Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai di kalangan Rakan Blogger yang yakin Blogger boleh menjadi sebagai kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menjana pendapatan secara online malah boleh membina peluang bisnis yang boleh memberi manafaat kepada ramai orang. Mungkin tak ramai yang yakin kerana ramai yang telah gagal menjadi Blogger yang berjaya.
“saya dah kecewa dengan blog… tak ada impak pada diri saya walaupun dah mcm2 dah buat… maybe i quit – SilenceBlogz“
Dalam ribuan Blogger Malaysia semakin ramai yang telah berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya antaranya Abang Nara dan Paul Tan. Ramai juga yang ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya tetapi kurang keyakinan dan tidak mendapat sokongan daripada keluarga. Kepada Rakan Blogger yang sedang bekerja tapi ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan.
1. Laburkan duit mengikut kemampuan untuk upgrade blog. Blog ini ibarat rumah. Pasti kita suka kalau rumah kita kemas, selesa dan bila balik isteri yang menyambut senyum dengan pakaian yang cantik. Itu baru dinamakan rumahku syurgaku (Aku rasa En. Titan mesti suka analogi aku ni). Begitu juga blog yang mesra kepada pembaca dan disukai oleh pengiklan merupakan permulaan yang sangat penting untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya. Jangan buat blog ikut selera kita dengan warna, banner dan lagu segalanya tapi buatlah blog mengikut trend terkini.
2. JANGAN lokek duit pergi kelas belajar ilmu blog teknikal dan non teknikal untuk memudahkan kita menguruskan blog yang akan menjadi sumber pendapatan utama kepada kerjaya kita. Jangan sesekali ada perasaan kita sudah tahu segalanya kerana itu tanda bermulanya kegagalan sebagai seorang Blogger.
3. Rancang strategi penjenamaan dan pemasaran untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Perancangan mesti selalu berubah mengikut perubahan teknologi dan sosial media yang sentiasa dinamik.
4. Paling penting tukar cara fikir yang lebih positif dengan minda bisnis untuk persiapan menjadi Blogger profesional. Cara terbaik adalah mengikuti seminar motivasi yang dianjurkan oleh pakar yang sudah berjaya. Teringat nasihat Ustaz Rahim Nasir katanya kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi pasti terpalit juga wangi minyak kat badan kita. Nak jadi Blogger yang berjaya kena bercampur dan belajar dari mereka yang sudah berjaya tanpa melupakan Blogger yang lain.
Video Blogger sebagai kerjaya rakaman dari Astro Awani.
Blogger yang sedang berkerjaya perlu korban masa usaha lebih untuk membina blog yang baik sehingga apabila sudah betul-betul bersedia yakinkan diri buat keputusan untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya seperti Abangensem dan Shakiddo. Percayalah dengan persiapan yang sempurna Blogger bukan sahaja menjadi kerjaya tetapi boleh mengubah kehidupan kita menjadi manusia yang lebih berjaya. Blogger pun boleh jadi kaya seperti angan-angan Blogger Nuraini Huda … kalau aku kaya ..
Tiada siapa yang boleh meningkatkan martabat Blogger Malaysia melainkan komuniti Blogger itu sendiri. Jangan mengharap orang ketiga seperti wartawan atau PR syarikat untuk menaikan nama Blogger kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. Lihat sahaja profesion lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya yang sentiasa perjuang untuk meningkatkan martabat kerjaya mereka di mata ramai. Blogger Malaysia mesti berjuang untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya yang dihormati kalau bukan untuk warga Malaysia setidak-tidaknya untuk isteri dan keluarga sendiri.
Untuk menjadi Blog yang dihormati dan Blogger yang dihormati memerlukan pengorbanan dan tiada jalan singkat.
No related posts.
105 Comments
best sungguh kalau blog mampu hasilkan income tetap…
ada terfikir untuk menjadikan blogger sebagai satu kerjaya.. tapi tu kena hold dulu..banyak perkara kena ambil tahu..
Penting bagi seorang blogger adalah konsistensi terhadap blog itu sendiri..kalau panas2 tahi ayam takkan ke mana..betul x bro?
Bukan setakat jadi Blogger kalau berniaga panas2 tahi ayam pun jawabnya kelautlah … dalam Islam kita diajar istiqamah tu yg kena juga diamalkan dlm berblog
Curahan rasa denaihati @ ..Kalau Aku Kaya
blogger adalah satu bidang kerjaya yang baru.
Curahan rasa azwan @ ..Salam Aidilfitri 1434H/2013M
satu lagi.. tukar mind set.. masuk pertandingan bukan untuk menang sahaja, tapi untuk penjenamaan blog.. nih tidak… dah tau awal awal akan kalah, sbb tuh taknak masuk.. padahal atleast jadi calon pon sebenarnya boleh naikkan penjanamaan blog.. <– pesanan untuk diri sendiri.. hahahah…
tapi tak ramai blogger perempuan yang jadi full time blogger.. kebanyakkannya blogger lelaki. almaklumla, blogger perempuan ada banyak komitmen.. huhu
jom baca : Kecewa dengan Isu Hantaran Mahal..
Sepatutnya pompuanlah kena jadi blogger sepenuh masa jadi boleh buat kerja dari rumah. Ramai blogger pompuan tak nak buat sepenuh masa kerana mereka fikir susah nak attend event. Income blogger sepenuh masa bukan sahaja dari event ada banyak cara lain sebenarnya.
Curahan rasa denaihati @ ..Persiapan Blogger Menyambut Hari Raya
Masih belum bisa maksimal menjalankan tips-tips diatas terutama poin 1 dan 2, karena masih campur aduk dengan kebutuhan keluarga yang mendesak…
Perlu kerja keras dan usaha yang pantang untuk menyerah untuk menjadi seorang blogger yang sukses.
Terima kasih atas berbagi ilmu dan tipsnya ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Lolos Mengerjakan Psikotes
Dan tentunya harus dijalani dengan ikhlas
Yup, setuju. Matlamat untuk jadikan blog sebagai sumber pendapatan kedua perlu di pertingkatkan lagi ni nampaknya. InsyaAllah
teruskan usaha.. jangan putus asa… masih jauh perjalanan untuk jadi blogger berjaya..
Curahan rasa Norfanil @ ..Video Hujan Meteor di Malaysia 13 Ogos 2013
Sekarang saya sedang menuju ke arah tersebut. Kena banyak membaca dan belajar lagi. Tapi rasa macam dah tua sangat nak jadi full-time blogger ni. Tapi topik blog saya yang begitu dekat di hati rasa sayang kalau tak berkongsi apa yang ada.
Curahan rasa N’war @ ..Pesanan Jay Park buat peminat di Malaysia untuk Good Times with Jay Effect
Gua rasa.. gua dengan Denaihati lagi veteran kot. We are 4 series dah.. huhuhu.
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Benarkah Harga Rumah Makin Mahal?
Betul tu saya setuju sangat2 dengan info yang dikongsi kan. .. dalam proses untuk menjadikan blogger sebagai kerjaya. .
Curahan rasa anuar @ ..Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..
Sebab amat tertarik dgn entri ni dan mmg sdg mencari motivasi utk ini, maka kelmarin sy dh siapkan entri auto publish khusus tajuk ini. Sy backlink ke sini ya. 15/8/2013 ini Inshaa Allah entri tu terpublish
Curahan rasa ieta @ ..VIEWS AND UNIQUES ON BLOG ieta
Kena berikan komitmen penuh kalau nak jadi blogger yg berjaya…
Curahan rasa hafiz @ ..Pablo Aimar pemain import termahal Malaysia
Agaknya berapa modal minimum untuk betul-betul serius dengan blog? kita kena create komuniti yang boleh membantu blogger baru create blog dengan minimum amount tanpa perlu melalui jalan yang berlikut seperti blogger era 2007 kebawah… dulu-dulu semuanya merangkak.
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Kemaskini Jana Pendapatan Pasif Cash4visits
modal upgrade tu ikut kemampuan. bila ada lebih upgrade lagi .. semua itu proses tak boleh jadi sekali je. contohnya blog denaihati telah berubah tema lebih 4 kali mengikut kemampuan semasa itu.
Curahan rasa denaihati @ ..Persiapan Blogger Menyambut Hari Raya
dalam perkiraan untuk menjadikanya kerjsya tetapi masih byk perkara yang perlu di ambil kira dahulu, dan sedang dalam persiapan menjadikannya kerjaya..
Curahan rasa melastik bintang @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri
MB dah tak lama tuh.. kan? terbaik!.. dulu anngan angan jugak nak jadi full time blogger..
tapi rasa bakal suami pun tak tau org mana. kan duk ceruk malaysia takleh dah jadi full time blogger.. hehehe..
Curahan rasa Norfanil @ ..Video Hujan Meteor di Malaysia 13 Ogos 2013
empat langkah atau perkara yang perlu dilakukan oleh mereka yang tegar dalam blogging. Terus dan terus belajar ilmu yang memanfaatkan kita semua.
Curahan rasa KiD @ ..Terima Kasih Institut Jantung Negara
Nak jadikan blogger sepenuh masa pun kena bergantung pada which group they belong to jgk kan? dia takkan boleh jd blogger jika dikalangan dia hnya ade beberapa kerap je blogger.. seperti denaihati kata la.. kalau bukan komuniti blogger sendri yg mainkan peranan group mana lg selain press?
terima kasih berkongsi..^___^
Curahan rasa amir zahari @ ..Usain Bolt Ke Garisan Penamat Disertai Dengan Sang Kilat
Comments are closed.