Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
cuti sekolah hujung tahun di Malaysia ini sudah sampai masanya bahkan ada anak-anak kecil yang bercuti awal sedikit. Penulis teringat semasa kecil dulu, waktu cuti sekolah adalah yang paling seronok sekali sebab boleh bangun lewat dan boleh menonton kartun kegemaran.
Kini, siri animasi yang menjadi igauan dan minat anak-anak kecil tak lain tak bukan adalah Upin Ipin!
Malam tadi 23 November 2016 bertempat di Golden Screen Cinema IOI City Mall Putrajaya, team Denaihati Network bersama rakan-rakan blogger menonton Screening Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan Les Copaque Sdn Bhd yang memberikan kepercayaan kepada Denaihati Network untuk ‘Blogger Movie Day Out Upin Ipin Jeng Jeng Jeng’.
Kehadiran peminat-peminat Upin Ipin termasuk anak-anak kecil dari Kelab Upin Ipin juga memeriahkan suasana di dua dewan lain. Semuanya bagaikan tidak sabar dan tersenyum riang apabila maskot Upin Ipin keluar menemui mereka. Ada anak-anak kecil seakan tidak percaya yang mereka berjumpa dengan Upin Ipin yang selama ini hanya ditonton di televisyen.
Les Copaque Tidak Gentar Ubah Tarikh Tayangan
Sebelum ini dikhabarkan satu syarikat besar kartun dari luar negara yang meminta pihak Les Copaque mengubah tarikh 24 November 2016 untuk memberikan laluan. Namun, dengan kepercayaan siri animasi tempatan Upin Ipin ini, pihak mereka pula yang mengubah tarikh kepada minggu seterusnya.
Ini bermakna, pihak Les Copaque yang dibarisi penaja-penaja besar seperti D’Herbs Terlajak Laris dan dana kesan khas dari FINAS Malaysia. Sehubungan itu, rakan blogger Denaihati Network juga berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada yang mempromosikan filem siri animasi tempatan yang hebat ini.
Kehadiran Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan rakan media juga memberikan impak yang positif dimana selanjutnya akan berlangsung MAHA 2016 pada 1-11 Disember 2016.
Sebenarnya ada lebih 7 sebab mengapa perlu tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dan sememangnya seronok ditonton seisi keluarga.
Nilai murni diterapkan dalam Filem
Bagi filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, ia memberikan suatu kepuasan yang rata-rata dimaklumkan oleh anak-anak kecil dan juga ibu bapa. Kisah mengenai kasih sayang berkeluarga seperti Upin Ipin yang juga anak yatim piatu. Filem ini membawa beberapa mood seperti sedih, gembira, kelakar dan geram.
Sebenarnya banyak nilai-nilai murni yang dapat dipelajari daripada filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini. Impian untuk keluarga bahagia, ikatan silaturrahim yang tidak diputuskan, wasiat yang perlu ditunaikan dan juga sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian di kala kita jatuh.
Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada hari ini 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak Les Copaque Sdn Bhd dan semoga tayangan filem ini berpanjangan dan terus ditayangkan di negara jiran Indonesia dan seluruh dunia.
Rakan-rakan blogger Denaihati Network di Indonesia juga sudah pasti tidak sabar untuk menonton filem ini yang dikhabarkan tayangan di Indonesia pada bulan Disember 2016.
Jangan lupa tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan. Betul! Betul! Betul!
No related posts.
60 Comments
Saye dah nonton filem nih, cukup bagus jalan ceritanya. 🙂
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Undangan Terbuka Silaturahmi 500 Donatur Pesantren Al-Furqan Desa Bengkarek Kubu Raya
diindinesia kok gada ya bang, saya salah satu penggemar upin ipin
karena menurut saya lebih asik nntn kartun ddari pada nntn sinetron parcintaan yang tak jelas itu
Curahan rasa icp capsule @ ..Agen ICP Capsule Kudus
Ramai kanak kanak kecewa dengan movie ni
.
Sebab watak upin ipin tak banyak
.
Kawan kawan upin pun tak ada dalam ni
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Kurus Shaklee Harga & Review Terbaik 2017
Saya minat pada penceritaan Upin Ipin Jeng-jeng-jeng. Walau pun ramai yang memberi komen negetif tetapi sebenarnya ia bersesuiaan dengan jalan ceritanya. Imaginasi…
Diharap KRU studio dapat memberikan element penceritaan yang lebih lagi untuk sinematografi yang hebat. Masih berminat dengan filem Desolusi.
Curahan rasa Terviral @ ..Peristiwa Pelik Di Sebalik Pemasyuran Yang Dipertuan Agong Ke 15 Tengku Muhammad Faris Petra
saye pun tak sabar nak tengok tapi memang tak dapek nak g panggung, anak kecik sangat lagi…
Curahan rasa huda @ ..11 Kelebihan Beli Shaklee Dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee
Haa, memang konfirm kena bawak anak-anak g nengok ni. Boleh kata anak sy hapal dah dgn nama watak2 dalam citer Upin & Ipin ni.
Curahan rasa Nazri Abu Bakar @ ..Panduan Membeli Penapis Air Terbaik
yess…. saya sudah bawa anak2 menonton movie upin ipin ni….
anak umur 3 tahun tu biasalah kecik lagi kan, kadang ajak balik, kadang gelak2 tengok gelagat upin ipin… anak yg berumur 9 tahun tu suka sangat lah. tambah ada watak aqish kan…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Rindu Blogging
fuhhh terbaik. rugi pulak tak join movie day out haritu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
Wahhhhhhh… meriah nya.. Bila perut dah sarat ni, tak dapat eh nak p panggung wayang tengok kat sana.. Nampaknya tungguu CD je laaaa hehe
Curahan rasa Farah Alina @ ..Pengalaman Mencuit Hati Semasa Kehamilan 33 Minggu
wahh..seronoklah budak budak dapat tengok upin ipin lagi. meriah !!
Macam seronok aje ni.. Nak kena bawak anak-anak pergi tonton nanti ni..
Curahan rasa Azman @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 November 2016
jangan lupa bro utk review…mcam2 jenis review dah ambe bace..hohoho
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
bawak jangan tak bawak. rugi tak tengok. walaupun ada yang katakan tak best, masih ada yang kata best 😉
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
Comments are closed.