Buat duit dengan EMAS

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dulu Emas ini hanya untuk orang kaya sahaja sebagai perhiasan tak ramai yang tahu Emas juga adalah suatu pelaburan. Bila nampak je orang masuk pajak gadai mesti fikir orang tu sesak. Tak boleh juga nak salahkan sesiapa kerana budaya Melayu itu menunjukkan masuk pajak gadai makna nak cari duit dengan mengadai barang kemas. Tapi kini semuanya sudah berubah. Ramai sudah tahu emas adalah pelaburan yang tidak pernah ada susut nilai terus dan terus naik harganya.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS
Berikut harga emas terkini berdasarkan USD per Ounce.

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Ketika entri ini ditulis harga emas pada USD1739/oz kita tengok apa yang berlaku dalam tempoh 2 – 3 tahun dari sekarang. (1 Ounce = 28.3gm)

Harga emas dijangkakan akan terus meningkat selagi ekonomi dunia tidak stabil. Katakanlah aku ada hutang RM200k pasti aku akan minta tolong jurunilai menilai rumah aku lebih tinggi daripada nilai sepatutnya supaya aku dapat pinjaman lebih tinggi apabila rumah itu dicagarkan kepada bank. Amerika dan kebanyakan negara Europa sedang menanggung hutang yang banyak pasti harga emas akan dimanipulasi tinggi supaya dapat membuat pinjaman untuk membayar hutang yang trillion dollar.

Harga Emas Dunia Terkini

Pelababuran Emas

Ada yang tanya bagaimana cara terbaik nak melabur emas. Pendapat peribadi aku yang terbaik adalah buka akaun emas di bank. Sebabnya pertama tak perlu fikir tentang keselamatan nak simpan dimana. Kedua emas fizikal khasnya jongkong semakin sukar untuk dijual semula kerana harganya semakin mahal dan kalau ada syarikat yang nak beli balik akan mengambil harga yang sangat rendah. Kebanyakan pajak gadai pun dah tak terima jongkong emas. Nak simpan jongkong emas boleh tapi mesti untuk jangka masa panjang untuk cover julat beli balik yang tinggi.

Apa lagi jangan terlepas peluang ini kalau Gold dah mahal sangat kenapa tidak Silver.

15/2/12 : Analisa terbaru menyatakan harga emas boleh meningkat sehingga USD2000/oz pada pertengahan tahun 2012 – Sumber TheStar Online.

Comments

  1. says

    kuwait finance house je yg menyediakan akaun emas syariah compliance kat malaysia ni. ada lg ke bank lain yg patuh syariah?

  2. says

    emas pelaburan terbaik..tapi jangan lupa berzakat kalu cukup haul…kaya itu indah tapi lebih indah bila berzakat..

Trackbacks