Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang benar jauh berjalan luas pandangan. Setelah mengembara berbagai negara dari Asia ke Europe baru terasa cadangan budget 2012 untuk meningkatkan gaji minima macam tak sesuai je. Daripada pemerhatian semakin maju sesebuah negara maka rakyat tempatan sudah semakin kurang berminat untuk bekerja dalam sektor tertentu. Kekosongan ini akan diisi oleh pekerja asing seperti yang berlaku di UAE, Qatar, Italy, Britain dan Perancis.
Live Streaming Pembentangan Budget 2013
Maknanya semakin maju sesebuah negara semakin tinggi pergantungan ekonomi negara tersebut kepada pekerja asing. Rakyat tempatan dah tak mahu lagi bekerja jadi tukang cuci, kerja kilang, buruh ladang dan semua kerja-kerja kuli. Untuk itu Kerajaan perlu menyediakan platform kerjaya bidang baru yang lebih disukai oleh rakyat.
Berdasarkan pengamatan di atas maka aku nak cadangkan beberapa idea kerjaya yang lebih disukai Rakyat menjelang pembentangan Budget 2013 oleh PM DS Najib Razak pada 28/9/2012.
1. Jadikan sukan sebagai kerjaya dan industri jutaan ringgit seperti Liga Bola Sepak Europe. Kerajaan melalui GLC boleh membagunkan liga bola sepak profesional Malaysia yang betul-betul profesional bukan seperti sekarang mengharap FAM yang tak boleh diharap, dengan membawa masuk pemain-pemain Profesional. Menganjurkan kejuaraan sukan seperti Tenis dan Golf dengan penyertaan pemainan profesional yang berskala besar. Liga bola sepak profesional dan kejuaraan sukan berskala besar pasti akan dapat memotivasikan Rakyat untuk menjadikan sukan sebagai kerjaya dan industri yang berimpak tinggi. Anak-anak kita pasti tak nak berkerja sebagai buruh tapi pasti ingin menjadi ahli sukan profesional yang bergaji jutaan ringgit.
2. Dunia tahu industri jualan langsung adalah salah satu industri besar yang menyumbang ekonomi bukan sahaja kepada negara malah ramai individu yang sudah menjadi jutawan. Kerajaan boleh membuka sebuah syarikat jualan langsung Nasional dengan produk yang berkualiti, sistem bonus yang baik dan pengurusan yang profesional untuk dijadikan tapak kepada peminat MLM membina kerjaya yang berkualiti. Paling menarik syarikat jualan langsung yang berjaya boleh berkembang keseluruh dunia dan sudah pasti akan membantu ekonomi negara kerana membawa masuk pelaburan asing. Lihat sahaja kejayaan produk Kopi Organo produk buatan Malaysia yang sudah berjaya dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Amerika Syarikat dilebih 20 buah negara dengan hasil jualan melebih USD60 juta setahun. Sekarang bukan tak ada syarikat jualan langsung tempatan tapi banyak yang menipu sehingga ramai yang tertipu dan memandang negatif pada industri ini. Jangan terkejut nilai industri jualan lansung di Malaysia melebihi 1 Billion setiap tahun.
3. Menyediakan dana khas kepada usahawan kecil online seperti Blogger untuk meningkatkan kualiti website dan sistem bisnis online supaya perniagaan berkembang maju, bersistematik dan menjadi kerjaya yang berimpak tinggi. Sekarang sudah ada beberapa Blogger yang berjaya menjadi usahawan online dari rumah. Dengan dana khas ini sudah pasti lebih ramai yang akan berjaya menjadi usahawan internet dari rumah yang berjaya seperti di negara-negara maju. Dengan dana khas pasti lebih ramai Rakan Blogger yang akan mencontohi Blogger Ini yang berani bersara awal atau mencontohi Blogger ini yang sudah menjadi usahawan wanita online yang berjaya atau Blogger ini yang memang tak pernah makan gaji.
4. Menyediakan program latihan bisnis, motivasi dan ict untuk penduduk luar bandar yang semakin jauh ketinggalan dalam semua bidang. Kebanyakan penduduk luar bandar tertinggal dari arus pembangunan dan Kerajaan kurang bersungguh-sungguh merapatkan jurang dengan program-program khas. Mungkin model memajukan generasi Felda boleh diubah suai untuk digunakan untuk penduduk luar bandar. Dengan program latihan yang tersusun pasti penduduk luar bandar akan lebih berminat dengan kerjaya sebagai usahawan tani daripada menjadi sumber kepada masalah sosial.
5. Rakan Blogger pasti ada idea-idea bernas yang ingin dikongsikan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan berjaya untuk rakyatnya. Kongsikan idea budget Rakan Blogger diruangkan komen dan idea terbaik Blogger akan dijadikan entri khas.
137 Comments
Saya memberi cadangan agar kerajaan dapat mengurangkan cukai import terutamanya kereta dan barangan elektronik. Sehingga kini, harga barangan import ilah 3.5 kali ganda lebih mahal berbanding harga sebenar.
Curahan rasa poruman @ ..(Pelik) Bintang pop Jerman mengahwini sebiji nenas
Sebenarnya edagang mempunyai potensi besar tetapi tahap keselamatan perlu dipertingkatkan terutama melibatkan transaksi. Hak pengguna perlu dilindungi. Saya rasa ia adalah satu cara perniagaan yang bakal diterima pada masa akan datang.
Curahan rasa akubiomed @ ..Live Streaming Bajet 2013
peruntukkan lebih banyak subsidi untuk minyak kerana satu2nya perkara yang membuatkan barang2 keperluan turut naik harga adalah kerana minyak.
adeh.. saya tak pandai nak bagi cadangan..
Curahan rasa boni kacak @ ..Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam
Sama2 nantikan pengumuman bajet, macam kilang tempat myra gaji minima sangat2 dialukan sbb pekerja bawahan masih memegang gaji di bawah RM500, bukan pekerja luar tapi dalaman..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Alhamdulillah Menang Grand Prize
Tahun ni punya bajet kena hati-hati. Kalau banyak sangat defisit, boleh kena downgrade. Masalah ekonomi berskala besar berlaku nanti.
Curahan rasa ariff @ ..Bila Cakap Tak Boleh Kahwin, Semua Orang Marah
saya taknak harga minyak dinaikkan.. walau siapa jadi kerajaan.. Sebab bila minyak mahal, macam2 akan berlaku. kereta saya dicuri minyak.. ini semua angkara orang terdesak.. ~ satu ketika dulu….
Curahan rasa KiD @ ..Apabila Shakiddo Ditegur Sebagai Blogger
Ni benda paling susah nak kawal sebab harga minyak bergantung pd market dunia. Dalam kembara banyak negara harga minyak Malaysia antara termurah di Thailand n Kemboja harga petrol lebih kurang usd1.20/liter di Europe purata Euro1.60/liter.
Harga petrol n barang memang agak sukar nak turun macam dulu terutama harga barang komoditi yg bergantung market global.
Sekarang kita kena kreatif utk mencari pendapatan sampingan atau ikat perut jangan berbelanja lebih dari kemampuan.
Kurangkan cukai import terhadap barangan eletronik, komputer (ICT), kereta, peralatan sukan dll.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday #3 – Mana Pilihan Anda? Jika Diberi Peluang!!
Kerajaan dah bagi byk subsidi utk minyak, supaya dikekalkan supaya ia tidak akan meningkatkan haraga barangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday #3 – Mana Pilihan Anda? Jika Diberi Peluang!!
Kebijakan pemerintah harus mengikuti perkembangan dan target pembangunan ekonomi disetiap tahunnya. Maka bagi negera maju hal seperti itu sudahlah tentu dilakukan.
Sukses selalu
Salam
Curahan rasa Indra Sejati @ ..TAMAN MARGASATWA MUARA ANGKE KEINDAHAN ALAM JAKARTA
Yang jelas,… pemerintah harus mempunyai sasaran utama bagi rakyatnya terutama yang berkenaan dengan upaya meningkatkan taraf hidup atau tingkat kemakmuran rakyat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Setiap pemerintahan tentunya menginginkan taraf ekonomi rakyatnya meningkat dengan berbagai cara dan kebijaksaan yang dilaksanakan dan diusahakan oleh pemerintah suatu negara tersebut
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Lulus Ujian Tulis CPNS 2012
Asal jangan cuman berupaya untuk meningkatkan taraf penghidupannya sendiri.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Birthday Google
Kalau yang begitu memang harus dijauhi Bang Iwan, jangan sampai para pejabat pemerintahannya kaya raya, rakyatnya hidup dalam kesusahan.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Lulus Ujian Tulis CPNS 2012
Banyak idea-idea hebat yang aku rasa secara langsung akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan rakyat malaysia. Ada beberapa perkara yang ingin dicoretkan, tapi perlu fikir ayat yang sesuai untuk mengelakkan salah faham…
Curahan rasa Eizil @ ..Perlukah lelaki pandai memasak?
wah….perkembangan malaysia sangat maju, perekonomian disegala bidang….
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Cara Mengetahui NUPTK Melalui Web Browser NUPTK
Betul Mas… dan beberapa program yang ada bisa menjadi rujukan kita di Indonesia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Birthday Google
Terutama mental SDM nya harus dipersiapkan Bang. Baru itu bisa berjalan lancar.
Curahan rasa Indra Sejati @ ..TAMAN MARGASATWA MUARA ANGKE KEINDAHAN ALAM JAKARTA
tiap tahun kerajaan cakap pasal bajet berbilion-bilion tapi last-last habuk pun tak ada
Curahan rasa donnyien @ ..Raja gagap kalahkan raja Facebook
Salah tu kalau kata habuk pun tarak … Abis nak urus negara ni guna apa ya? Tak kan duit daun … Yg bayar gaji penjawat awam guna apa ya? Semuanya hanya boleh setelah badget diluluskan. Bersyukur sangat dgn apa yg ada di Malaysia berbanding dgn banyak negara miskin yg lain.
maaf bro, emosi2.. ,mohon padam
Curahan rasa donnyien @ ..Review Samsung Galaxy Note II
Betul,.. kita harus bersyukur bila melihat saudara-saudara kita di negara yang tergolong miskin.
Kemiskinan merupakan masalah kompleks yang di hadapi oleh seluruh pemerintahan yang ada di dunia ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Kemiskinan merupakan kondisi dimana seseorang tidak dapat memenuhi kebutuhan dasarnya dalam rangka menuju kehidupan yang lebih bermartabat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Kemiskinan bukan merupakan sesuatu yang berdiri sendiri, sebab ia merupakan akibat dari tidak tercapainya pembangunan ekonomi yang berlangsung.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Dalam hal ini, kemiskinan akan makin bertambah seiring tidak terjadinya pemerataan pembangunan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Untuk mengatasi hal ini, maka Perlu perluasan jaringan kerjasama dan kemitraan dengan pihak-pihak lain terkait untuk mengoptimalkan serta mensinergikan berbagai upaya penanggulangan kemiskinan, baik di dalam maupun di luar negeri.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Setuju sangat dengan pemberian dana untuk membantu blogger menigkatkan bisnis kecil-kecilan online ini. Sudah ramai yang telah berjaya melalui bisnis online.
Curahan rasa donnyien @ ..Blog Dan Populariti
Ternyata penghasilan blogger juga bisa dilirik oleh pemerintah juga, karena penghasilan yang baik baik itu dari blogger dan lainnya akan bisa menambah penghasilan masing-masing individu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Lulus Ujian Tulis CPNS 2012
Tentunya dengan penghasilan yang baik dari tiap warga negara juga akan membantu pemerintah dalam meningkatkan taraf ekonomi bagi warga negaranya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Yang Lulus Ujian Tulis CPNS 2012
pemerintah harus mempunyai sasaran utama bagi rakyatnya terutama yang berkenaan dengan upaya meningkatkan taraf hidup
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Birthday Google
pemerintah tidak bisa bekerja sendirian dalam optimalisasi dan kestabilan ekonomi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Disinilah peran pihak swasta menjadi faktor pendukung yang diharapkan dapat melengkapi pemerintah dalam menciptakan peluang dan perputaran ekonomi yang baik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Pihak swasta juga tidak boleh hanya menerima apa yang dibantu pemerintah.
Pihak swasta juga harus bersama pemerintah dalam hal ini untuk kestabilan ekonomi. Jika hal itu dilakukan, bukan tidak mungkin, perekonomian masyarakat akan semakin baik dan merata
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Ramai pihak bersetuju sekiranya idea DH ini dapat direalisasikan dan dapat menjernihkan keadaan pihak-pihak yang menceburi secara langsung atau tidak langsung dalam semua aktiviti yang sihat seperti sukan.
Curahan rasa abangkhai @ ..Video kisah hamba mendermakan hati
wahhhh sangat2 menarik dan bernas cadangan ini, moga mendapat perhatian yang serious dari pihak yang berkenaan
Curahan rasa sweetkurma @ ..wanita berniaga lebih dikagumi
Comments are closed.