Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pembentangan Budget Malaysia 2012 disambut dengan berbagai reaksi oleh seluruh Rakyat Malaysia. Fokus Kerajaan dalam pembentangan Budget 2012 adalah membela nasib golongan sederhana dan ke bawah yang merupakan 40% daripada jumlah populasi Malaysia. Golongan ini jugalah merupakan pengundi berdaftar yang paling tinggi berbanding daripada kumpulan yang lain dan strategi serampang dua mata pasti membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Banyak juga cadangan Rakan Blogger melalui entri “Budget Malaysia 2012 Cadangan Blogger” dan “Budget Malaysia 2012 perhatian untuk @Najibrazak” yang diambil kira oleh DS Najib Razak dalam pembentangan Budget 2012. Antara yang paling menarik adalah kebenaran menggunakan simpanan KWSP untuk mendaftar Haji. Kemudahan ini sudah pasti dapat membantu ramai yang kesempitan wang untuk mendaftar Haji sehingga terpaksa menunggu bertahun-tahun.
Budget 2012 tidak kelihatan projek gergasi yang boleh merancakkan ekonomi Malaysia untuk bersaing dalam kegawatan ekonomi dunia tetapi Kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza. Insentif RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bawah RM3,000, insentif RM100 kepada pelajar tahun satu hingga tingkatan lima, insentif baucer buku RM200 untuk pelajar tingkatan enam dan pelajar universiti, bonus kakitangan kerajaan minima RM1000 dan insentif RM3000 untuk keluarga bekas perjuang kemerdekaan kelihatan seperti gula-gula pilihanraya tetapi sebenarnya memberi kesan ekonomi yang sangat besar. (Kepada yang terima insentif jangan lupa infaq walaupun RM1 untuk dapat keberkatan).
Semua insentif akan diberi dalam bentuk wang tunai dan pasti penerima akan membelanjakan wang tunai tersebut untuk membeli keperluan kehidupan. Maka berbillion wang tunai akan memasuki pasaran melalui perbelanjaan rakyat dan ini akan mengaktifkan sektor peruncitan dan sektor-sektor yang lain dengan meningkatkan aktiviti jual dan beli. Secara keseluruhan aktiviti ekonomi samada kedai runcit, pasaraya, restoran dan semua aktiviti perniagaan akan bertambah rancak. Kerancakan aktiviti ekonomi peruncitan pasti akan memberi kesan kepada sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan sebagainya yang akan menyediakan peluang pekerjaan untuk semua graduan universiti terutama yang tidak sangat memilih pekerjaan.
Aku setuju dengan Amanz.my yang agak kecewa dengan Budget 2012 yang kurang fokus kepada IT. Mungkin juga telah terlalu banyak fokus untuk IT pada budget-budget terdahulu menyebabkan Kerajaan mengalih fokus pada sektor yang lain.
Kepada usahawan muda Melayu tolong ambi perhatian dengan Budget 2012 dan cari peluang semaksima yang boleh daripada semua kemudahan kewangan yang disediakan. Masalah usahawan Melayu ini lebih suka disuap dan kurang rajin untuk mencari peluang walaupun berbagai kemudahan telah disediakan. Buktinya apabila buku budget dikeluarkan berapa kerat sangat usahawan Melayu yang berusaha untuk mengambil untuk membaca secara terperinci sedang usahawan bangsa lain berebut untuk mendapatkan naskah budget setiap tahun.
89 Comments
bajet 2012 memang menambat hati rakyat kebanyakkannya ..undi jgn tk undi 🙂
Curahan rasa puanbee @ ..Cek Saman Trafik ( SMS dan Email )
apsal gua rasa macam gua dipinggirkan..sebab wa swasta kot..tp takdehal..kuasa mengundi ada kat wa..hihihi
Curahan rasa robotkuning @ ..SILIBIN | IPOH | KISAH BENAR | PENCURI KABEL TERPERANGKAP DI ATAS BUMBUNG
Insentif RM500 kepada isirumah yang mempunyai gaji tidak melebihi RM3000…saya setuju…
Budget yg memberangsangkan dlm sektor perguruan 🙂
As Salam Denaihati 🙂
kecewa tiada bajet untuk bahagian IT 🙁
baucer buku RM200 utk plajar uni.. tp course sy xbyk pki buku la.. rugi je dpt voucher tue nnti, huhu…
Curahan rasa Nisa Greennnpanda @ .."Vote for Nisa II" Lucky Draw~!!
for IPTA only or IPTS dpt jugak? kah2..penat dah fotostat buku ni
Curahan rasa eyra @ ..My Happiest Moment
xdela menarik sgt..xbyk budget dlm bidang perubatan..
kira agak okeh jugak la bajet kali nih….
Curahan rasa yas @ ..DIY Drone- Oktokopter…Terbaik!!!!!
mari menderma
Curahan rasa hafizal @ ..Kisah Isteri Curang
saper anak ramai untung
maybe sama dgn zaman kegawatan ekonomi 98..institusi bank meluluskan lebih byk pinjaman supaya aliran wang bertrusan..kali ni pendekatan yg berbeza ttp objektif yg sama.. 🙂
* moral nya..malaysia sgt beruntung ada pemimpin hebat..xperlu pinjam imf 🙂
Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di Langkawi
Okay la..balance to sume rakyat bajet 2012 ni…
Curahan rasa arena84 @ ..Gempar! Ayat Quran di Tisu Tandas Israel
Memang bajet untuk semua golongan masyarakat lah
mungkin secara tidak langsung kerajaan lebih memfokuskan kepada pembangunan insan berbanding fokus hanya untuk IT sahaja. dengan membangunkan modal insan yang kreatif akan banyak kita nikmati pada masa depan
bajet yg bagus.. cuma still ade kekurangannya lagi spt kurangnya bajet buat belia… dan juga IT… dan bagsla sbb da takde bajet untuk pembinaan projek2 mega sangat 😛
Curahan rasa nash @ ..Sebab Mengapa Kita Harus Perangi Perniagaan MLM!
Comments are closed.