Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Oktober ada bulan budget. PM DS Najib Razak akan membentangkan Budget Malaysia 2012 di Parlimen pada 7 Oktober 2011 untuk dibahaskan dan disahkan oleh Parlimen sebelum digunakan untuk perbelanjaan negara pada tahun 2012. Sudah menjadi amalan Kerajaan untuk mendapat pandangan daripada Rakyat, NGO, Persatuan-Persatuan, Pemimipin Politik dan Bukan Politik sebelum mengubal budget supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan tahniah kepada DS Najib Razak yang berani membawa Malaysia HIJRAH dari budaya kerja lama kepada budaya kerja baru. Pasti Budget Malaysia 2012 akan menyemarakan lagi semangat HIJRAH atau TRANSFORMASI yang telah bermula semenjak DS Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia. Bila HIJRAH ini pasti ramai yang menentang terutama mereka yang susah nak berubah. Transformasi Malaysia ini bukan tugas mudah perlukan mujahadah untuk mengubah sikap dan pemikiran yang lama kepada yang baru.

Aku seorang Blogger juga ingin terlibat dalam Budget Malaysia 2012. Untuk Budget Malaysia 2011 aku telah memberi cadangan “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing. Untuk Budget 2012 aku ingin mencadangkan kepada DS Najib Razak supaya memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah yang pertama sebagimana Kerajaan telah memberi rebat untuk pembelian komputer dan kos rawatan ibubapa. Insentif rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah pasti akan memberi motivasi kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan Rukun Islam yang ke lima. Bagus juga kalau Kerajaan dapat memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Umrah yang pertama. Insentif rebat Haji dan Umrah juga pasti akan meningkatkan ekonomi bumiputera kerana majoriti agensi travel Haji dan Umrah adalah syarikat Bumiputera.

Kepada Rakan Blogger yang ada cadangan untuk Budget Malaysia 2012 sila kongsikan diruangan komen kerana insyallah entri ini akan dibaca kalau tidak DS Najib Razak pasti pegawai media beliau. Manalah tahun Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger akan dipandang dan didengar oleh DS Najib Razak yang sangat terbuka dan menghargai Rakan Blogger. DS Najib Razak juga kan seorang Blogger.

Sila baca ringkasan cadangan budget 2012 oleh Blogger Malaysia @ Budget 2012 Malaysia untuk perhatian DS Najib Razak.

Boleh juga ikuti live Budget Malaysia 2012 @ Twitter dengan hashtag #bajet2012


Spread the love

123 Comments

  1. Assalam nak minta pendapat semua kalau gaji swasta tak naik apa mereka perlu buat yaaaa,,,,,,

  2. Mohon kakitangan Kotrak di bawak Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) di serapkan ke jawatan tetap, kerana kakitangan Kontrak PRE tiada sebarang caruman KWSP sebagai jaminan hari tua. Oleh itu wajarlah kakitangan Kontrak (PRE) ini di serapkan ke jawatan tetap agar masa depan mereka lebih terjamin.
    Curahan rasa ayung @ ..Dapat adiah topup dari Denai Hati!My Profile

  3. selaraskan lesen kereta…contoh jika tidak pernah memiliki lesen bayaran sebanyak RM850…jika ada lesen lain RM650….peniaga suka menindas…di mersing, johor,jika memiliki lesen motosikal,RM1040 untuk ambil lesen kereta…sedangkan di kluang hanya RM650 sahaja…peniaga jadi lintah darat kerana tiada pesaing dan tindakan kerajaan…harap maklum…

  4. minta datuk sri selaraskan lesen kereta…peniaga yang tiada pesaing sewenangnya meletakkan harga yang tinni untuk lesen kereta…jika di selaraskan seperti lesen motosikal lebih baik…rakyat tidaj di tindas…terima kasih…

  5. Peningkatan kos sara hidup dewasa ini amat membebankan rakyat,ia amat dirasai oleh rakyat yang tiada sumber pendapatan tetap,seharusnya kerajaan memandang serius perkara ini.Setuju dengan denai hati cadangan ‘meningkatkan gaji minimum’ untuk bajet kali ini kerana golongan berpendapat tetap pun terkena tempias dgn situasi ekonomi sekarang.Diharap bajet 2012 adalah ‘bajet kebajikan’ untuk semua lapsian masyarakat Malaysia selain menumpukan pada aspek pembangunan.Semoga kita dan negara Malaysia terus senang,aman dan maju.InsyaAllah

  6. kerajaan perlu memikirkan cara untuk mengurangkan beban hutang dikalangan pelajar yang telah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Sebahagian mereka yang cemerlang telah diubah kepada biasiswa. Bagaimana yang tidak cemerlang. Mereka merupakan belia aset kepada negara yang terpaksa menanggung hutang dalam jumlah puluhan ribu ketika usia muda. Mereka terpaksa memasuki pasaran buruh hanya semata-mata untuk membayar hutang.

    Menyediakan peluang atau insentif keusahawanan yang lebih besar adalah alternatif kepada graduan keluaran universiti untuk membangunkan ekonomi negara daripada meletakan beban hutang. Pendidikan percuma lebih berkebajikan.

  7. Diskaun patut diberikan kepada student yang mendapat PMK 3.0 dan ke atas bagi mengurangkan bebanan hutang yang perlu ditanggung bila habis pengajian kelak

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!