Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai di kalangan Rakan Blogger yang yakin Blogger boleh menjadi sebagai kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menjana pendapatan secara online malah boleh membina peluang bisnis yang boleh memberi manafaat kepada ramai orang. Mungkin tak ramai yang yakin kerana ramai yang telah gagal menjadi Blogger yang berjaya.
“saya dah kecewa dengan blog… tak ada impak pada diri saya walaupun dah mcm2 dah buat… maybe i quit – SilenceBlogz“
Dalam ribuan Blogger Malaysia semakin ramai yang telah berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya antaranya Abang Nara dan Paul Tan. Ramai juga yang ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya tetapi kurang keyakinan dan tidak mendapat sokongan daripada keluarga. Kepada Rakan Blogger yang sedang bekerja tapi ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan.
1. Laburkan duit mengikut kemampuan untuk upgrade blog. Blog ini ibarat rumah. Pasti kita suka kalau rumah kita kemas, selesa dan bila balik isteri yang menyambut senyum dengan pakaian yang cantik. Itu baru dinamakan rumahku syurgaku (Aku rasa En. Titan mesti suka analogi aku ni). Begitu juga blog yang mesra kepada pembaca dan disukai oleh pengiklan merupakan permulaan yang sangat penting untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya. Jangan buat blog ikut selera kita dengan warna, banner dan lagu segalanya tapi buatlah blog mengikut trend terkini.
2. JANGAN lokek duit pergi kelas belajar ilmu blog teknikal dan non teknikal untuk memudahkan kita menguruskan blog yang akan menjadi sumber pendapatan utama kepada kerjaya kita. Jangan sesekali ada perasaan kita sudah tahu segalanya kerana itu tanda bermulanya kegagalan sebagai seorang Blogger.
3. Rancang strategi penjenamaan dan pemasaran untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Perancangan mesti selalu berubah mengikut perubahan teknologi dan sosial media yang sentiasa dinamik.
4. Paling penting tukar cara fikir yang lebih positif dengan minda bisnis untuk persiapan menjadi Blogger profesional. Cara terbaik adalah mengikuti seminar motivasi yang dianjurkan oleh pakar yang sudah berjaya. Teringat nasihat Ustaz Rahim Nasir katanya kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi pasti terpalit juga wangi minyak kat badan kita. Nak jadi Blogger yang berjaya kena bercampur dan belajar dari mereka yang sudah berjaya tanpa melupakan Blogger yang lain.
Video Blogger sebagai kerjaya rakaman dari Astro Awani.
Blogger yang sedang berkerjaya perlu korban masa usaha lebih untuk membina blog yang baik sehingga apabila sudah betul-betul bersedia yakinkan diri buat keputusan untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya seperti Abangensem dan Shakiddo. Percayalah dengan persiapan yang sempurna Blogger bukan sahaja menjadi kerjaya tetapi boleh mengubah kehidupan kita menjadi manusia yang lebih berjaya. Blogger pun boleh jadi kaya seperti angan-angan Blogger Nuraini Huda … kalau aku kaya ..
Tiada siapa yang boleh meningkatkan martabat Blogger Malaysia melainkan komuniti Blogger itu sendiri. Jangan mengharap orang ketiga seperti wartawan atau PR syarikat untuk menaikan nama Blogger kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. Lihat sahaja profesion lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya yang sentiasa perjuang untuk meningkatkan martabat kerjaya mereka di mata ramai. Blogger Malaysia mesti berjuang untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya yang dihormati kalau bukan untuk warga Malaysia setidak-tidaknya untuk isteri dan keluarga sendiri.
Untuk menjadi Blog yang dihormati dan Blogger yang dihormati memerlukan pengorbanan dan tiada jalan singkat.
No related posts.
105 Comments
Kalau betul-betul ingin berkerjaya dalam blogger kena belajar dengan orang yang dah pakar. Apa yang Denaihati kongsikan di sini memang bagus dan terbaik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
Ramai yang tak yakin untuk menjadi blogger sepenuh masa. Mungkin dengan permulaan menjadi penulis sambilan atau jemputan. Membina penjenamaan yang penting. Bila dah ramai yang kenali bolehlah mula berjinak menjadi blogger sepenuh masa dan mula membina keyakinan untuk menjana pendapatan dengan blog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
video kurang berkualiti nampak sangat record tetapi jalan cerita best
Curahan rasa mizi @ ..LENGCAI SUDAH MARI MA
baru 4 bulan mengenali dunia blog. masih terlalu banyak yang perlu saya belajar.
blog ini banyak memberikan tunjuk ajar.
terima kasih.
Curahan rasa Syuhada @ ..Insentif Tunai RM100 Untuk Komentator Popular Syuhada1981.com Setiap Bulan!
blog denaihati.com mmg terbaik. sama2 kita korek2 ilmu yg ada di sini =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Syoknya Blogging Walaupun Bercuti…
betul tue…maish belum yakin diri nak jadikan blogger sebagai kerjaya sepenuh masa…bagi aku still kena banyak belajar dan teruskan usaha..isnyallah suautu hari nanti akan berjaya
Curahan rasa master slave @ ..Raya Raya Raya
Yang penting berterusan dan sentiasa nk belajar, kan
Terbaik! Video ni mmg serius terbaik!
Thanks tuan denaihati
Curahan rasa hafizmd @ ..Selamat Menyambut Hari Kemenangan!
Saya terlalu jauh untuk mengejar kepantasan dunia blog kini
Curahan rasa faizal @ ..Panduan Qunut Nazilah
sama2 kita slow2 ikut rentak =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Lupa Nak Guna Plugin TAC Sebelum Pasang Themes Percuma!
Kerjaya yang bermanfaat dan menguntungkan
Curahan rasa faizal @ ..Panduan Qunut Nazilah
Saya baru merangkak dalam dunia blog. Baru nak bermula. Blog ini memberi motivasi. Terima kasih.
Curahan rasa Ros @ ..Panduan Jahit Sendiri Tudung Chiffon 3 Layer
banyak lagi nak kena belajar. mood sekarang pun turun naik je.
Curahan rasa fyna @ ..Mood Hari Raya Masih Mempengaruhi Diri
hohho…mood ambepun macam tu jugaklah….
payah jugak nak tackle mood ni
Curahan rasa hafizmd @ ..Lupa Nak Guna Plugin TAC Sebelum Pasang Themes Percuma!
alhamdulillah blog saya jadikan menjadi sumber nafkah saya, dan saya melakukannya secara profesional
Curahan rasa tips diet sehat @ ..Distributor Herbalife surabaya
Comments are closed.