Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pembentangan Budget Malaysia 2012 disambut dengan berbagai reaksi oleh seluruh Rakyat Malaysia. Fokus Kerajaan dalam pembentangan Budget 2012 adalah membela nasib golongan sederhana dan ke bawah yang merupakan 40% daripada jumlah populasi Malaysia. Golongan ini jugalah merupakan pengundi berdaftar yang paling tinggi berbanding daripada kumpulan yang lain dan strategi serampang dua mata pasti membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Banyak juga cadangan Rakan Blogger melalui entri “Budget Malaysia 2012 Cadangan Blogger” dan “Budget Malaysia 2012 perhatian untuk @Najibrazak” yang diambil kira oleh DS Najib Razak dalam pembentangan Budget 2012. Antara yang paling menarik adalah kebenaran menggunakan simpanan KWSP untuk mendaftar Haji. Kemudahan ini sudah pasti dapat membantu ramai yang kesempitan wang untuk mendaftar Haji sehingga terpaksa menunggu bertahun-tahun.
Budget 2012 tidak kelihatan projek gergasi yang boleh merancakkan ekonomi Malaysia untuk bersaing dalam kegawatan ekonomi dunia tetapi Kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza. Insentif RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bawah RM3,000, insentif RM100 kepada pelajar tahun satu hingga tingkatan lima, insentif baucer buku RM200 untuk pelajar tingkatan enam dan pelajar universiti, bonus kakitangan kerajaan minima RM1000 dan insentif RM3000 untuk keluarga bekas perjuang kemerdekaan kelihatan seperti gula-gula pilihanraya tetapi sebenarnya memberi kesan ekonomi yang sangat besar. (Kepada yang terima insentif jangan lupa infaq walaupun RM1 untuk dapat keberkatan).
Semua insentif akan diberi dalam bentuk wang tunai dan pasti penerima akan membelanjakan wang tunai tersebut untuk membeli keperluan kehidupan. Maka berbillion wang tunai akan memasuki pasaran melalui perbelanjaan rakyat dan ini akan mengaktifkan sektor peruncitan dan sektor-sektor yang lain dengan meningkatkan aktiviti jual dan beli. Secara keseluruhan aktiviti ekonomi samada kedai runcit, pasaraya, restoran dan semua aktiviti perniagaan akan bertambah rancak. Kerancakan aktiviti ekonomi peruncitan pasti akan memberi kesan kepada sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan sebagainya yang akan menyediakan peluang pekerjaan untuk semua graduan universiti terutama yang tidak sangat memilih pekerjaan.
Aku setuju dengan Amanz.my yang agak kecewa dengan Budget 2012 yang kurang fokus kepada IT. Mungkin juga telah terlalu banyak fokus untuk IT pada budget-budget terdahulu menyebabkan Kerajaan mengalih fokus pada sektor yang lain.
Kepada usahawan muda Melayu tolong ambi perhatian dengan Budget 2012 dan cari peluang semaksima yang boleh daripada semua kemudahan kewangan yang disediakan. Masalah usahawan Melayu ini lebih suka disuap dan kurang rajin untuk mencari peluang walaupun berbagai kemudahan telah disediakan. Buktinya apabila buku budget dikeluarkan berapa kerat sangat usahawan Melayu yang berusaha untuk mengambil untuk membaca secara terperinci sedang usahawan bangsa lain berebut untuk mendapatkan naskah budget setiap tahun.
89 Comments
budget ok tapi rasa macam tak keseluruhan..pape pon terima kasih…rezeki Allah untuk rakyat MALAYSIA…..
Curahan rasa kuyie @ ..Contest CepuCepuk!
Alhamdulillah … sikit ke banyak ke, semua itu rezeki! 🙂
Curahan rasa Acik @ ..Hiris Dengan Pisau
syukur…
rasanya golongan pendidik paling hepi ni…
iye betul, jgn lupa infaq kan….
Curahan rasa noriz @ ..Berakhir Syawal, berakhir free lunch…
golongan pendidik dan pekerja kerajaan mmg sgt hepi dhn bajet ini. mereka kena kerja keras lepas nie. tak boleh sambil lewa lg.
Curahan rasa razis @ ..Top 10 Blogger Berbahasa Melayu – Oktober 2011
Ya, betul tu…
bajet biasa2 jer dari kerajaan. tp akan memberi kesan besar kepada ekonomi.
Curahan rasa razis @ ..Top 10 Blogger Berbahasa Melayu – Oktober 2011
bajet yg mmbuatkan sektor awam tersenyum lebar….
Hahaha…
bajet pru13 @ bajet pilihanraya
Curahan rasa hafizal @ ..Keputusan Bajet 2012 | Keputusan Belanjawan 2012
sedang cuba memahami arah tuju yang cuba disampaikan oleh Kerajaan di dalam belanjawan kali ini. Adakah ianya tulus atau sekadar retorik semata?
dapat naik gaji, dapat bonus, dapat bersara wajib 60 tahun
Curahan rasa hafizal @ ..Keputusan Bajet 2012 | Keputusan Belanjawan 2012
pekerja swasta dipinggirkan….????
Curahan rasa hafizal @ ..Keputusan Bajet 2012 | Keputusan Belanjawan 2012
mengikut pengalaman saya, dana SMIDEC atau MIDF agak susah untuk diluluskan. Kebanyakan yang ada kaitan dgn politik je yg dpt dana tu. 2 kali pergi ke SMIDEC utk mohon, last2 diorang cakap dana dah habis 🙁
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Steve Jobs: Perginya Seorang Pereka Genius
tu mmg standard bro…kena nak apply any dana from Gov. agency, kena buat paper works, engaged dgn consultant…byk kena pakai duit..last2 permohonan kena reject pasal tak layak..slh satu sbbnya, perniagaan masih baru dijalankan….sob,sob…
Untuk smidex, selalunya mereka akan bagi dana kat syarikat yang sudah ada rekod dengan mereka, mcm syarikta tpt sy kerja, mudah jer nak dpt dana sebab rekod yang baik dari segi pembayaran dan prestasi semasa syarikat.
kalau permohonan baru, kena ada woww faktor baru smidex akan pandang. means kena kerja kerasla utk menarik perhatian mereka.
Curahan rasa razis @ ..Top 10 Blogger Berbahasa Melayu – Oktober 2011
pekerja swasta dipinggirkan
Curahan rasa hafizal @ ..Keputusan Bajet 2012 | Keputusan Belanjawan 2012
penjawat awam yg untung……
Curahan rasa hafizal @ ..Keputusan Bajet 2012 | Keputusan Belanjawan 2012
saya setuju dengan apa yang DH katakan.. tetap ada positifnya belanjawan kali ini.. saya harap duit untuk pelajar sekolah tidak di salah guna ibu bapa.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Ringkasan Belanjawan 2012 Malaysia
Aku rasa Kerajaan tahu duit tu pasti akan digunakan oleh ibubapa yg susah. Yang paling penting digunakan untukkeperluan keluarga itu bagus jangan guna untuk berjudi atau beli toto dah lah.
Curahan rasa denaihati @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
ok je belanjawan ni tp kurang setuju elaun ahli-ahli parlimen dikaji semula … huhu
Curahan rasa poru @ ..Bas guna jet jumbo pertama di dunia
Bagus juga elaun tu dinaikan jadi rakyat boleh demand lagi banyak. Lagi pun ahli parlimen tu pekerja juga kalau dapat income yg cukup pasti akan kurangkan rasuah.
Curahan rasa denaihati @ ..Sikap Buruk Pemandu Malaysia #3
BELANJAWAN 2011 DIKRITIK HEBAT…
RUJUK ENTRI INI : http://che-armad.blogspot.com/2011/10/top-searching-budgetbajet-belanjawan.html
Curahan rasa che @ ..TOP SEARCHING… : BUDGET/BAJET BELANJAWAN MALAYSIA 2012 HIGHLIGHTS…
Kritik tu biasa terutama daripada pembangkang.
Curahan rasa denaihati @ ..Steve Jobs Pengasas Apple Meninggal
Comments are closed.