Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku terbaca banyak status rakan-rakan Blogger di Facebook, Twitter dan Instagram yang cuba menjauhkan diri dari berita program makan coklat Cadbury oleh sebuah NGO untuk membuktikan kesahihan HALAL JAKIM. Setiap daripada kita mempunya pendapat dan pandangan berbeza untuk dipertahankan. Aku tidak dijemput untuk program makan coklat cadbury tersebut tetapi kalau dijemput untuk JAKIM inshaa Allah aku akan datang tetapi bukan sebagai duta Cadbury.
Pertama kali aku menjejaki kaki di Hong Kong selama tiga hari aku hanya makan buah dan minum air mineral serta jus sampai kembong perut kerana tidak yakin untuk makan makanan yang ada di sana. Di Macau pun bukan senang nak cari makanan halal tak percaya tanyalah Melastik Bintang dan beberapa rakan Blogger yang baru balik dari sana, aku dulu sampai kena tahan Polis Macau lebih sejam kerana membawa mee segera berlebihan. Ketika kembara Beijing kami dibawa oleh pemandu pelancong singgah di restoran-restoran yang mempunya tulisan halal tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana organisasi. Ketika kembara New Zealand untuk makan kami berpandu kepada panduan halal yang disediakan oleh NGO Mualaf tanpa ada pengesahan dari badan tertentu.
Masih teringat ketika di Paris aku terpaksa berpusing berjam-jam mencari restoran halal sehingga kelaparan yang amat sangat. Pengalaman di London berjalan berjam-jam untuk mencari restoran halal tapi bila sampai tempat tujuan restoran sudah tutup dan restoran kedua ada tulisan halal tapi menghidangkan menu tidak halal. Pengalaman berjalan di Indonesia, negara yang lebih 80% Islam pun susah nak mencari makanan halal terutama di Batam dan Bali.
Tak payah cerita jauh sampai ke Hong Kong, Macau, Beijing, New Zealand, Paris dan London kalau aku pergi pusat membeli belah Mid Valley pun sudah pening kepala nak mencari makanan halal, selain beberapa restoran makanan segera yang ada logo halal JAKIM serta Restoran Belanga yang dipunyai orang Melayu, outlet lain tidak meyakinkan status halalnya. Aku memang sangat bergantung kepada logo halal JAKIM untuk makan di pusat membeli belah yang besar-besar seperti di Suria KLCC, Pavillion, One Utama dan banyak lagi.
Kesimpulannya, aku sangat bersyukur di Malaysia ada badan khas halal seperti JAKIM yang dapat membantu pengguna Islam. Turki yang mempunyai penduduk Islam hampir 98% pun tak ada badan khas halal. Aku memang tidak ada rasa was-was lansung dengan persijilan halal JAKIM. Bukan senang nak makan zaman sekarang kalau tak ada sijil halal JAKIM bukan sahaja restoran malah yang lebih penting status halal bahan-bahan masakan. Aku sanggup menemani Pegawai JAKIM makan coklat cadbury bukan untuk jadi duta cadbury tapi menunjukan keyakinan aku kepada JAKIM. Kalau aku meragui status halal JAKIM, status halal yang mana lagi nak aku yakini.
Penjelasan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan isu status halal Cadbury
Kita sebagai pengguna mesti juga ada tanggungjawab bukan hanya bergantung 100% kepada JAKIM sebagaimana umat Islam di negara yang tiada badan khas halal yang sentiasa membuat audit sendiri. Jangan bila ada masalah semuanya salah JAKIM abis apa pulak tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Di akhir zaman memang ramai keliru antara emosi dengan hukum apabila banyak jarum tangan ketiga yang memang benci dengan Islam berusaha memporak perandakan Islam, semuga kita tidak terjerat.
161 Comments
Cadburry memang menjadi keminatan saya sejak dulu lagi…hehe…nyum..nyum..
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Betul itu, kita patutnya bersyukur kerana mempunyai badan khas halal seperti Jakim, kerana mereka sangat membantu kita untuk tahu status halal sesuatu benda, jadi kita sebagai manusia janganla dok kutuk kutuk mereka, hargaila.. kita cuba tgk dekat negara luar betapa susahnya mereka nak cari mkanan yang halal sebab mereka tidak mempunyai badan khas seperti kita untuk membantu mereka..bersyukurla wahai manusia
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Setuju! Jakim hanya buat kerja mereka je. Sekurang-kurangnya kita kenalah bersyukur ada Jakim tempat kita rujuk isu halal haram ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Tanggungjawab JAKIM mmg sgt besar dan saya juga yakin dengan JAKIM tp Cadbury mungkin tidak lagi..was-was baik jauhi kan?
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
memang was-was la.kalau dah was-was baik lupakan jela..huhuhu…sapa yang yakin…dipersilakan makan..itu hak anda
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kalau masih ada perasaan was-was tentang isu coklat cadbury ini baik elakkan ye. Semoga lepas ni takde lah isu seperti ini lagi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
nama cadbury dah terjejas gara gara isu halal ni. ramai yang mula meraguinya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
sampai sekarang aku tak hingin nak makan coklat cadbury ni…kalau nampak kat mana-mana memang aku rasa nak buang dalam dustbin
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Samalah kita. Walaupun sudah disahkan halal untuk dimakan, tetapi masih ada was-was dalam diri ini, baik elakkan je.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
kalau masih ada yang nak salah kan JAKIM sebab ada kes-kes macam nie tak tahu lah nak kata apa.. kadang-kadang kita cepat sangat melatah bila hanya tersebar khabar angin sedangkan benda tu belum tentu benar
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Betul tu sis. Masyarakat kita ni mudah sangat percaya dengan apa yang tersebar di laman sosial ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
malaysia bertuah sebab ada badan yang mengawal sijil halal. kalau kat negara lain org islam nak hidup susah jugak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Betul tu. Sepatutnya kita bersyukur dengan adanya pihak Jakim tempat kita merujuk tentang isu halal dan haram ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Betul! Saya hargai sangat logo halal jakim kat Malaysia ni. T.T Dibesarkan di negara yang minoriti Islam, mak ayah sangat tegas tentang makanan ni. Ingredient semua bahasa asing, so memang kami adik beradik je tahu baca, memang kami baca setiap satu. Ice cream ke, roti ke, juice ke, semua. Sedih kadang2 tgk kawan2 melancong main makan je jualan2 tepi jalan mcm cake, roti. Kalau lapar sgt boleh je makan buah, or cari yg lebih mengenyangkan & insya Allah ok ; roti kosong ke. :/
Curahan rasa Rara Zack @ ..Travelling – Mekkah and Madinah VS Paris, Tokyo
Betul tu. Isu halal dan haram ini bukan perkara yang boleh kita main-main. Ianya penting untuk kita pastikan apa yang dimakan minum kita itu halal hendaknya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
tau xpe..ingat halal dan haram ni perkara mudah untuk kita sambil lewa..kalau benar dalam kandungan sesuatu produk ada benda haram..kan naya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Perkongsian yang menarik dari denaihati. Ada sebilangan kawan-kawan PG juga yang pernah bercuti ke luar negara, mengatakan perkara yang sama. Sukarnya mencari makanan halal di sesebuah tempat. Semoga perkongsian diatas menjadi panduan untuk mereka yang ingin bercuti ke luar negara, lebih-lebih lagi jika hendak memilih makanan. Cuba cari maklumat yang tepat dan sahih dahulu mengenai tempat makanan yang halal. Ini juga kerana, tujuan kita bercuti, perut juga harus diisi. Risau juga nanti ada yang pengsan dek kerana tidak makan sebab tidak jumpa makanan halal.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu PG. Sebelum nak melancong ke luar negara khususnya bukan negara Islam, kita kenalah selidik lebih dahulu mana nak dapatkan makanan halal ni kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
bila kluar kes macam ni semua orang cepat percaya tanpa ada bukti yang kukuh, tapi benda yang jelas haram takde pulak orang cakap apa-apa
orang-orang kita biasanya cepat melatah dengan benda-benda macam nieh
cadbury dah lama ada dekat pasaran bukan setahun dua tp puluh tahu rasanya …
dan pasti ada kesilapan atau edisi2 yang kita tak tahu jd kenapa nak tersu menghukum
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Betul tu. Cepat je isu sebegini tersebar di laman sosial tanpa ada bukti yang kukuh terlebih dahulu kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Apabila melibatkan isu halal haram makanan, seluruh umat islam melenting…namun ada banyak lagi perkara halal haram yang berterusan berlaku didepan mata tapi setakat pejam sebelah mata sahaja… Harus diingat, hukum halal dan haram bukan hanya pd makanan sahaja!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
Betul tu RM. Masyarakat kita kebanyakkannya hanya akan melenting apabila pasal makanan saja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Sejak timbulnya isu cadbury ni memang kurang makan coklat walau ape jenis sekalipun dan bila memilih produk pun habis dok belek bungkusan tu.Bukan setakat logo halal, tempat pembuatan pun habis dibelek sekali.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
kalau was2 tak payah makan apa pun produk makanan .. tp kalau saya lah memang teringin sangat2 saya akan makan je sbb kan ada tanda halal ..
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Samalah kak. Jarang betul dah nak makan coklat sekarang ni. Lagi-lagi coklat yang mencurigakan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
memang betul tu. kekadang kurang yakin juga dengan kebanyakkan restaurant yang ada di Malaysia ni. Selagi tak nampak logo halal yang tergantung, selagi tu mencari yang halal..
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Tak berani nak makan makanan yang takde logo halal ni. Kalau takde logo halal, memang sanggup tahan lapar. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
saya memang tak makan makanan yang tak ada logo halal melain kan maknan tu 100% sayuran .. macam bos sy pernh bawak balik dorayaki masa tu nk snagat makn tpi tahan je lh sbb x berani nk makan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
was-was kan nak makan kalau xdak logo halal jakim..kalau p merantau tgk tempat orang kena pasti bawa bekalan makanan macam makanan askar tu pasti ter jamin halalnya..produk fama pun ada jual hihii..try la nnti..
Curahan rasa adna2029 @ ..Keputusan Pra Merdeka Contest Dah Keluar
Dah banyak tempat tuan denaihati.com menjelajah ye? Nak cari kedai makan halal di luar negara memang susah. Kekadang tu terpakasa makan buah dan minum air mineral sampai kembung untuk menghilangkan lapar. Seeloknya, kita buat research dulu restoran halal yang diiktiraf di laman web atau menerusi jakim terus sebelum nak pergi ke luar negara.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
kalau nak selamat, minum air kosong dengan makan buah je. negara orang susah sikit
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.