Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Oktober ada bulan budget. PM DS Najib Razak akan membentangkan Budget Malaysia 2012 di Parlimen pada 7 Oktober 2011 untuk dibahaskan dan disahkan oleh Parlimen sebelum digunakan untuk perbelanjaan negara pada tahun 2012. Sudah menjadi amalan Kerajaan untuk mendapat pandangan daripada Rakyat, NGO, Persatuan-Persatuan, Pemimipin Politik dan Bukan Politik sebelum mengubal budget supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan tahniah kepada DS Najib Razak yang berani membawa Malaysia HIJRAH dari budaya kerja lama kepada budaya kerja baru. Pasti Budget Malaysia 2012 akan menyemarakan lagi semangat HIJRAH atau TRANSFORMASI yang telah bermula semenjak DS Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia. Bila HIJRAH ini pasti ramai yang menentang terutama mereka yang susah nak berubah. Transformasi Malaysia ini bukan tugas mudah perlukan mujahadah untuk mengubah sikap dan pemikiran yang lama kepada yang baru.

Aku seorang Blogger juga ingin terlibat dalam Budget Malaysia 2012. Untuk Budget Malaysia 2011 aku telah memberi cadangan “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing. Untuk Budget 2012 aku ingin mencadangkan kepada DS Najib Razak supaya memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah yang pertama sebagimana Kerajaan telah memberi rebat untuk pembelian komputer dan kos rawatan ibubapa. Insentif rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah pasti akan memberi motivasi kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan Rukun Islam yang ke lima. Bagus juga kalau Kerajaan dapat memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Umrah yang pertama. Insentif rebat Haji dan Umrah juga pasti akan meningkatkan ekonomi bumiputera kerana majoriti agensi travel Haji dan Umrah adalah syarikat Bumiputera.

Kepada Rakan Blogger yang ada cadangan untuk Budget Malaysia 2012 sila kongsikan diruangan komen kerana insyallah entri ini akan dibaca kalau tidak DS Najib Razak pasti pegawai media beliau. Manalah tahun Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger akan dipandang dan didengar oleh DS Najib Razak yang sangat terbuka dan menghargai Rakan Blogger. DS Najib Razak juga kan seorang Blogger.

Sila baca ringkasan cadangan budget 2012 oleh Blogger Malaysia @ Budget 2012 Malaysia untuk perhatian DS Najib Razak.

Boleh juga ikuti live Budget Malaysia 2012 @ Twitter dengan hashtag #bajet2012


Spread the love

123 Comments

  1. salam…

    cadangan saya…budget untuk pendidikan awal kanak2 perlu dilebihkan peruntukkannya…

    contohnya :

    1. memperbanyakkan taska2…

    2. memperkasakan sistem pembelajaran di taska-taska terutamanya berkenaan agama islam…contohnya dengan memperbanyakkan latihan amali terutamanya latihan bersolat…menghafal surah2 pendek yang boleh di baca dalam solat…memperkenalkan siapa sebenarnya NABI MUHAMMAD S.A.W….dengan harapan bila bebudak nih dah besar nanti takde la nak jadi sesat macam Hajjah Makcik Sitt AlWuzara tuhhhh….

    3. selain itu ilmu2 keduniaan juga amat perlu diperkemas dan diperkasakan sistem pembelajarannya terutamanya ilmu matematik…sains…bahasa inggeris as second language….dengan harapan ini akan menimbulkan minat bebudak nih…

    Tapi kita sebagai rakyat perlulah juga bersedia untuk spend a little bit more money for our children…klu nak harap smua kerajaan sponsor alamat jenuh lerrrrrrr kerajaan….

    bagi saya…saya tak kisah nak keluar duit lebih skit asalkan anak2 saya mendapat pelajaran yang terbaik….
    Curahan rasa Zainal @ ..Resize Windows Partition With EaseUS Partition Master Home EditionMy Profile

  2. aku turut menyokong cadang rebat cukai untuk Umrah dan Haji tu. Bagi prasarana internet pula aku mencadangkan agar prasarana internet di Malaysia di upgrade lagi supaya lebih pantas daripada yang sedia ada. Selain itu aku juga mencadangkan peruntukan latihan bisnes secara online kepada industri kecil dan usahawan-usahawan di kawasan pedalaman untuk tujuan memperkembangkan bisnes mereka.
    Curahan rasa zuls @ ..[Picture] Empire Subang Shopping Mall Exploded Due to Gas Tank Explosion #EmpireSubangExplodeMy Profile

  3. kakitangan swasta jangan lupe lak. setakat ni belum nampak kakitangan swasta peringkat rendah dibela

    1. btl tu..hrp DS Najib dpt beri perhatian juga kpd kakitangan swasta peringkat rendah sbb kakitangan swasta nie nampak macam jarang diberi perhatian. klu ade kenaikan gaji pun just naik yang bos2 jer..kuli2 nie xnaik pun.

    1. Kita selalu negatif tetapi tak nak study bagaimana nak ambil peluang semaksimum yg boleh daripada setiap budget yg dibentang tidak seperti orang Cina yg sentiasa memaksimumkan setiap budget tahunan. Kalau tak percaya pergi tengok berapa ramai yg beli buku budget yg dikeluarkan. Kita orang Melayu sering banyak komplen negatif je tapi kerja kurang. Kena ubah pemikiran tu. Tak salah jadi pembangkang tapi biar yg membina seperti di Jepun dan negara barat.
      Curahan rasa denaihati @ ..iPhone 5 dah sampai MalaysiaMy Profile

  4. Saya mengharapkan sistem pendidikan mengambil kira semua tahap penerimaan murid-murid supaya murid yang lemah didalam pelajaran tidak tercicir. Mereka ini bukan tidak pandai cuma agak perlahan penerimaan mereka.

    Meningkatkan hasil pertanian didalam negars dan mengurangkan pergantungan import.

    Negara kita ini kaya dengan hasil herba tetapi kita tidak komersialkan sehingga peringkat dunia

    1. salam CMRatu…

      saya setuju…selain itu pendidikan islam di sekolah juga saya cadangkan supaya memperbanyakkan latihan amali seperti bersolat…

      walaupun kita nampak perkara seperti ini kecil…tetapi kadangkala perkara2 kecil inilah yang akan memberi impak yang besar….

      jadi…..beri perhatian kepada perkara2 kecil yang memberi impak besar kepada kita..
      Curahan rasa Zainal @ ..Wordless Wednesday – IMACMy Profile

    1. amat setuju.harus dipertimbangkan kerana sudah lama gaji tak naik2 tapi barang naik setiap bulan atau minggu atau hari dan jam.masih ingat kenaikan terakhir di zaman Tun Mahathir.semua warga kerajaan pada masa itu dinaikkan gaji serentak mengikut kategori masing masing. tapi sekarang konsentrasi kepada polis dan guru saja.bagaimana pensyarah yang membina otak bangsa apakah mereka tidak menyumbang hal yang berkaitan dengan pembangunan manusia bangsa malaysia itu tidak diberi gaji yang tinggi.samalah juga jika hanya kumpulan kecil pemikir tidak diberi bayaran setimpal.kedudukan pemikir misal ada dua ke 6 orang,tak salah memberi mereka RM50 ribu sebulan,mereka memerahkan tenaga dan otak untuk membetulkan kiblat manusia dan negara.

      1. saya setuju..bukan sahaja pensyarah tetapi kakitangan sokongan juga perlu diberi perhatian bukan kepada polis, askar dan guru sahaja. bayangkan guru mempunyai banyak kemudahan.. untuk sambung belajar YURAN ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. habis belajar GRED naik beserta GAJI. Bagi anggota kakitangan SOKONGAN gaji jarang dipertimbangkan sewajarnya. Belajar terpaksa tanggung sendiri, habis belajar belum tentu dapat naik pangkat atau kenaikan gaji. Tetapi saya kesal masih ada guru yang mempertikai berkenaan cuti yang tidak cukup. walhal cuti penggal, cuti umum, lembaga, peristiwa semua cuti. jika dihitung setahun dalam 7 bulan sahaja bekerja.. balik 1.30. Mohon kerajaan mempertimbang semula dengan seadilnya gaji dan kemudahan untuk KAKITANGAN SOKONGAN bukan tertumpu hanya pada polis, askar dan Guru, kerana kakitangan SOKONGAN juga merupakan warga kerja KERAJAAN.

    2. kalau nak naik,urus betul2 jangan membiarkan kumpulan yang tak bersuara itu memberontak dalam diri mereka.kalau nak dinaik pun biar semua sama sama merasa dan adil.

    1. Biasanya memang ada budget untuk online ni. Kita tunggu tahun ni apa insentifnya. Mungkin boleh bagi rebat cukai pendapatan untuk pendapatan dari sumber online untuk galakan rakyat buat perniagaan online atau mungkin rebat untuk kos pengiklanan secara online atau mungkin bro ada cadangan yang lebih baik, kongsilan dengan kita semua.
      Curahan rasa denaihati @ ..Join Denaihati Blog DirectoryMy Profile

      1. Seriously ada budget untuk para blogger? tak tahu sangat pun.. tapi kesian pulak bagi dorang yang kerja di sektor swasta.. gaji tak naik2.. Kalau dekat KK lagi la teruk.. bayangkan yang ada degree kerja dekat swasta pun gaji tak sampai 2.5k sedangkan bagi mereka yang berkelulusan diploma masuk kerajaan gaji tu boleh lebih daripada 2k. Entah kalau dekat semenanjung macam mana pulak keadaannya yer.

        1. jurang gaji di KK dgn semenanjung memang byk beza. saya tau lah. mungkin cadangan gaji minimum sprti pndpt DH dipertimbangkan. bukan apa, kasihan kt diorang ni. Sara hidup bukan makin turun, naik adalah.
          Curahan rasa manmala @ ..Happy Birthday GoogleMy Profile

        2. Klu di Sabah dan Sarawak pekerja dari Semenanjung akan dapat elaun wilayah…sebab tuh orang semenanjung yang dok sana lorded semacam….tapi klu dibandingkan gaji basic pekerja kerajaan dengan swasta….pekerja swasta lebih tinggi gaji basic mereka….

          apapun saya sokong mana2 cadangan yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat
          Curahan rasa Zainal @ ..Favicon GeneratorMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!