Brady Barr, Pakar Reptilia National Geographic di Zoo Negara

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rabu lepas team Denaihati ke Zoo Negara hadiri jemputan media Nat Geo Wild, Fox International Channels dan Astro Present Dangerous Encounters with Brady Barr. Brady Barr merupakan pakar reptilia terkenal National Geographic dan juga host bagi siri popular Dangerous Encounters di Nat Geo Wild (Astro Ch 550). Dr. Brady Barr berada di Malaysia dalam mencari pengembaraan dan meneroka hidupan liar reptilia yang terdapat di Malaysia. Lawatan beliau mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan (MOE), Akademi Sains Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

National Geographic Brady Barr di Zoo Negara

Lawatan Dr. Brady Bar ini serentak dengan promosi tayangan perdana siri terbaru Dangerous Encounters musim ke-7. Rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters akan dimulakan dengan tayangan selama 2 jam secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Kemudian episod baru Dangerous Encounters akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild.

Sebagai pakar reptilia, Brady Barr yang telah menjelajah lima benua dan lebih 70 buah negara telah menjadikan misi hidupnya untuk mengkaji dan melindungi beberapa haiwan yang paling bahaya dan terancam di dunia khususnya buaya dan aligator.

Brady Barr bersama pelajar sekolah

Ketika bertemu di Zoo Negara baru-baru ni dapat lihat perwatakan, gaya dan personaliti Brady Barr yang menarik dan sangat peramah ditambah dengan pengetahuan saintifik yang luas membolehkan beliau membawa binatang yang paling menarik di planet ini terus ke hati masyarakat. Seramai 120 orang pelajar hadir di Zoo Negara semasa acara dengan Brady dan mereka sangat kagum kerana beliau telah menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan ular tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada haiwan tersebut.

Kemudian beliau masuk ke kandang buaya untuk tunjukkan demonstrasi menangkap buaya betina yang mengawal sarangnya dan telah memukau pandangan semua orang dengan aksi beliau. Beliau juga merupakan satu-satunya orang dalam sejarah yang telah menangkap dan mengkaji semua 23 spesies buaya yang terdapat di dunia dan ada di antaranya diancam kepupusan kerana sikap rakus manusia.

Aksi Brady Barr menangkap buaya Zoo Negara

Tips Untuk Elak Serangan Ular dari Brady Barr

(1) Jangan cuba menyentuh atau menangkap ular kerana hanya mereka yang pakar sahaja dapat menentukan sama ada ular itu berbisa atau tidak.
(2) Jika terjumpa ular, jauhkan diri anda. Ular tidak akan mengejar anda kerana mereka tidak agresif.
(3) Anda akan digigit jika anda melangkah ular atau cuba untuk mengambilnya.
(4) Pastikan sekitar rumah bebas dari sampah sarap dan semak samun kerana ia akan menarik perhatian tikus dan secara tak langsung akan menarik perhatian ular.

Tips Untuk Elak Serangan Buaya dari Brady Barr

(1) Jangan memancing ketika menyeberangi sungai dan bawa ikan hasil tangkapan bersama-sama.
(2) Jangan biarkan anak-anak atau haiwan peliharaan bermain di tepi air terutamanya pada waktu senja.
(3) Jangan sesekali mendekati buaya. Jika anda ternampak atau terserempak, kekalkan jarak anda dan cuba elakkan diri dengan perlahan-lahan.
(4) Jangan sesekali memberi makan kepada buaya! Ini adalah sangat berbahaya kerana mereka menjadi aggresif bila membabitkan makanan.
Brady Barr National Geographic

Nat Geo Wild yang dihoskan oleh Brady Barr merupakan saluran info dan hiburan No.1 di Malaysia yang berdasarkan fakta, mencapai 3 juta pelanggan TV Astro dan lebih 18 juta penonton di seluruh negara. Kejayaan Nat Geo Wild adalah disebabkan tujuan saluran itu untuk mendidik para penonton mengenai semua makhluk dan peranannya yang unik dan tempatnya dalam ekosistem. Saluran ini juga menyokong dan menggalakkan pemuliharaan hidupan liar.

Jangan lupa menonton rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters, season 7 yang ditayangkan selama 2 jam di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Episod baru akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild. Rancangan Dangerous Encounters musim ke-7 ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

---

  1. teringat kat crocodile hunter yang mati kena sengat ikan pari suatu masa dulu…
    Entri terbaru auc dot com – 3 penyakit di Musim Panas ni?My Profile

  2. wuuaahhh… keren ya.
    tidak ada takutnya ama hewan buas macam buaya
    kalau aku sudah lari terbirit-birit… :)

    salam dari Toko Obat Kuat

  3. cuak tengok kerja diorang ni, berani betul kann
    Entri terbaru azriMy – Ayam Masak Merah Terbaik Bro!My Profile

  4. Brady Barr nii…sudah semestinya meminati dan mencintai haiwan sehingga dia menjadi pakar reptilia.
    Entri terbaru galut – Cabaran Affiliate Rempit eBayMy Profile

  5. suka benar ye dengan buaya..
    Entri terbaru ohcikgu – Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  6. memang handal diorg ni.. pegang buaya cam peluk anak je
    Entri terbaru zool – Review Majalah Niaga Edisi 21My Profile

  7. bestnye kalau dpt ikut serta…… beruntung Tn. Hj.
    Entri terbaru Manan Qayyim – Dr. Muhammad Mursi Presiden Mesir yang Baru Selepas Revolusi.My Profile

  8. wah, seronok la kalau boleh jumpa brady barr ni
    Entri terbaru syahrilhafiz – Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012My Profile

  9. Salam,

    Rugi betul tak pergi hari tu sebab anak sekolah :(
    Entri terbaru yanmie – Eyriqazz Vs Denaihati Apa Kata Yanmie?My Profile

  10. Ramai juga blogger yang dijemput yer..
    Entri terbaru azman – Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  11. Nat Geo Wild, anak saya suka nonton tuh
    Entri terbaru Dadan – Laga Semifinal Euro 2012 : Portugal vs SpanyolMy Profile

  12. kalau buaya kata orang di tempat saya ada juga sih
    Entri terbaru Dadan – Laga Semifinal Euro 2012 : Portugal vs SpanyolMy Profile

  13. Tips yang sangat berguna sekali nih….
    Entri terbaru Dadan – Laga Semifinal Euro 2012 : Portugal vs SpanyolMy Profile

  14. Insya Allah.. Lepas ni boleh menonton rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters ni..

    Tentu anak-anak saya suka menontonnya..
    Entri terbaru Anuar – Eyriqazz vs Denaihati : Blog siapa lebih popular?My Profile

  15. Terima kasih Denaihati..

    Satu info yang berguna ketika berhadapan dengan raptelia seperti Ular dan Buaya..
    Entri terbaru Anuar – Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile