasulullah SAW untuk mengetahui kisah kehidupan Rasulullah SAW dari sebelum Baginda dilahirkan sehingga detik terakhir kewafatan Baginda. Membaca kisah detik terakhir kewafatan Rasulullah SAW pasti menitis air mata begitu apabila membaca pesanan Rasulullah SAW terasa kerdilnya diri terlalu mementingkan dunia yang hanya sebentar. Kalau sudah membaca alhamdulillah tetapi biar diulang berulang-ulang kali tanda cinta kita kepada Baginda.

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Sudah terlalu banyak kisah kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang dikisahkan. Jadi berapa banyak sudah kita berselawat untuk Baginda setiap hari atau hanya dijadikan kisah tanpa diambil pengajarannya.

Manakah cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW?

87 Comments

  1. Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aalihi Wa Sohbihi Wasallam.

    Moga Allah izinkan untuk ziarah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam di Masjid Nabawi suatu hari nanti..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!