Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
cuti sekolah hujung tahun di Malaysia ini sudah sampai masanya bahkan ada anak-anak kecil yang bercuti awal sedikit. Penulis teringat semasa kecil dulu, waktu cuti sekolah adalah yang paling seronok sekali sebab boleh bangun lewat dan boleh menonton kartun kegemaran.
Kini, siri animasi yang menjadi igauan dan minat anak-anak kecil tak lain tak bukan adalah Upin Ipin!
Malam tadi 23 November 2016 bertempat di Golden Screen Cinema IOI City Mall Putrajaya, team Denaihati Network bersama rakan-rakan blogger menonton Screening Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan Les Copaque Sdn Bhd yang memberikan kepercayaan kepada Denaihati Network untuk ‘Blogger Movie Day Out Upin Ipin Jeng Jeng Jeng’.
Kehadiran peminat-peminat Upin Ipin termasuk anak-anak kecil dari Kelab Upin Ipin juga memeriahkan suasana di dua dewan lain. Semuanya bagaikan tidak sabar dan tersenyum riang apabila maskot Upin Ipin keluar menemui mereka. Ada anak-anak kecil seakan tidak percaya yang mereka berjumpa dengan Upin Ipin yang selama ini hanya ditonton di televisyen.
Les Copaque Tidak Gentar Ubah Tarikh Tayangan
Sebelum ini dikhabarkan satu syarikat besar kartun dari luar negara yang meminta pihak Les Copaque mengubah tarikh 24 November 2016 untuk memberikan laluan. Namun, dengan kepercayaan siri animasi tempatan Upin Ipin ini, pihak mereka pula yang mengubah tarikh kepada minggu seterusnya.
Ini bermakna, pihak Les Copaque yang dibarisi penaja-penaja besar seperti D’Herbs Terlajak Laris dan dana kesan khas dari FINAS Malaysia. Sehubungan itu, rakan blogger Denaihati Network juga berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada yang mempromosikan filem siri animasi tempatan yang hebat ini.
Kehadiran Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan rakan media juga memberikan impak yang positif dimana selanjutnya akan berlangsung MAHA 2016 pada 1-11 Disember 2016.
Sebenarnya ada lebih 7 sebab mengapa perlu tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dan sememangnya seronok ditonton seisi keluarga.
Nilai murni diterapkan dalam Filem
Bagi filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, ia memberikan suatu kepuasan yang rata-rata dimaklumkan oleh anak-anak kecil dan juga ibu bapa. Kisah mengenai kasih sayang berkeluarga seperti Upin Ipin yang juga anak yatim piatu. Filem ini membawa beberapa mood seperti sedih, gembira, kelakar dan geram.
Sebenarnya banyak nilai-nilai murni yang dapat dipelajari daripada filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini. Impian untuk keluarga bahagia, ikatan silaturrahim yang tidak diputuskan, wasiat yang perlu ditunaikan dan juga sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian di kala kita jatuh.
Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada hari ini 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak Les Copaque Sdn Bhd dan semoga tayangan filem ini berpanjangan dan terus ditayangkan di negara jiran Indonesia dan seluruh dunia.
Rakan-rakan blogger Denaihati Network di Indonesia juga sudah pasti tidak sabar untuk menonton filem ini yang dikhabarkan tayangan di Indonesia pada bulan Disember 2016.
Jangan lupa tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan. Betul! Betul! Betul!
No related posts.
60 Comments
Sangat2 menghiburkan. Sgt sesuai utk pembelajaran budak2. Bnyak pengajaran yg boleh di ambil dalam movie kali ni. Bukan skadar kartun biasa
Bolehlah bawak anak buah tengok upin & ipin nanti. Mesti excited
Curahan rasa Fatin @ ..Tips for Visiting Matterhorn – Zermatt, Switzerland
Anak2 mmg seronok..upin ipin dah sebati ngn anak2..betul tak?
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online N29 Penolong Pegawai Tadbir
Pasti filem ini akan mendapat jumlah kutipan box office. Insha allah
Curahan rasa Nadri @ ..Budget 2017: Kadar BR1M 2017 di Naikkan Sehingga 20%
cerita bagus..dah ada kelompok peminat sendiri..tak mustahil tu
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online N29 Penolong Pegawai Tadbir
mantap film upin ipin di indonesia sama malaysia banyak sekali penontonya terimakah infonya bermanfaat
Terimakasih
Memang best tengok filem jeng jeng jeng ni. Anak-anak pun faham kisah yang ingin dikongsikan melalui filem ini. Mungkin untuk anak yang dibawah usia 4 tahun agak sukar untuk dia faham,cuma dia akan gembira bila nampak jelmaan upin ipin tu keluar. Betul betul betul
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jeng Jeng Jeng! Filem Terbaru Upin dan Ipin
mak ayah kasi faham anak2…heee, berbeza dgn animasi/kartun biasa.
Curahan rasa Denaihati @ ..Guru bisnis mesti dihormati baru ilmu berkat
jeng jeng jeng best… suka sangat bila anak anak happy….
Seronok tu memang seronok, cuma yg tak seronok sikit bila upin ipin sikit jer..
mcm mana pun upin ipin gaks yg bestt.
Anak-anak saya memang suke upin ipin ni sebab hari-hari tgk kat youtube..skg dapat tgk kat pawagam pulak..memang terbaik.
banyak siri ada kat situ, cari dvd ori pun bagus juga tanda lebih menyokong indusri filem tempatan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ekonomi digital jangan sampai ketinggalan
Anak-anak saya tengok yang setengah jam pun dah gila. Takpe, cuti sekolah ni kita belanja. Support produk animasi kita.
yes dah tengok kelmarin tapi agak tak puas hati sebab kurang keluar upin ipin.. anak pun pening nak faham. cuma dari segi music dan animasi sangat terbaik.
Jeng jeng jeng..yearghh
anak akau memang minat betul dengan animasi upin dan ipin ni…walaupun sekarang ni duk layan tengok yang ulangan je, macma tak pernah jemu pula dia..hahaha
Curahan rasa Blogger Lelaki @ ..Minyak Herba Asmak Penawar Asma
memang suke upin ipin ni sebab semua pasal upin-upin ni memang terkene pada kehidupan seharian kita, anak-anak kita…hihi.
Curahan rasa mira hamzah @ ..6 TIPS KAWAL ANAK MAKAN JAJAN
memang betul sangat tu, takde anak2 yang tak kenal upin ipin ni… heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
Watak animasi Upin Ipin memang di tunggu-tunggu. Tak sabar rasanya nak pergi tengok di pawangan yang berdekatan.
wah, ditayangkan pada musim cuti sekolah, moga dapat mencapai kutipan pecah panggung
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cara Semak Harga Emas Public Gold
InsyaAllah boleh capai , peminat upin ipin berjuta2 Malaysia dan Indonesia.
Curahan rasa Denaihati @ ..Mira Filzah, usahawan digital; antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016
Meriahnya. Ramai peminat upin ipin berkumpul di panggung sekarang. seronok anak-anak macam ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Comments are closed.