Brady Barr, Pakar Reptilia National Geographic di Zoo Negara

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rabu lepas team Denaihati ke Zoo Negara hadiri jemputan media Nat Geo Wild, Fox International Channels dan Astro Present Dangerous Encounters with Brady Barr. Brady Barr merupakan pakar reptilia terkenal National Geographic dan juga host bagi siri popular Dangerous Encounters di Nat Geo Wild (Astro Ch 550). Dr. Brady Barr berada di Malaysia dalam mencari pengembaraan dan meneroka hidupan liar reptilia yang terdapat di Malaysia. Lawatan beliau mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan (MOE), Akademi Sains Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

National Geographic Brady Barr di Zoo Negara

Lawatan Dr. Brady Bar ini serentak dengan promosi tayangan perdana siri terbaru Dangerous Encounters musim ke-7. Rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters akan dimulakan dengan tayangan selama 2 jam secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Kemudian episod baru Dangerous Encounters akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild.

Sebagai pakar reptilia, Brady Barr yang telah menjelajah lima benua dan lebih 70 buah negara telah menjadikan misi hidupnya untuk mengkaji dan melindungi beberapa haiwan yang paling bahaya dan terancam di dunia khususnya buaya dan aligator.

Brady Barr bersama pelajar sekolah

Ketika bertemu di Zoo Negara baru-baru ni dapat lihat perwatakan, gaya dan personaliti Brady Barr yang menarik dan sangat peramah ditambah dengan pengetahuan saintifik yang luas membolehkan beliau membawa binatang yang paling menarik di planet ini terus ke hati masyarakat. Seramai 120 orang pelajar hadir di Zoo Negara semasa acara dengan Brady dan mereka sangat kagum kerana beliau telah menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan ular tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada haiwan tersebut.

Kemudian beliau masuk ke kandang buaya untuk tunjukkan demonstrasi menangkap buaya betina yang mengawal sarangnya dan telah memukau pandangan semua orang dengan aksi beliau. Beliau juga merupakan satu-satunya orang dalam sejarah yang telah menangkap dan mengkaji semua 23 spesies buaya yang terdapat di dunia dan ada di antaranya diancam kepupusan kerana sikap rakus manusia.

Aksi Brady Barr menangkap buaya Zoo Negara

Tips Untuk Elak Serangan Ular dari Brady Barr

(1) Jangan cuba menyentuh atau menangkap ular kerana hanya mereka yang pakar sahaja dapat menentukan sama ada ular itu berbisa atau tidak.
(2) Jika terjumpa ular, jauhkan diri anda. Ular tidak akan mengejar anda kerana mereka tidak agresif.
(3) Anda akan digigit jika anda melangkah ular atau cuba untuk mengambilnya.
(4) Pastikan sekitar rumah bebas dari sampah sarap dan semak samun kerana ia akan menarik perhatian tikus dan secara tak langsung akan menarik perhatian ular.

Tips Untuk Elak Serangan Buaya dari Brady Barr

(1) Jangan memancing ketika menyeberangi sungai dan bawa ikan hasil tangkapan bersama-sama.
(2) Jangan biarkan anak-anak atau haiwan peliharaan bermain di tepi air terutamanya pada waktu senja.
(3) Jangan sesekali mendekati buaya. Jika anda ternampak atau terserempak, kekalkan jarak anda dan cuba elakkan diri dengan perlahan-lahan.
(4) Jangan sesekali memberi makan kepada buaya! Ini adalah sangat berbahaya kerana mereka menjadi aggresif bila membabitkan makanan.
Brady Barr National Geographic

Nat Geo Wild yang dihoskan oleh Brady Barr merupakan saluran info dan hiburan No.1 di Malaysia yang berdasarkan fakta, mencapai 3 juta pelanggan TV Astro dan lebih 18 juta penonton di seluruh negara. Kejayaan Nat Geo Wild adalah disebabkan tujuan saluran itu untuk mendidik para penonton mengenai semua makhluk dan peranannya yang unik dan tempatnya dalam ekosistem. Saluran ini juga menyokong dan menggalakkan pemuliharaan hidupan liar.

Jangan lupa menonton rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters, season 7 yang ditayangkan selama 2 jam di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Episod baru akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild. Rancangan Dangerous Encounters musim ke-7 ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

---

  1. Brady Barr seorang yg cekal bila beraksi dgn ular atau buaya.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

  2. Satu tip yg bagus bagi mengelakkan drp diserang oleh ular @ buaya.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

  3. Buaya binatang ganas bila menerkam pada mangsanya.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

    • lebih2 lagi kalau lapar…pernah tgok kat taman buaya melihat buaya2 berebut makanan, sampai ada yang putus kaki…ee…tapi kasihan juga tgok buaya2 tu. sehari berapa je makanan yang dapat di bagi sedangkan buaya2 tu banyak…
      Entri terbaru Nana – Buaya Sungai Seblak Berjaya DitewaskanMy Profile

  4. takut dengan buaya tu..
    Entri terbaru Mus – ‘Rainbow Fountain’ Tarikan Waktu Malam Di Sembulan River ParkMy Profile

  5. Bagus kalau dapat tips daripada pakar tentang cara berhadapan dengan haiwan reptilia ni..
    Entri terbaru Kulanzsalleh – Wordless Wednesday: Look Mum I’m Flying!My Profile

  6. seneng bnget ma national geographic, sampek ngoleksi ratusan video nya. ..
    Entri terbaru Auni Nabillah – Green Day Oh Love | Uno Dos Tre Album TrilogyMy Profile

  7. suka layan national geog dekat tv. macam2 jenis haiwan dapat tengok. tapi tgk je, kalau pegang..xnak.hahahaha
    Entri terbaru Lizz – Kesinambungan Entry Amalan dan Doa Murah RezekiMy Profile

  8. Masa sekarang ini banyak hewan yang dinyatakan sebagai hewan yang dilindungi
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Orang MengantukMy Profile

  9. mempunyai keberanian yang pantas diacungi jempol nih
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Orang MengantukMy Profile

  10. Steve Irwin still the best

  11. salute…mmg berani la dr Brady ni…

    saya ular boleh lagi main-main…Buaya tidak sanggup…
    Entri terbaru daddydee – Buat dulu, Sesal kemudian….Itu lah yang jadi sekarang…My Profile

  12. Ngeri btul aku bila tgk org memain dgn reptilia mcm buaya nih….
    Entri terbaru yas – Wordless Wednesday – Lori Parking Atas LoriMy Profile

  13. dia ni kalau kena ngap dengan buaya tu baru kenal erti taring
    Entri terbaru spudin – Wordless Wednesday #1 – The Amazing SpidermanMy Profile

  14. da lama tak pergi zoo negara. dalam perancangan nak bawa anak g sana..:)
    Entri terbaru wanabe – Dua Ahli LulzSec Mengaku Bersalah Atas Tuduhan MenggodamMy Profile

  15. dah berkurun tak layan national geographic. kt rumah sendiri tak pasang channel tu.heho
    Entri terbaru arelan – WeLcoMe To Da cLuBMy Profile