Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila berlaku je perang di Gaza dan Tebing Barat serta saudara se Islam dibunuh dengan kejam oleh askar Israel maka bersemangatlah kita semua nak boikot produk Israel. Biasanya pertama masuk dalam kepala KFC dan Mc Donald kerana katanya memberi sumbangan kepada Israel.
Maka berlakulah peperangan di Malaysia mengutuk kawan-kawan yang buat muka selamba masuk makan di KFC dan McD. Katanya mereka tiada semangat perjuangan kerana terus menyokong Israel. Ada terbaca status seseorang di Facebook mengutuk mereka yang bekerja di McD dengan gambar restoran McD Kota Bahru. Terlebih semangat ke tu!
Mereka yang terkorban di Gaza walaupun sekecil mana usianya sudah pasti mati syahid dan in shaa Allah (Dr Zakir kata ini ejaan yang betul) Syurga untuk mereka tetapi kita yang bercakaran di sini belum tentu lagi.
Kalau ikut sejarah KFC ditubuhkan di Kentucky USA bukan di Israel begitu juga Mc Donald. Banyak produk-produk lain yang diasaskan oleh Bangsa Yahudi seperti Facebook , Google, Coke, Pepsi yang bukan asalnya daripada Israel juga sepatutnya kita boikot tetapi kita senyap je.
Pada pandangan peribadi aku usaha boikot produk Israel adalah salah satu cara yang paling efektif untuk menekan Israel daripada terus menyerang warga Palestine. Usaha pertama yang kita perlu buat adalah menyenaraikan produk yang dihasilkan di Israel dan memboikot produk-produk tersebut. Jangan kita sibuk nak boikot produk yang dikatakan menyokong Israel sedang produk yang dihasilkan di Israel terlepas begitu sahaja.
Langkah kedua barulah menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di luar Israel tetapi dengan jelas telah membantu peperangan Israel untuk kita boikot. Semangat boikot ini mesti berterusan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam bila dah sejuk isu ini maka kita pun senyap je.
Siapa boleh bantu untuk menyenaraikan produk-produk yang dihasilkan di Israel??
Alhamdulillah ada yang sudi bagi senarai @ Senarai Produk Israel dan yang menyokong Israel (tanpa pengesahan dari mana-mana pihak).
Selain boikot produk Israel kita juga boleh membantu warga palestine dengan menderma biar pun RM1 janji ikhlas. Jom derma @ Tabung Gaza.
Kepada Rakan Blogger boleh tampal banner tanda sokongan kepada perjuangan saudara kita di Gaza. Joom dapatkan @ Banner GAZA.
Kepada yang ada keberanian untuk pergi ke Gaza membantu sila klik @ Panggilan JIHAD.
Ada alim ulama kata Israel akan terus berani menyerang umat Islam selagi umat Islam jauh dengan ALLAH SWT. Katanya pertanda umat Islam semakin dekat dengan ALLAH SWT apabila solat jemaah fardu Suboh di masjd penuh seperti solat Jumaat.
Untuk jadi seperti Rachel Corrie atau Konvoi Freedom Flotilla mungkin kita tak mampu tapi sempena tahun baru 1434H mari kita azam sama-sama untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya Israel dan penyokong-penyokongnya takut kepada Islam tidak seperti sekarang sebut Islam pun diaorang dah gelak besar agaknya.
144 Comments
Kita boikot hanya bermusim >.<
Salam.. baru buka inminds.co.uk tadi & ada nampak Arsenal adalah salah satu drpd Produk Israel Laknatullah ni..
benar FB itu dr Israel…tapi jika ia dapat mambantu kita menyebarkan informasi sekaligus menyebarkan kesedaran…insyaALLAH kita rebut…ayuh kuatkan iman terus memboikot!May ALLAH bless.
FB bukan dari Israel tapi ownernya adalah seorang Yahudi yang menetap di USA.
Terima kasih info ttg senarai produk Israel
Curahan rasa Marsitah Mat Sa’ad @ ..NUFFNANGku SaYaNg…
Kebanyakan produk yang kita gunakan hari ni dari hasil tangan orang2 Yahudi. Yahudi bertebaran di dunia ni & mungkin disebabkan mereka tidak duduk dalam ‘comfort zone’ menjadikan mereka berusaha sekuatnya utk berjaya.
Curahan rasa Mommy Lyna @ ..Kembara dari Rome ke Switzerland
Kemenangan di Tangan Palestina, israel harus tunduk
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Penerimaan CPNS Untuk Tenaga Pendidik Tahun 2013
Allah Maha Besar.. kemenangan mesti di pihak Islam!!
Curahan rasa solleh saad @ ..Betul Ke?? : Lanka Ravana ialah Langkawi
Moga kita bertambah sedar akan tanggungjawab terhadap saudara seagama di seantero dunia khasnya di Palestin..amin.
Curahan rasa JomStadi @ ..Kisah Profesor Ateis dan Pelajar Muslim – Siri 4 (Akhir)
Semoga palestin aman … Boikot israel produk.
Curahan rasa Wanayu @ ..Selamat Berjuang Harimau Malaya Piala AFF Suzuki 2012
salam..
saya sudah lama
memang cuba sehabis baik
menghindari produk-produk
yang ada hubung kait dengan
Israel ini.
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Femina Channel : Its All About Women
Israel banyak dikecam dan dikutuk negara-negara luar karena tindakannya tidak berprikemanusiaan
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Penerimaan CPNS Untuk Tenaga Pendidik Tahun 2013
agak payah nk hindari sepenuhnya barangan-barangan mereka ni.. sebab mereka dh byk memplepori byk bidang.. dalam dunia ni boleh dikatakan semua barangan akan ada barangan mereka.. xkira bahan mentah atau bahan yang dh diproses.. tipu daya mereka ni mmg dh byk..
Curahan rasa solleh saad @ ..Betul Ke?? : Lanka Ravana ialah Langkawi
Sesi boikot bermusim. Jika dulunya macamni, harap kali ini berkekalan untuk kita semua.
Tentang kalimah Insya-Allah, saya terbaca satu kenyataan terbaru di sini: http://goo.gl/QjPgk.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Orang Berbudi Kita Berbahasa
Setakat ni masih bertahan utk tidak menggunakan produk mereka (setakat yg diketahui) sejak dulu lagi. Harap2 berterusan.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..JANJI KHATAM AL-QURAN
hanya mampu mendoakan dan menderma serba sedikit
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..iPhone 5 gadget impian
Comments are closed.